BAB: PERIHAL MELAYU DARI SUDUT GENETIK QARIN JINNYA
1. Melayu ini bangsa ‘hybrid’ ujar seorang rakan aku. Aku agak tergaman dan cuba memahami apa maksud ujaran rakan aku ini ketika dia utarakan pendapat ini. Pertama, apakah maksud hybrid itu? Kedua apa yang spesial tentang Melayu yang dikatakan hybrid itu?
2. Lantas aku cuba mendalami tanpa bertanya kepada rakan aku yang mendedahkan kepada aku tentang maksudnya bahawa bangsa Melayu itu bangsa ‘hybrid’.
3. Mengikut kamus ‘hybrid’ itu bermaksud ‘kacuk’: KAMUS DEWAN 4
4. Seperti sifir genetik yang aku pernah katakan bahawa:
JIN + JIN = JIN
JIN + BUNIAN = BUNIAN
JIN + MANUSIA = BUNIAN
BUNIAN + BUNIAN = BUNIAN
BUNIAN + MANUSIA = MANUSIA
5. Perhatikan HANYA 1/5 sahaja berkemungkinan cara untuk melahirkan manusia. Selebihnya yang dihasilkan adalah BUNIAN dan JIN.
6. Laluan aku bukanlah seorang saintis. Lantas aku seorang pengkaji ilmu-ilmu kebatinan tentang jin. Sehingga ada spesis basyar (manusia) menyangka aku ini adalah jin! Aku memerhatikan spesis basyar dan bunian yang dilahirkan di Alam Melayu banyak qarin jinnya adalah boleh merupa dan bersifat harimau. Oleh itu secara kebatinannya dia adalah Melayu asli kerana Alam Melayu ini secara majoritinya jin-jin yang menghuninya adalah spesis yang suka dan boleh merupa harimau.
7. Namun seperti yang aku telah diberitahu bahawa bangsa Melayu itu bangsa ‘hybrid’. Aku dapati bahawa Melayu Kedah adalah dikacuk dengan spesis yang boleh terbang. Dengan kata lain bukannya harimau. Aku sangat-sangat ini berjumpa dengan spesis basyar dari Kedah asli bagi menentusahkannya bahawa qarin jinnya adalahn spesis yang boleh terbang.
8. Aku juga diberi maklumat bahawa jin itu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak. Ini ada benarnya juga kerana al-Qur’an menyifatkan ‘Dia dan kabilah-kabilahnya’ (هُوَ وَقَبِيلُهُ)[al-A’raf:27]. Dengan kata lain jin kabilah Melayu. Sefaham aku jin juga perlu untuk berkeluarga, beranak pinak dan mempunyai harta. Oleh itu mereka bukan di alam mereka sahaja. Mereka sebenarnya ada dan wujud di Alam Zahir atau Syahadah ini. Oleh itu adalah tidak benar bahawa jin hanya berada di alam mereka sahaja atau Alam Jin atau Alam Ghaib sahaja.
9. Sukarnya Melayu untuk bersatu kerana mereka ini dipengaruhi oleh puak-puak dan kabilah-kabilah mereka yang berlainan spesis bagi jin dan qarin-qarin bagi spesis bunian dan manusia. Jika kita tidak membedah secara mata batin maka amatlah sukar untuk menyelesaikan permasalahan yang rumit ini iaitu: Kesatuan Melayu kerana kita hanya melihat kepada mata zahir sahaja! Kita melihat kepada perbatasan politik dan kenegrian sahaja.
10. Bertitik-tolak dari ini kita harus memerhatikan sifat-sifat qarin yang berbagai spesis untuk menyatukan Melayu. Bangsa-bangsa Melayu yang berbeza dari segi spesis mereka dari sudut mikroskop mata batin itu harus disatukan dengan titik-tolak pemerhatian kebatinan ini. Saya tidak menjumpai satu formula pun yang boleh menyatukan mereka yang berbangsa-bangsa dan berpuak-puak ini melainkan tali Allah!