KHIDHIR, ISA DAN ADAM

[Untuk menulis posting ini saya merujuk kepada 4 buah buku iaitu Misteri Nabi Khidhir Sepanjang Zaman oleh Ustaz Datu Mohd Sallehin Moksan, al-Ishobah Fi Tamyīzi as-Shohābah oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolāni, Tafsir al-Qurānu al-Azīm oleh Imam Ibnu Katsir dan Maryam Wa Al-Masih oleh Imam Muhammad Mutawalli as-Sya’rawi]

1. Menurut Ustaz Datu Mohd Sallehin Moksan dalam bukunya tersebut di muka surat 29 bahawa Khidhir a.s. ‘selalu hadir di mana-mana dalam bentuk dan rupa yang berbeza-beza’. Ibnu Hajar di dalam kitabnya itu memetik pendapat as-Tsa’labi bahawa: وهو نبي على جميع الأقوال معمر محجوب عن الأبصار (Dia adalah nabi menurut pendapat majoriti, berumur panjang dan terhalang dari pandangan).

2. Adalah mutawatir makna (walaupun periwayat-periwayat diserang dari sudut al-jurh wa at-ta’dil) bahawa Khidhir hidup pada zaman Rasulullah dan hingga sekarang. Bahkan Ibnu Hajar sendiri dalam bukunya mengklasifikasikan Khidhir sebagai seorang sahabat Rasulullah.

3. Bahkan dibangkitkan hujahan dalam kitab Ibnu Hajar bahawa jika Rasulullah penutup para nabi (خاتم النبيين) bagaimanakah pula ada Isa selepasnya? Oleh itu persoalan Khidhir wujud semasa hayat Rasulullah dan selepasnya adalah suatu yang tidak mustahil.

4. Perkara pertama, iaitu keberadaan Khidhir yang boleh bertukar-tukar rupa (Ustaz Datu Mohd Sallehin Moksan) dan terhalang dari pandangan (Ibnu Hajar). Terjemah Ibnu Hajar menunjukkan bahawa Khidhir adakah keturunan Adam. Sebagaimana yang saya kaji tentang Bani Adam ini ada yang tetap rupa mereka dan ada yang boleh berubah-ubah. Bani Adam yang tetap rupa mereka ini kita panggil basyar. Ramai di kalangan mereka menjadi nabi-nabi. Manakala yang boleh bertukar-tukar rupa ini saya klasifikasikan sebagai ‘bunian’ iaitu zuriat hasil perkahwinan spesis basyar dan jin.

5. Isa pula menurut kajian saya adalah basyar tetapi bukan Bani Adam kerana dia adalah spesis baru yang diciptakan seperti Adam. Kita lanjutkan perbahasan kita. Cuba bandingkan kejadian Adam : (وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي)(Dan Aku tiupkan padanya dari ruh-Ku)[al-Hijr:29]. Manakala, kejadian Isa pula: (فَنَفَخْنَا فِيهَا مِن رُّوحِنَا)(Maka Kami tiupkan padanya dari ruh Kami)[al-Anbiya’:91] (فَنَفَخْنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا)(Maka Kami tiupkan padanya dari ruh Kami)[at-Tahrim:12].

6. Perkara pertama, perhatikan perbezaan pada awal kejadian Adam dan awal kejadian Isa, sedangkan perumpamaan kejadian Isa itu diibaratkan seperti kejadian Adam (إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ)(Sesungguhnya perumpamaan kejadian Isa di sisi Allah adalah seperti Adam)[āl-‘Imrān:59). Perkara kedua, mengapakah dalam kejadian Adam disebut ruh-Ku dan dalam kejadian Isa disebut ruh Kami? Perkara ketiga, mengapa dalam al-Anbiya’:91 disebut (فِيهَا) secara muannas dan dalam at-Tahrim:12 disebut (فِيهِ) secara muzakkar? Seninya pada kejadian Adam dan Isa. Pendapatku, disebut ruh-Ku pada kejadian Adam dan ruh Kami pada kejadian Isa kerana kejadian Adam adalah tidak berayah dan beribu dan kejadiannya juga disifatkan (خَلَقْتُ بِيَدَيَّ)(Aku jadikan dengan tangan-Ku)[Sōd:75]. Manakala, disebut ruh Kami pada kejadian Isa kerana Isa beribu dan lain-lain rahsia yang belum kita ketahui. Sedangkan hakikat Isa itu kita banyak dikelirukan (شُبِّهَ لَهُمْ)(Dikelirukan bagi mereka)[an-Nisa’:157].

7. Pendalilannya begini:

Surah Aal-e-Imran, Verse 59:

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.

(Melayu)
via iQuran

Perkataan (هُ)(Hu)(Dia) di dalam (خَلَقَهُ)itu merujuk kepada Adam bukan Isa. Jika kedua-dua (Adam dan Isa) diciptakan dari tanah maka akan disebut (هُمَا)(Huma)(Kedua-duanya).Isa a.s. adalah SPESIS BARU (خَلْقٍ جَدِيدٍ)[ar-Rad:5][Ibrahim:19][as-Sajda:10][Saba:7][Fathir:16][Qaf:15] yang diciptakan atas Kun Fayakun (كُن فَيَكُونُ) Allah. PERSAMAAN (مَثَلَ) Isa dan Adam itu adalah pada Kun Fayakun (كُن فَيَكُونُ) Allah. Kalau Isa mempunyai nasab Adam sudah tentu disebut dalam ayat ini bahawa Isa mempunyai unsur tanah.

8. Jikalah, ibu Isa iaitu Maryam itu dari spesis manusia (aku sukar untuk menerima hakikat bahawa perempuan ada dari spesis basyar) maka Isa adalah Bani Adam. Begitu juga jika ibunya bunian maka Isa adalah Bani Adam. Tetapi jika ibunya jin maka Isa adalah satu spesis baru tetapi basyar. Bukan semua basyar adalah Bani Adam. Kita tahu bahawa setiap nabi adalah basyar.

9. Kita kembali tentang Khidhir yang boleh berubah rupa. Adalah tidak mustahil jika Khidhir adalah bunian kerana bunian adalah Bani Adam serta basyar. Oleh kerana dia bunian maka dia boleh berubah rupa. Ataupun kekuatan qarin jinnya yang menyebabkannya boleh bertukar-tukar rupa. Itu pun bergantung kepada kebenaran telahan Ustaz Datu Mohd Sallehin Moksan dalam bukunya. Perkara ini perlu disahihkan lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s