MEREDAKAN POLITIK KEBENCIAN

1. Politik itu saya takrifkan sebagai ‘satu seni untuk mendapatkan kuasa dan seni untuk mempertahankan kuasa’. Oleh kerana ia adalah satu seni [Kamus Dewan 4: Seni = Keindahan] maka ia seharusnya dilihat sebagai satu keindahan dalam mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa! Ahli poilitik adalah insan yang seni sebenarnya!

2. Kebencian adalah satu sifat ‘mazmumah’ atau tercela yang tidak patut dimiliki oleh insan yang seni. Ahli politik harus membuang perasaan kebencian dalam mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa kerana kebencian itu bukanlah sifat seni bagi ahli politik yang bersifat seni. Apabila ahli politik menanamkan atau mengamalkan kebencian dalam hal-ehwal politik mereka maka mereka akan dihukum oleh penyokong dan musuh. Mereka menempah kehancuran dalam kerjaya politik mereka.

3. Bagi membuang perasaan benci dan menyahkan kebencian amalan kebencian dalam kerjaya politik mereka maka mereka harus menggantikan kebencian dengan sifat keadilan. Adil dalam sesama ahli parti, sesama ahli politik dan musuh politik mereka juga kepada penentang mereka [al-Maidah: 8].

4. Kebencian ini boleh timbul dari berbagai faktor seperti iri-hati, dendam kesumat, tamak haloba, khianat, curiga dll. Dengan kata lain sifat-sifat tercela lain selain kebencian itu sendiri. Oleh itu ahli politik yang yang mempunyai dan mengamalkan politik kebencian adalah ahli politik yang penuh dengan sifat-sifat tercela.

5. Ahli politik harus mengerti bahawa dengan mereka mengamalkan politik kebencian mereka terdedah dengan hukuman-hukuman bukan setakat hilang pengaruh dan undi dalam pilihanraya atau pemilihan dalaman sahaja tetapi juga tindakan undang-undang seperti ‘defamation’, ‘criminal defamation’ dan ‘sedition’. Kerjaya politik mereka menjadi taruhan.

6. Berseni dalam berpolitik mereka harus menguasai ilmu taktikal. Berpolitik itu ibarat seperti ‘peperangan’. Menyerang kubu musuh dengan penuh seni peperangan tetapi peperangan politik dan mendapat pengaruh dalam parti dengan penuh seni. Seni itu hendaklah sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang. POLITIK, SENI DAN KUASA adalah sifir-sifir yang harus dihafal oleh ahli-ahli politik.

7. Mereka harus juga menghafal ’33 Strategi Perang’ seperti yang dihuraikan dalam ‘The 33 Strategies of War’ oleh Robert Greene. Mereka juga harus didedahkan dengan ‘The 48 Laws of Power’ oleh penulis yang sama, oleh kerana seni politik itu adalah seni untuk mendapatkan kuasa dan seni untuk mempertahankan kuasa.


The 33 Strategies of War




The 48 Laws of Power

8. Bagaimanakah Daud memperolehi kuasa melalui peperangan dengan membunuh Jalut secara ‘patronage’ oleh Tholut [al-Baqarah: 247-251]. Daud kemudiannya mewariskan pemerintahannya kepada Sulaiman [an-Namlu: 16]. Ini adalah satu pengesahan kepada formula kekhalifahan yang berbentuk dinasti. Sehinggalah pada masa Sulaiman yang menguasai kerajaan yang sangat berkuasa dan luas. Kerajaan-kerajaan lain pun tunduk kepada kekuasaan Sulaiman.

9. Adakah Tholut, Daud dan Sulaiman mengamalkan politik kebencian? Tidak! Mereka bersuluhkan wahyu pada zaman mereka. Mereka berperang kerana menentang kepada kekuasaan kekufuran. Kebencian adalah sifat keji yang diwarisi dari Iblis ke atas generasi Bani Adam dan orang-orang yang ikhlas dan beriman [al-Hijr: 39 -40; Saba’:20].

10. Memang tidak dapat dinafikan bahawa serangan-serangan politik adalah perlu dalam peperangan politik bagi mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa. Peluru-peluru dan bom-bom asap adalah perlu dalam peperangan politik. Namun ia harus kalis ‘after-attack’ yang boleh menyerang kembali seseorang ahli politik yang memuntahkan peluru-peluru serangan tersebut.

11. Oleh itu seorang ahli politik bukan setakat harus menguasai ilmu undang-undang atau paling kurangnya dinasihati tentang undang-undang tetapi juga memiliki sifat mahmudah yang terdapat dalam akhlak-akhlak Islam biasanya dalam gerakan pembersihan jiwa dan hati yang dipanggil tasawwuf!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s