DARIHAL KEGHAIBAN DALAM BULAN RAMADHAN

<<1889» حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ: حَدَّثَنِي اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي أَنَسٍ مَوْلَى التَّيْمِيِّينَ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ 
الشَّيَاطِينُ)).

SAHIH BUKHARI: HADIS NO: 1889

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda ((Apabila munculnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka jahannam dan dibelenggu syaitan-syaitan)).
1. Ada tiga petunjuk dalam hadis ini apabila menjelangnya bulan Ramadhan:
(1)dibuka pintu langit;
(2)ditutup pintu-pintu neraka jahannam; dan

(3)dibelenggu syaitan-syaitan.

2. Syarah Dan Pengajaran Hadis:
(1)Dibuka pintu langit
Ini menunjukkan bahawa dalam bulan ini hubungan Alam Atas (Langit) dan Alam Bawah (Bumi) adalah rapat dan intim. 
3. Seperti ditegaskan dalam ayat ini:
Surah Al-Qadr, Verse 4:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(Melayu)

via iQuran

4. Ia juga menjadi isyarat bahawa ‘keangkasaan’ adalah lebih efektif dalam bulan ini. Spesis jin yang boleh terbang mengetahui tentang hakikat ini. 

Diperkuatkan lagi dengan ayat ini:
Surah Al-Hijr, Verse 14:
وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا مِّنَ السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
(Melayu)

via iQuran

5. Saya berhujah Israk dan Mikraj itu berlaku dalam bulan Ramadhan kerana ciri-ciri bulan Ramadhan itu pintu-pintu langit dibuka.

6. Lailatul al-Qadr itu juga berlaku dalam bulan Ramadhan. Ia adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan [al-Qadr:3].

(2)Ditutup pintu-pintu neraka jahannam;

Ciri ini juga agak istimewa dalam bulan Ramadhan kerana pintu-pintu neraka jahannam ditutup. Ini menunjukkan rahmat Allah kepada makhluk-Nya. Kemurkaan-Nya ‘mereda’ salam bulan ini. 

7. Mengapakah Rasulullah bersabda bahawa ‘ditutup pintu-pintu neraka jahannam’ tetapi tidak sebut ‘dibuka pintu-pintu syurga’? Kita lah yang menentu sendiri hala-tuju kita dengan ibadat puasa yang diwajibkan (كتب) dalam bulan Ramadhan ini. Samada kita ingin berbuat jahat atau baik kerana jika beebuat jahat ‘pintu-pintu neraka jahannam ditutup’. Kemurkaan Allah mereda dalam bulan ini.

(3)Dibelenggu syaitan-syaitan

Inilah tajuk yang saya ingin bahaskan seperti yang saya isyaratkan sebelum ini.
Seperti yang dipersoalkan oleh ramai ‘jika syaitan-syaitan dibelenggu’ kenapa masih wujud kejahatan sepanjang bulan Ramadhan?

8. Dengan berlapar dan berdahaga kita sebenarnya menjalani riyadiah an-nafsu atau latihan diri untuk mendekati kepada Allah agar kita mencapai tahap ‘taqwa’ [al-Baqarah: 183]. Sedangkan dengan ketaqwaan inilah sebenarnya kita paling mulia di sisi Allah [al-Hujurat: 13]. Perhatikan ayat ini Allah berfirman “Wahai sekalian manusia! Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadika kamu berbangsa-bangsa, berpuak-puak untuk berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa!”

9. Apakah maksud ini? Inilah rahsia kejadian kita yang pelbagai. Tiada beza atas kebangsaan dan jantina melainkan dia yang paling bertaqwa.

10. Kita harus berkenal-kenalan. Merentas spesis kita. Allah seru dengan kata “an-nās”. Satu perkataan yang umum. Mencakupi manusia, jin dan bunian.

11. Bagaimana pula syaitan dibelenggu? Saya tidak lagi melihat bahawa syaitan-syaitan yang bersepatu sebelah dirantai. 

12. Kekuatan tentera Allah adalah memuncak dalam bulan Ramadhan kerana musuhnya ‘terantai’. Dibelenggu pergerakannya!!

13. Apa yang perlu kita lihat dalam bulan puasa ini adalah tentang diri kita. Adalah bukan dalam Islam sahaja berlapar dan berdahaga bagi mempertajamkan latihan diri atau riadatul an-nafs. Agama-agama lain juga wujud latihan diri ini. Tujuannya, antaranya, untuk membuka mata batin.

14. Saya memerhatikan diri saya dalam bulan puasa, sebelum berbuka, lebih banyak dalam minda separuh sedar dalam melakukan urusan-urusan dunia. Ini bermakna diri saya telah dikuasai oleh qarin jin saya. Saudara-saudari bagaimana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s