KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: JIN MENCURI BERITA-BERITA GHAIB

1. Jin diizinkan oleh Allah mempunyai kebolehan untuk mencuri komunikasi samada mereka terbang ke langit [al-Jin:8] atau mereka duduk di tempat-tempat tertentu untuk mencuri perbualan malaikat [al-Jin:9]. Perkara ini berlaku sebelum Muhammad s.a.w. dibangkitkan sebagai nabi. Bagi yang boleh terbang itu mereka terbang ke langit mendengar perbualan-perbualan malaikat yang bersifat futuristik dan maklumat tepat tentang sesuatu. Bagi yang tidak boleh terbang mereka duduk di tempat-tempat strategik dan mencuri berita bersifat futuristik dan maklumat tepat tentang sesuatu.

2. Perbualan malaikat-malaikat adalah sesuatu yang bersifat encryptions atau coded dan jin-jin yang telah berhasil mencuri berita-berita dan perkhabaran-perkhabaran ghaib itu mereka melakukan decryptions atau decoded. Hasil dari berita-berita dan perkhabaran-perkhabaran ghaib yang telah dinyah-inkripkan dan dipecah kod itu mereka gunakan untuk kegunaan-kegunaan tertentu. Samada baik atau sebaliknya. Maklumat-maklumat yang dicuri dari malaikat adalah tepat kerana ia datang dari Allah. Malaikat-malaikat adalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas. Jin yang bersifat boleh halimunan [al-A’raf:27], boleh mengubah bentuk menjadi haiwan pelbagai dan menjadi rupa manusia pelbagai adalah satu perkara yang unik. Inilah sebabnya Iblis menjadi takbur [al-A’raf:13][Sad:74] untuk engkar perintah arahan Allah untuk sujud kepada Adam, kerana merasakan kejadiannya dari api lebih baik dari kejadian Adam dari tanah [Al-Araf:12][Sad:76]. Sedangkan dalam ‘kepala’ Adam itu terkandung maklumat-maklumat tentang segala asma’ (nama-nama) [al-Baqarah:31] sehinggakan malaikat gagal untuk menyebutnya selepas dipertontonkan kepada mereka [al-Baqarah:31-32] dan selepas itu mereka sujud kepada Adam [al-Baqarah:34][al-A’raf:11][al-Hijr:30][al-Isra’:61][al-Kahf:50][Ta Ha:116][Sad:73].

3. Tetapi selepas Muhammad s.a.w. dibangkitkan jin-jin tidak boleh lagi mencuri berita-berita ghaib dari perbualan-perbualan malaikat. Jika mereka mencuri berita-berita ghaib maka mereka akan ‘diekori oleh tembakan yang menembusi’ [as-Shofat:10], ‘diekori oleh tembakan yang nyata’ [al-Hijr:18]. Mereka juga dapati di langit, ia dipenuhi dengan ‘pengawal-pengawal yang keras dan tembakan-tembakan’ [al-Jin:8] serta ‘tembakan yang merejam’ [al-Jin:9]. Ada hikmahnya sebegini kerana batang-tubuh Muhammad s.a.w. itu mempunyai wahyu dan ‘dia tidak bercakap melainkan apa yang diwahyukan’ [an-Najm: 3-4]. Oleh itu jin-jin tidak perlu lagi terbang ke langit atau duduk di tempat-tempat tertentu untuk mencuri berita-berita ghaib kerana pada batang-tubuh Muhammad s.a.w. itu mempunyai wahyu. Muhammad s.a.w. pula ada bersifat insan biasa melainkan baginda di wahyukan [al-Kahf:110][al-Anbiya’:3][Fussilat:6]. Wahyu itu pula mempunyai tingkatan-tingkatannya; ada yang lemah, sederhana dan kuat bergantung kepada kekuatan malaikat menyampaikannya atas arahan Allah. Klasifikasi hadis-hadis dhoif, hasan dan sahih bukan sahaja bergantung kepada ilmu sanad dan matan tetapi bagaimana kekuatan wahyu itu kepada Muhammad s.a.w.

4. Wujudnya Alam Ghaib [al-Jin:26][ar-Rad:9][al-Mukminun:92][as-Sajdah:6][az-Zumar:46][al-Hasyr:22][al-Jumua:8][at-Taghabun:18] menunjukkan juga adanya ‘surat-surat khabar Alam Ghaib’. Alam Ghaib seperti malakut, jabarut dan yaqozoh yang merupakan duplikasi Alam Syahadah ini. Bagaimankah caranya untuk membaca surat-surat khabar Alam Ghaib? Otak kita mempunyai dua bahagian iaitu otak kanan dan kiri. Otak kanan mentafsirkan secara logik dan nyata. Manakala otak kiri mentafsirkan secara abstrak dan ghaib. Oleh itu jika akhbar itu melaporkan sesuatu gambar ikan besar dan satu lagi berkenaan dadah, maka bagi peguam yang mengendalikan kes dadah itu menunjukkan suatu rezki atau kes besar! Begitu juga bagi merungkai permasalahan seseorang dengan melihat dan mentafsir berita akhbar.

5. Sesuatu itu bermula dari ghaib dahulu sebelum nyata. Sebagaimana kejadian kita di Alam Arwah ketika ditanya ‘Adakah Aku Rab kamu? Maka kita semua menjawabnya: Bahkan! [al-A’raf:172]. Begitu juga jin mereka selepas berjaya menguasai teknik-teknik mencuri berita-berita ghaib, maka mereka mencipta teknologi-teknologi berasaskan sains untuk mengembangkan teknologi maklumat. Alat seperti komputer dan handset adalah alatan sains yang dikembangkan berdasarkan ilmu-ilmu ghaib mereka yang mereka dijadikan oleh Allah. Teknik encryptions dan coded serta decryptions dan decoded adalah ilmu-ilmu silam mereka. Perlu diingat semua ini boleh dilakukan dengan usaha-sama dengan Bani Adam yang mempunyai chip tentang asma’ di dalam kepala mereka. Gabungan perkahwinan Bani Adam dengan jin menghasilkan bunian. Spesis ini adalah satu spesis baru yang juga pelik kerana genetik tanah bergaul dengan genetik api. Spesis yang separa basyar dan separa jin.

6. Apabila teknologi maklumat dikembangkan maka ia penuh dengan formula-formula sains untuk dinyatakan di Alam Zahir agar Bani Adam dan jin dapat mengguna-pakai ketika mereka merupa manusia. Oleh kerana jin telah memahaminya dan menguasainya ketika mereka bersifat jin maka mereka cuba menterjemahkannya secara zahir melalui sains. Teknologi seperti encryptions dan coded serta decryptions dan decoded adalah berasal dari malaikat. Jin belajar dari pencurian khabar langit. Oleh itu mereka menghayatinya dan cuba untuk menterjemahkannya secara sains dan praktikal. Teknologi stealth adalah halimunannya malaikat dan jin. Maka saintis jin cuba menterjemahkannya secara sains. Teknologi stealth adalah penuh dengan formula matematik dan sains [Introduction to RF STEALTH, David Lynch,Jr. SciTech Publishing Inc, 2004].

7. Teknik mencuri berita-berita ghaib itu dikembangkan menjadi satu teknologi intercept dalam sistem mengesan gelombang. Oleh kerana jika sesuatu gelombang itu boleh dipintas (intercept), maka bagaimanakah untuk menjadi halimunan pula. Sistem processor yang terdapat dalam chip komputer dan peralatan komunikasi adalah berasaskan batu permata kerana batu permata boleh menarik dan menolak. Begitu juga processor boleh menerima input dan mengeluarkan output. Oleh itu bahan untuk membuat processor adalah dari bahan galian bumi. Teknik hacking dan intercept juga adalah teknik jin mencuri berita-berita langit. Oleh itu tidak mustahil kerja-kerja hacking dan mencuri maklumat-maklumat komunikasi adalah kerja-kerja golongan mereka. Mereka berpuak-puak dan berkabilah-kabilah [al-A’raf:27] untuk kepentingan puak-puak dan kabilah-kabilah mereka.

8. Sebenarnya Bani Adam juga boleh menyaingi jin jika mereka membangkitkan hikmat qarin jin yang ada dalam tubuh mereka. Qarin jin ini boleh mengesan gelombang dan bersifat seperti jin. Tetapi Bani Adam harus ingat bahawa mereka harus pagar diri mereka terlebih dahulu sebelum membangkitkan tenaga dalam mereka agar yang mereka sedang berhubung itu bukan dengan jin luar dan yang lebih aula lagi bukan jin kafir atau syaitan!

9. Teknik berhubung dengan qarin jin adalah dengan mengamalkan zikir Surah al-Jin dan memohon kepada Allah untuk menzahirkan qarin jin diri sendiri. Ia juga boleh dikomunikasi dengan secara qarin jin itu dalam keadaan ghaib. Matahati perlu tajam agar bisikan itu bukan bisikan jin luar atau syaitan. Jin juga mempunyai qarin jin. Mereka juga boleh mengguna-pakai qarin jin mereka. Jin lagi memahami jin. Oleh itu bertarunglah secara ilmu hikmat putih. Jika menggunakan ilmu hikmat hitam atau sihir maka kita akan dihukum oleh Allah.

10. Saya pernah diperlihatkan bagaimana dua orang jin berhubung secara teknik jin, iaitu yang seorang itu menghantar gelombang melalui mulut kepada yang seorang lagi kepada telinganya. Saya menggunakan telinga kiri untuk hack atau intercept komunikasi dua orang jin ini. Maka saya mendengar komunikasi mereka berdua adalah dalam bentuk kod.

11. Oleh itu adalah elok samada jin atau bunian atau manusia harus memperkembangkan lagi teknik atau skil mencuri berita-berita ghaib ini diperkembangkan untuk dunia yang lebih terkehadapan dan maju samada melalui teknologi sains atau hikmat-hikmat dan potensi diri yang dikurniakan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s