GERAK DAN GERAH

1. Mengikut Kamus Dewan 4; ‘gerak’ bermaksud ‘perpindahan tempat’ yang mana lawan bagi perkataan ini adalah ‘diam’, manakala ‘gerah’ bermaksud (1)(Jawa) berasa panas badan (kerana hari hendak hujan) (2)(Kelantan) kemalangan, kecelakaan, nahas. Maksud-maksud ini menjelaskan tentang perbahasan tajuk di atas yang saya akan kupas. Dalam gerak itu menyebabkan gerah tetapi jika diam pun gerah tetap datang walaupun kita di ‘benteng yang kukuh'[an-Nisa’:78] atau ketika tidur [az-Zumar:42]. Petanda-petanda ini adalah pengecualian kepada dalam ‘diam’ itu juga mempunyai gerah.

2. Gerak kita dari satu titik lokasi kepada titik destinasi yang lain adalah satu pergerakan yang mengundang gerah, sebahagiannya. Gerah di darat adalah nahas dan kemalangan. Begitu juga di langit, dasawarsa kini. Di laut akibat angin bertiup kencang dan ombak yang bergelora [Yunus:22] hingga menyebabkan kapal karam. Kita kelemasan.

3. Untuk bergerak dan mengelakkan gerah kita perlu ada ilmu-ilmu. Selain falak juga rasa dalam hati yang kita panggil ilham. Lihat tentang ‘zauq dan ilmu rasa’ di dalam: https://goo.gl/YniCwt . Adapun tentang pergerakan alam dalam ilmu falak telah dibahaskan dalam : https://goo.gl/vfb4Kc . Selain dari itu ialah mengesan alamat atau petunjuk dari pergerakan angin, kepada orang lelaki dengan berseluar atau berpelikat tetapi berbaju dan berdiri di pintu utama rumah. Kita dapat merasa gerah atau selamat untuk bergerak melalui hembusan angin ke dada kita di depan pintu rumah. Jika kita ingin bergerak pada keesokan harinya kita baring secara bergerak-gerak tubuh kaki dan tangan secara otomatik di atas pembaringan, seolah-olah jurus bagi mematikan gerah yang dilancarkan pada malam itu, untuk mematikan gerah yang dilancarkan pada malam itu. Cuba perhatikan sewaktu sebelum tidur. Kita juga dapat merasa ‘gelombang’ di bahagian kepala terutamanya sebelah kiri. Itu adalah gelombang dari jin lain dengan perantaraan gelombang qarin jin kita sebagai penerima. Jika kuat gelombangnya maka jin atau orang yang kita akan bertemu pada keesokan harinya adalah kuat.

4. Kita harus faham bahawa dalam perjalanan kita, kita menempuh alam-alam yang berbeza bergantung kepada kehendak-Nya. Ada orang merasakan mereka berada di Alam Zahir sedangkan mereka berada di Alam Ghaib. Sedangkan di Alam Ghaib itu syaitan-syaitan sedang menunggu! Di Alam Zahir mungkin kurang bahaya untuk gerah. Tetapi jika menempuh Alam Malakut, Jabarut, Yaqozoh dan lain-lain Alam Ghaib di situ banyak mudaratnya kerana energi-energi ghaib dan jin-jin samada ifrit, qarin jin atau khadam berfungsi dengan efektif kerana ia adalah Alam Penyamaran (Misal). Sukar untuk diketahui yang mana kawan dan yang mana lawan.

5) Kita lihat dari sudut kemalangan yang berlaku. Mengapakah berlaku pertembungan? Kenapa kita tidak bergerak lebih awal sikit atau lebih cepat sikit pergerakan kita agar tidak berlaku pertembungan? Atau bergerak lebih lewat sikit atau lebih perlahan sikit pergerakan kita agar tidak berlaku pertembungan? Pertembungan atau kemalangan semasa bergerak itu penuh makna. Jika ia berlaku di salah-satu Alam Ghaib maka ia mempunyai kaitan dengan apa yang kita lakukan di Alam Zahir. Begitu juga pertembungan atau kemalangan yang berlaku di Alam Zahir ia mempunyai kaitan dengan apa yang kita lakukan di Alam Ghaib. Energi seperti ‘ain memberi kesan kosentrasi kita semasa bergerak dan menempuh perjalanan.

6) Di dalam kitab-kitab lama terutama meramal nahas atau gerah secara pergerakan planet atau falaq. Namun bagi saya teknologi seperti ramalan cuaca dan horologi (jam), kita boleh kembangkan lagi ilmu orang-orang terdahulu tentang gerah dan gerah.

7)Pergerakan kita di Alam Ghaib dari satu titik lokasi ke titik destinasi yang lain adalah isra’ kecil, jika kita tidak berhati-hati maka ia penuh dengan gerah dari makhluk-makhluk yang ingin memberi gerah. Tetapi ia boleh berlaku kerana faktor-faktor semulajadi seperti yang disebut dalam [Yunus:22] iaitu dari ‘angin dan ombak’. Tetapi ini boleh dikesan samada secara ramalan cuaca atau ilmu rasa angin yang telah dinyatakan tadi. Dari situ kita bergerak samada lebih awal atau cepat sikit. Atau lebih lewat atau perlahan sikit bagi mengelak gerah sepanjang bergerak.

One thought on “GERAK DAN GERAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s