PENILAIAN ASET-ASET DARI SUDUT METODOLOGI EKSTRINSIK DAN INTRINSIK

1. Sesuatu aset yang menjadi hobi atau keperluan perlu dinilai secara metodologi ekstrinsik dan intrinsik agar pemilik aset-aset dapat menentukan nilainya dan bagi mengelak kerugian atau pembaziran. Dengan kata-lain pemilik aset-aset dapat membuat keuntungan dengan aset-aset mereka. Semua orang tidak inginkan pembaziran dan kerugian. Namun jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan tentang pelaburan mereka dalam hobi dan keperluan mereka boleh terjebak dalam pembaziran dan kerugian.

2. Pengumpulan aset-aset yang berbentuk hobi dan keperluan boleh menjana keuntungan kepada seseorang dengan cara mengetahui ‘penilaian aset-aset dari sudut metodologi ekstrinsik dan intrinsik’ seperti yang kita akan bincangkan seterusnya.

3. Ia adalah bermakna samada sesuatu hobi atau keperluan kepada aset-aset itu mempunyai nilai ekstrinsik dan intrinsik. Sedangkan asma’ benda-benda itulah yang telah diajar kepada Adam dan disimpan cipnya dalam kepala anak-anak Adam [al-Baqarah: 31] yang melayakkan spesis basyar menjadi ‘khalifah'[al-Baqarah: 30; Sad: 26]. Dunia ini yang saya lihat dipimpin oleh spesis jin dan bunian kerana kegagalan spesis basyar berfungsi sebagai ‘khalifah’ kerana, tetapi tidak terhad, antaranya kegagalan mereka memahami asma’ benda-benda dan nilainya dari sudut ekstrinsik dan intrinsik.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa spesis basyar pernah memimpin dunia iaitu pada zaman Daud a.s. dan Sulaiman a.s. Apakah rahsia dua orang spesis basyar ini dapat memimpin dunia? Mereka memahami rahsia alam dan benda-benda! Daud bukan sahaja dilihat dari aspek kerohanian yang mana berzikir sehingga burung-burung dan gunung-ganang berzikir bersamanya, tetapi memahami asma’ logam sehingga dapat melunakkan besi. Besi atau logam menjadi teknologi terpenting dalam sesuatu peperangan yang tidak dapat dielak jika diplomasi menemui kegagalan. Sulaiman pula dapat mengetahui rahsia asma’ alam seperti alam jin, bunian, komunikasi, angin, pembinaan, haiwan dan ilmu kenegaraan.

5. Selepas kewafatan mereka berdua ini yang bersifat ‘malikan nabiyyan’ (مَلِكًا نَبِيًّا) , dunia ketandusan kepimpinan dari spesis basyar. Muhammad s.a.w. pula bersifat ‘abdan rasūlan’ (عَبْدًا رَسُولًا) . Masih menjadi pemimpin tetapi pemimpin yang mendahulukan sebagai seorang ‘hamba rasul’ dari seorang ‘raja nabi’. Sedangkan spesis basyar atau anak-anak Adam ini dimuliakan oleh Allah dari ciptaan-ciptaanya yang lain [al-Israa’: 70]. Nasab Muhammad s.a.w. adalah terputus dengan Adam kerana baginda tidak berayah dan hanya beribukan Maryam Ibnatu ‘Imran. Baginda adalah Isa Ibnu Maryam. Baginda adalah manifestasi kekuasaan Allah yang bersifat ‘kun fa yakun‘ [al-‘Imrān:59]. Maka jadilah ‘ciptaan baru’ [Fatir: 16].

6. Mengapakah sesuatu benda-benda atau aset-aset itu harus dinilai dari sudut ekstrinsik dan intrinsik? Benda-benda atau aset-aset itu seperti manusia juga yang mana mempunyai nilai ekstrinsik dan intrinsik. Bagaimana itu? Secara lahiriyyah/ zahir atau ekstrinsik, manusia mempunyai jasad yang dapat dinilai oleh mata-kasar. Oleh itu penilaian ekstrinsik, manusia adalah pada warna kulitnya, kecantikannya dan ketampanannya, fizikal tubuhnya dan lain-lain. Manakala, nilai intrinsik, manusia adalah pada qarin jinnya, rohnya, hatinya, budi-pekertinya, kecerdikannya dan yang lebih penting pada keimanan dan ketaqwaannya [al-Hujuraat: 13]. Begitulah, benda-benda atau aset-aset, ia dilihat dari segi lahiriyyahnya atau zahir dan batin. Ekstrinsik dan intrinsik.

7. Pemilikan aset-aset oleh seseorang itu berkait rapat dengan qarin jinnya. Seakan ada hubungan ghaib di antara qarin jin seseorang dengan aset-aset tersebut. Jika aset-aset diperolehi secara ‘suka sama suka’ [an-Nisa’:29] maka aset itu adalah aset bernilai. Tetapi jika sesuatu aset itu diperolehi secara bathil maka ia merupakan aset beracun (toxic asset).

8. Saya harus memberi contoh satu persatu tentang benda-benda atau aset-aset dalam menilainya dari sudut metodologi ekstrinsik dan intrinsik. Namun, bukan semua benda-benda atau aset-aset kerana saya akan ketandusan dakwat pena dalam menulis dan menilai secara keseluruhan. Eloklah saya bermula dengan aset-aset yang saya telah mengumpulnya dan mengkajinya. Aset-aset atau benda-benda itu terdiri dari dua iaitu samada benda-benda atau aset-aset yang hidup seperti haiwan atau aset-aset atau benda-benda yang jamadat (tetap). Dari contoh-contoh yang saya beri saudara-saudari harus berfikir dan membandingkannya sendiri.

9. Perlu saudara-saudari fahami bahada kadang-kadang nilai intrinsik adalah lebih utama dari nilai ekstrinsik. ‘Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.'[al-Hujuraat: 13]. Begitulah juga dengan aset-aset dan benda-benda yang paling bernilai adalah nilai instrinsiknya yang tiada tolak-banding.

10. Di antara aset-aset atau benda-benda yang bernilai adalah wujud khadam-khadam jin yang menjaga aset-aset atau benda-benda tersebut. Khadam-khadam jin tersebut hendaklah secara alami bukan perjanjian syirik antara pemilik dan jin yang disebut dalam ayat ke-enam Surah al-Jin. Perlu dingat bahawa bukan semua aset-aset atau benda-benda mempunyai khadam.

11. Kita bermula dengan keris. Melihat keris dari sudut ekstrinsiknya terlebih dahulu. Dari segi hulunya, sapirnya dan mata keris. Banyak buku-buku yang membincangkan tentang nilai ekstrinsik keris serta bagaimana untuk mendapatkan keris yang baik pada zahir atau lahiriyyahnya. Buku-buku yang baik untuk dibaca tentang keris adalah seperti ‘Mata Keris & Bentuknya’ oleh Dato’ Shahrum Yub dan ‘Ensiklopedi Keris’ oleh Bambang Harsrinuksmo. Tetapi, bagaimana pula dengan nilai intrinsiknya? Kita perlu mengkaji tentang Surah al-Hadid dalam menilai keris dari sudut intrinsiknya. Keris yang baik ia boleh menyerang secara ghaib.

12. Kita bermula dengan berlian yang menjadi buruan ramai dan harga tertinggi berbanding dengan permata-permata lain. Perlu kita berfikir mengapakah Koh-I-Noor menjadi rebutan, bukan setakat perseorangan tetapi antara negara-negara seperti UK, Pakistan dan India. Adakah setakat nilai ekstrinsiknya sahaja iaitu 4C (cut, colour, clarity, carat) ? Atau wujud nilai intrinsiknya seperti kata-kata yang terkenal tentangnya ‘whoever owned Koh-I-Noor ruled the world‘. Saya pernah mendapat satu cincin berpermata kokka, tetapi ada dua testimoni dari dua orang berbeza bahawa ia adalah batu delima yang unik. ‘Kokka’ atau permata delima ini pernah diuji dalam makmal dengan dipancarkan cahaya laser kearahnya, kemudian delima ini telah memancarkan cahaya melawan cahaya laser itu. Berkenaan batu permata eloklah bagi yang baru menceburinya memiliki batu-batu yang murah seperti aqiq dan batu bukit. Biasanya batu aqiq diimport dari luar negara. Batu bukit banyak terdapat di Alam Melayu. Syarat memiliki batu permata adalah mudah, ia hendaklah adalah ‘BATU’ asli, bukan batu hasilan makmal. Ramai yang terjebak memiliki batu permata makmal menyebabkan ia tiada nilai ekstrinsik dan jauh lagi nilai intrinsik. Apakah nilai intrinsik sebutir permata? Saudara-saudari hendaklah mengetahui bahawa batuan asli mempunyai nilai instrinsik tenaga dalam. Qarin jin kita akan mendapat tenaga dengan batu permata tersebut. Ia akan membantu kita, tetapi tidak terhad, dalam berfikir dan bertutur-kata. Bahkan memberi tenaga batin kepada qarin jin kita.

13. Kenderaan dari sudut ekstrinsiknya menggerakkan kita dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Ia juga sebagai perhiasan [an-Nahl: 8]. Kenderaan terbaik adalah yang disenaraikan sebagai ‘limited edition‘. Walau ia agak sukar untuk menjaganya tetapi ia mempunayi nilai intrinsik yang tinggi kerana apabila sampai saat dan waktunya ia adalah barang yang ‘rare‘ atau ‘langka’, kata Orang Indonesia. Harganya boleh berlipat-kali ganda dari harga ketika mula-mula diperolehi.

14. Lukisan adalah hasil seni manusia. Ia bukan semula jadi. Hasil seni seseorang pelukis berbeza dengan pelukis yang lain. Nilai ekstrinsiknya ialah kepada keseniannya. Nilai instrinsiknya adalah nilai kepada sesuatu lukisan itu samada ia ‘hidup’. Bagaimanakah sesuatu lukisan itu hidup? Ia hidup jika ia mempunyai pertalian dengan pelukisnya tetapi lebih aula jika sesuatu lukisan itu mempunyai mempunyai pertalian ghaib dengan pemiliknya dan pelukisnya.

15. Hobi atau keperluan kepada aset-aset atau benda-benda bukan setakat merupakan terapi minda dan jiwa terapi ia boleh menjana keuntungan berlipat kali-ganda jika ia mempunyai nilai ekstrinsik dan intrinsik.

One thought on “PENILAIAN ASET-ASET DARI SUDUT METODOLOGI EKSTRINSIK DAN INTRINSIK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s