BAB: PENYAMARAN JIBRIL
1. Di dalam kitab al-Ishōbah Fi Tamyizi as-Sohābah, al-Imam al-Hāfiz Ibnu Hajar al-Asqolāni Jilid 2, Bil 2395, muka surat 331, Tahqiq oleh Khairi Said, al-Maktabah at-Tawfiqiyyah, Mesir,mengkategorikan Dihyah (دحية) sebagai salah seorang sahabat utama.
2. Nama penuh sahabat ini adalah Dihyah bin Khalifah bin Farawah bin Fudhōlah bin Zaid bin Umru’u al-Qais bin Khazraj bin Āmir bin Bikr bin Āmir al-Akbar bin Auf al-Kalbi.
3. Menurut beberapa riwayat bahawa Jibril apabila berjumpa Rasulullah s.a.w. dengan rupa Dihyah al-Kalbi. Diriwayatkan oleh an-Nasāie dengan sanad yang sahih. Riwayat at-Tabrāni menyebut Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa : ((كان جبريل يأتيني على صورة دحية الكلبي )) Maksud: (( Adalah Jibril mendatangiku dalam rupa Dihyah al-Kalbi)).
4. Beberapa pengajaran dari hadis ini ialah, pertama; Jibril datang mengajar Rasulullah s.a.w. [an-Najm: 5] dalam rupa sahabat iaitu Dihyah al-Kalbi. Kedua; adalah keperluan kepada Jibril untuk menyamar sebagai spesis basyar yang sempurna (( بَشَرًا سَوِيًّا )) [Maryam: 17] kerana untuk mengajar Rasulullah s.a.w. Ketiga, malaikat Jibril itu sendiri dalam rupa asalnya adalah cantik sebagaima yang disifatkan oleh satu hadis oleh itu dia suka merupa dengan orang-orang terdekat Rasulullah s.a.w. yang kacak-kacak.
Lihat Musnad Imam Ahmad bin Hanbal hadis no. 4248:
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ مُوسَى ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، عَنْعَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ ، عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ ، عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ فِي هَذِهِ الْآيَةِ :وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى ، عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى سورة النجم آية 13 – 14 ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رَأَيْتُ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَهُ سِتُّ مِائَةِ جَنَاحٍ ، يَنْتَثِرُ مِنْ رِيشِهِ التَّهَاوِيلُ الدُّرُّ وَالْيَاقُوتُ ” .
Dari Ibnu Mas’ud bagi ayat ini : وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى ، عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى سورة النجم آية 13 – 14 berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: ((Aku melihat Jibril s.a.w. bahawa baginya 600 sayap, bertaburan dari sayapnya perhiasan-perhiasan cantik dan batu-batu mulia.))
5. Apa yang perlu kita faham di sini ialah kadang-kadang Jibril mendatangani Rasulullah s.a.w. dalam rupa yang asing dan tidak dikenali oleh sahabat-sahabat. Lihat: Sahih Bukhari hadis no. 50; Sahih Muslim hadis no. 102.
6. Kalau dalam rupa asing kita boleh faham bahawa hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang mengenali dan sahabat-sahabat hanya mengenali selepas diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. bahawa orang asing itu adalah Jibril. Namun, bagaimana pula dengan rupa sahabat yang dikenali seperti rupa Dihyah al-Kalbi? Di manakah Dihyah al-Kalbi sebenar pada waktu itu? Bukankah ini akan mewujud dua identiti yang serupa dalam satu masa.
7. Di sini terletaknya pemahaman tentang disiplin ilmu menyamar. Untuk memahaminya kita bukan sahaja memahami apa yang tersurat di dalam teks tetapi apa yang tersirat di sebalik itu. Saya melihat Jibril juga ingin mengajar Rasulullah s.a.w. tentang ilmu menyamar kerana ada di kalangan sahabat adalah jin dan bunian yang juga berupaya menyamar. Rasulullah s.a.w. bukan sahaja diutuskan untuk spesis basyar (manusia) tetapi juga bagi spesis jin dan bunian. Lihat Syarah Aqidah at-Thohawiyyah.
8. Satu perkara lagi ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. berinteraksi dengan Jibril yang sedang merupa seorang sahabatnya. Sedangkan hukum zahirnya Dihyah al-Kalbi adalah pengikut Muhammad s.a.w. tetapi yang sedang merupa sahabat itu adalah Jibril iaitu mahaguru [an-Najm: 5] kepada Rasulullah s.a.w. Di sinilah terletaknya rahsia tawadhuk Rasulullah dalam memperolehi ilmu sehingga dari ‘pengikutnya’ juga dia berguru.