«4216» حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا وَإِمَامًا عَدْلاً فَيَكْسِرُ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعُ الْجِزْيَةَ وَيَفِيضُ الْمَالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ)).
Dari Abi Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda “Tidak akan berlaku kiamat sebelum diturunkan Isa Ibnu Maryam sebagai hakim yang saksama dan pemimpin yang adil. Maka baginda mematahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai. Harta melimpah-ruah sehingga tiada seorang pun lagi mahu menerimanya.” – Riwayat Sunan Ibnu Majah.
1. Pertama, konsep perlembagaan moden dikenali sebagai ‘separation of powers’ (pengasingan kuasa-kuasa) antara Bidang Kehakiman (Judiciary), Parlimen (Legislative) dan Eksekutif (Executive). Isa a.s. menjadi seorang hakim dan pemerintah yang adil itu menunjukkan baginda mempunyai ‘mukjizat’ bagaimana mengumpul kedua-dua bidang kuasa ini (kehakiman dan eksekutif) dalam tangannya seorang. Ia bersalahan dengan sistem moden. Baginda mempunyai persamaan dengan Muhammad iaitu hakim yang adil [an-Nisa’:65] dan sebagai pemerintah [sejarah, hadis-hadis dan al-Quran].
2. Kedua, mematahkan salib itu bermaksud bahawa pendewaan ketuhanan ( terhadap Isa dan emaknya) sebagai Tuhan (إِلَٰهَيْنِ مِن دُونِ اللَّهِ) [al-Maedah: 116] dan dalam konsep Trinity (ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ)[al-Maedah:73] dalam agama Kristian akan ditentang oleh Isa a.s. sendiri. Kerana Kristian terlalu mendewa-dewakan Isa dan emaknya. Sedangkan Isa sendiri melihat ia satu ketelanjuran Umat Kristian. Bahkan ahli-ahli Kitab akan beriman dengan Isa sebelum mereka meninggal dan baginda akan menjadi saksi di atas keberimanan mereka:
Surah An-Nisa, Verse 159:
وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
(Melayu)
via iQuran
3. Ketiga, membunuh babi itu bermaksud manusia mendapat makanan halal kerana babi itu adalah makanan yang diharamkan oleh al-Quran sendiri [al-Baqarah:173][al-Maeda:3][an-Nahl:115].
4. Keempat, jizyah dihapuskan adalah bertentangan dengan King James version of Bible (“Render unto Caesar the things that are Caesar’s, and unto God the things that are God’s”) [Matthew: 22: 15-22; Mark: 12: 13-17; Luke: 20: 20-26]. Bagaimanakah Isa mengendorskan sendiri perbuatan Kaisar sedangkan baginda adalah Kaisar (pemimpin)? Untuk menghapuskan cukai (jizyah) itu sendiri mesti mempunyai kuasa politik kalau tidak legislatif pun. Mungkin Kerajaan tidak lagi mengutip cukai kerana harta negara dan rakyat telah melimpah ruah sehingga tiada seorang pun mahu menerimanya lagi.
5. Ini lah berita-berita gembira yang terkandung dalam hadis di atas.