RISALAH LENGKAP TENTANG ILMU-ILMU MALAIKAT (الرسالة الكافة في علوم الملآئكة)

BAB: HAKIKAT WAHYU

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ: أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ- وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ- فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ، وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِيَ الْمَلَكُ رَجُلاً فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ)). قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ، فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ

Terjemahan: Dari Ummu al-Mukminin Aisyah r.a. : Sesungguhnya al-Harith Bin Hisyam r.a. bertanya Rasulullah s.a.w.: “Bagaimanakah datangnya wahyu kepada kamu? Maka Rasulullah s.a.w.: ((Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku seperti bunyi loceng -bentuk ini yang paling kuat kepadaku-maka aku mendengar maka aku mengingati apa yang yang dikatakan (wahyukan), kadang-kadang malaikat menyamar seorang lelaki dan berbicara dengan ku maka aku mengingatinya apa yang dikatakan)). Maka berkata Aisyah r.a. “Demi sesungguhnya aku pernah melihatnya diturunkan wahyu pada hari yang sangat sejuk, maka dahinya akan berpeluh.”-Hadis Riwayat al-Bukhari; Hadis No. 2.

1. Perbahasan tentang bagaimana ‘Hakikat Wahyu’ ini saya masukkan di bawah topik ‘Risalah Lengkap Tentang Ilmu-Ilmu Malaikat’ kerana wahyu itu datang melalui perantaraan malaikat. Bagaimana dengan wahyu yang secara langsung dengan Allah? Atau disebut hadis qudsi? Sebagaimana Musa a.s. yang boleh berbicara secara langsung dengan Allah (وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا) [an-Nisa’:164]? Ini ditegaskan bahawa wujudnya wahyu itu dengan secara langsung antara Rasul dengan Allah.

Surah as-Syūra, Verse 51:

((وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ))

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

2. Ayat di atas menunjukkan ada 3 bentuk wahyu iaitu:

 أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا   (2) أَوْ مِن وَرَاءِ حِجَابٍ  (3) أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ (satu)

3. Dari sudut sumbernya ia dibahagikan kepada dua kategori. Bentuk pertama itu dan kedua itu adalah hadis qudsi. Manakala bentuk ketiga itu adalah wahyu (dari malaikat) dalam bentuk hadis marfu’, mauquf dan maqto’. Lihat Ulum al-Hadis Asiluha Wa Mu’asiruha oleh Professor Dr Abu Laith al-Khairi Abadi, muka surat 121, Cetakan Ketujuh, Dar al-Kitab al-Maghribi,2015.

4. Oleh itu fahamlah kita bahawa hadis no. 2 dari riwayat al-Bukhari di atas adalah hadis kategori kedua iaitu samada marfu’, mauquf atau maqto’.

5. Persoalan wahyu ini adalah satu perkara yang mustahak kerana ia mengikat umat Islam. Allah menyifatkan seorang yang mengakui menerima wahyu tetapi sebenarnya tidak adalah seorang yang paling zalim [al-Anam:93]

Surah al-An’am, Verse 93:

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثْلَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: “Telah diberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): “Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”.

6. Sedangkan Rasulullah s.a.w. diberi kebenaran (arahan) oleh Allah untuk menyampaikan bahawa baginda menerima wahyu (قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ)[al-Jin: 1]. Wahyu itu hanyalah dari malaikat Jibril iaitu malaikat yang ditugaskan untuk menyampaikan wahyu. Bahkan Jibril ini juga lah yang mengajar Rasulullah s.a.w. [an-Najm:5].

 Surah an-Najm, Verse 5:

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ

wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –

7. Hadis dari Sahih Bukhari yang dipetik itu perlu dikupaskan lagi. Keadaan Rasulullah s.a.w. seperti yang disebut itu menunjukkan kekuatan wahyu. Lagi kuat wahyu itu maka lagi kuat sesuatu hadis. Kekuatan hadis bukan setakat pada ilmu sanad dan matan sahaja dalam ilmu mustholah hadis. Hanya Rasulullah memahaminya dan mungkin orang-orang di sekitarnya yang memerhatinya.

8. Oleh kerana kuatnya wahyu maka Rasulullah s.a.w. ‘tidak menuturkan dari hawa-nafsu, melainkan apa yang diwahyukan’  ( وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ ) [an-Najm: 3-4]. Ia adalah percakapan basyar namun ‘tekanan kepada kepala terutama ubun-ubun dan dahi’ dari wahyu oleh malaikat yang menyampaikan wahyu iaitu Jibril. Saya tidak mahu menghuraikan tentang kekuatan hadis dari sudut ilmu sanad dan matan. Tuan-puan boleh membacanya dalam kitab-kitab yang ditulis oleh ahli-ahli hadis dalam disiplin mustholah hadis.

Surah an-Najm, Verse 3:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Surah an-Najm, Verse 4:

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

9. Seterusnya saya ingin menyebutkan tentang keberadaan Isa a.s. Perlu kita fahami bahawa Isa a.s. juga seperti lain-lain rasul, menerima wahyu juga. Ruh al-Qudus itu adalah Jibril (وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ )[al-Baqarah:87; 253].

Surah al-Baqarah, Verse 87:

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَقَفَّيْنَا مِن بَعْدِهِ بِالرُّسُلِ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?

Surah al-Baqarah, Verse 253:

تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ مِّنْهُم مَّن كَلَّمَ اللَّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلَ الَّذِينَ مِن بَعْدِهِم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَلَٰكِنِ اخْتَلَفُوا فَمِنْهُم مَّنْ آمَنَ وَمِنْهُم مَّن كَفَرَ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلُوا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ

Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

10. Oleh kerana Jibril itu menyampai wahyu maka ketika Jibril bersama dengan Isa a.s. Bolehkah wujudnya bentuk-bentuk wahyu kepada Isa a.s.? Selain dari kita cuba memahami ‘Hakikat Wahyu’, jika juga harus memahami ‘Hakikat Muhammad’. Saya berhenti setakat ini dengan meninggalkan persoalan-persoalan untuk tuan-puan berfikir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s