METAFIZIK ILMU BESI PADA KERIS

1. Dengan nama Dewata Mulia Raya, aku mula menulis tentang tajuk bagi mensyarahkan metafizik ilmu besi pada keris. Dia lah yang bersifat al-Qawiyy (القوي) iaitu Yang Maha Gagah. Dialah yang bersifat al-Qahhar (القهار) iaitu Yang Maha Perkasa. Dialah yang bersifat al-Jabbar (الجبار) iaitu Yang Maha Samseng. Nama-nama indah-Nya ini pakaian segala hulubalang dan pendekar. Juga orang-orang yang mendalami ilmu besi.

2. Adapun Alam Melayu ini Allah telah takdirkan bahawa mereka menguasai ilmu besi yang dilunakkan pada sebilah keris.

3. Metafizik itu ditafsirkan oleh Kamus Dewan 4 “Falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan, maakulat.” Besi pula adalah logam yang diturunkan dari langit dan dibuat senjata. Di dalam al-Quran disebut sebagai al-Hadid (الحديد).

4. Allah berfirman (وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ)[al-Hadid:25]. (Dan kami turunkan besi padanya kekerasan yang amat sangat dan manfaat-manfaat kepada manusia dan untuk Allah mengetahui siapa yang membantu-Nya dan Rasul-Rasul-Nya dalam urusan ghaib).

5. Keris adalah satu senjata tempur yang unik. Keseluruhan bilah, hulu dan sarungnya penuh rahsia. Ia merupakan perlambagan-perlambangan.

6. Keris yang diburu ramai adalah keris yang berkhadam secara alami. Perlambangan-perlambangan pada keris bukan setakat bermakna kepada khadam yang menjaga keris tetapi juga kepada qarin jin seseorang yang memilikinya. Oleh itu jika keris anda tidak berkhadam jangan sedih kerana perlambangan-perlambangan pada keris itu mempunyai konotasi dengan qarin jin anda.

7. Perlambangan-perlambangan pada keris merupakan bagaimana alat ini menjadi dan berfungsi sebagai sistem pertahanan dan tempur kepada seseorang. Hulunya melambangkan kepala kepada seseorang. Jika berukir dengan hulu tanjong ia bersikap bengis dan boleh terbang di udara merisik khabar, sebagai satu contoh. Jika bilahnya mempunyai wafaq ayat-ayat al-Quran, ia sesuai bertempur dengan makhluk halus.

8. Keris berkhadam harus dijaga dengan meletakkan wangian kepada bilahnya. Seelok-eloknya minyak za’faron. Memperasapkannya dengan kemenyan dan memandi-bungakannya pada malam-malam tertentu. Kerana keris ini umpama khadam dan diri kita. Jika dia biarkan tidak terjaga maka ia ibarat kita tidak menjaga khadam keris dan diri kita sendiri.

9. Keris yang mempunyai tikaman secara ghaib adalah keris yang sangat diburu kerana “Awas! Jika anda sudah kalah tempur secara ghaib, usah mendekati empunya keris itu kerana anda boleh musnah!’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s