HATI-HATI YANG DIIKAT

1. Hati nurani itu bagaikan suatu yang hidup. Mempunyai mata dan aqal. Nurani tapi seperti fizikal boleh diikat.

2. Allah berfirman:

Surah al-Hajj, Verse 46:

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

3. Al-Qulub atau singularnya al-Qalbu itu mempunyai mata yang boleh melihatdan aqal  dalam memahami sesuatu.

4. Hati-hati juga boleh diikat. Allah berfirman:

Surah al-Kahfi, Verse 14:

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًا لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

5. Hati-hati itu diikat secara majaz. Perkataan ‘Dan kami ikat’ (وَرَبَطْنَا) mempunyai maksud hati yang mempunyai talian ikatan antara satu sama lain. Jika seorang terguris, maka seorang lagi yang terikat hati dengan yang terguris itu juga akan merasai gurisan itu di dalam hati.

6. Mereka itu cinta akan Allah dan bercinta kerana Allah. Maka Allah mengikat hati-hati mereka dalam keimanan.

7. Begitulah juga sepasang kekasih yang sedang bercinta. Seorang dapat merasai perasaan pasangannya. Mengetahui akan hal dan keadaan kekasihnya dengan mata hati dan ikatan hati yang telah dikurniakan oleh Allah.

8. Di sinilah rahsia kekuasaan Allah dalam mempertautkan dua insan yang sedang berkasih. Ia adalah rahsia kehidupan sebenarnya!

9. Di dalam Sohih Muslim Hadis No: 6714.

«6714» حَدَّثَنِي عَبْدُ الأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ. قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لاَ غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ)).

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda:(( Sesungguhnya seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah kampung lain, maka Allah mengutuskan seorang malaikat mendatanginya dan bertanya: Kemana kamu mahu pergi? Lelaki itu berkata: Aku ingin menziarahi seorang lelaki di kampung ini. Malaikat itu bertanya: Adakah bagi kamu mendapati darinya apa-apa faedah? Dia berkata: Tiada, melainkan aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Aku adalah utusan Allah kepada kamu bahawa Allah mencintai kamu sebagaimana kamu mencintainya.))

10. Itulah keajaiban cinta kerana Allah. Sehingga Allah mencintai kita. Campurtangan makhluk seni yang bernama malaikat.

11. Rahsia umat yang satu (أُمَّةً وَاحِدَةً)[az-Zukhruf:33] terlaksana kerana hati-hati umat yang satu itu diikat atas dasar keimanan oleh Allah.

12. Umat Yang Satu itu bukan satu utopia. Ashābul Kahfi pernah mengalaminya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s