1. Allah berfirman :
Surah ar-Rahmān, Verse 26:
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
Surah ar-Rahmān, Verse 27:
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
2. Oleh itu fana’ berturutan dan berkait rapat dengan baqa’.
3. Fana’ dalam istilah tasawuf hendaklah menepati pengertian ayat ini. Maka tidak benarlah konsep ittihad (الإتحاد) atau wehdatul wujud (وحدة الوجود) sebagaimana yang diwar-warkan oleh sebahagian ahli tasawuf. Kerana jikalah ittihad atau kesatuan makhluq dan khaliq itu boleh berlaku apabila fana’ maka mengapakan yang baqa’ itu HANYA adalah Allah?
4. Manāzil fana’ ini ialah apabila seorang sālik telah menembus benteng pemisah antara khāliq dan makhluk. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. naik ke Sidratul Muntaha ‘bertemu’ Allah. Hakikatnya, Allah itu tidak serupa dengan makhluk dan tidak bertempat sebagaimana firmannya: as-Syūra: 11 [لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ].[Tiada sesuatu yang menyerupai-Nya]. Jika sesuatu itu menyerupai Allah maka itu bukanlah Dia.
6. Apabila sahaja fana’ seorang sālik maka tiada apa yang ada dalam hatinya melainkan ingatkan Allah. Dia sedar dalam tenggelam dalam asyik cintanya kepada Allah. Inilah maksud firman Allah:
Surah al-Hadid, Verse 16:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.
7. Hal-ehwalnya fana’ seorang sālik ini boleh terjadi dia bezikir ketika berjalan tetapi dia masih sedar ketika melintas jalan-raya tentang kereta yang lalu-lalang.
8. Bagaimanakah seorang itu boleh fana’? Seseorang boleh fana’ dengan berbagai cara. Ada orang dengan membaca al-Quran. Dan bacaan al-Quran itu pula dengan surah-surah tertentu yang dicintainya bagi dijadikan zikir-zikirnya. Ada yang secara solat. Ada yang secara manāsik. Ada secara berpuasa. Ada secara zikir-zikir ma’thur. Dan berbagai cara lagi Allah menjemput hamba-Nya untuk ‘bermesra’ dengan-Nya.
9. Alam Syahadah juga boleh fana’ kerana ia adalah makhluk. Jika seseorang yaqozoh (mimpi secara jaga) maka Alam Mimpi Yaqozoh itu adalah sesuatu boleh disentuh tetapi ia adalah Alam Syahadah yang telah fana’. Dia berada di dimensi masa dan tempat yang lain. Inilah maksud hadis Sohih Bukhari:
«6993» حَدَّثَنَا عَبْدَانُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ عَنْ يُونُسَ عَنِ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ، وَلاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي)). قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ إِذَا رَآهُ فِي صُورَتِهِ.
((Sesiapa melihatku pada waktu tidur maka dia akan melihatku dalam yaqozoh, dan tidaklah syaitan menyerupaiku.))
10. Al-yaqozoh (الْيَقَظَةِ) boleh ditafsir dua maksud (1) Alam Syahadah (2) Mimpi Jaga. Oleh itu Rasulullah s.a.w. itu adalah Isa Ibnu Maryam yang ditunggu-tunggu. Manalah ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad kerana baginda adalah penutup para nabi: [Surah al-Ahzāb:40 : وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ]. Rasulullah itu mempunyai pelbagai nama: Rujuk Zād al-Ma’ad Fi Hadyi Khairal Ibād. Dia juga Muhammad Bin Abdullah. Dia jugalah Ahmad. Dia jugalah Isa Ibnu Maryam.
11. Konsep masa itu adalah relatif. Apabila seseorang sālik itu telah menembus Alam Ghaib terutama Alam Mimpi Yaqozoh masa hendaklah ditafsirkan seperti yang dilihatnya tetapi hakikatnya masa ketika itu adalah relatif. Hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang pergerakan masa waktu itu. Allah berupaya mengubah malam menjadi siang.
Allah berfirman Surah an-Nur:44:
يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
Allah menukar malam menjadi siang.
Inilah maksud Sohih Bukhari:
«6181» حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يُونُسَ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((قَالَ اللَّهُ يَسُبُّ بَنُو آدَمَ الدَّهْرَ، وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ)).
((Allah berfirman: Bani Adam mencerca masa, Aku adalah masa, di tangan-Ku lah malam dan siang))
12. Fana’ terbesar adalah kemusnahan kepada Alam Syahadah ini yang dipanggil ‘kiamat’. Segala makhluk dicabut nyawa. Itulah maksud fana’ di dalam Surah ar-Rahman: 26-27. Yang baqa’ hanyalah wajah Allah!
Artikel ini ditulis di Alam Mimpi Yaqozoh: 16/3/2016.