PERMATA MANIKAM PADA MENGUPAS AL-HIKAM

SEBAGAI AHLI HAKIKAT KITA PERLU BERSABAR DI TENGAH KEMELESETAN EKONOMI
مِنْ عَلَامَاْتِ الْإِعْتِمَاْدِ عَلَى الْعَمَلِ نُقْصَاْنُ الْرَجَاءِ عِنْدَ وُجُوْدِ الْزُلَلِ

(Di antara tanda-tanda berpegang kepada amal ialah kurangnya pengharapan ketika berlaku kesusahan-kesusahan)

-Hikam Ibnu ‘Athaillah as-Sakandari

1. Di dalam muqadimah kitab Iqazul Himam Fi Syarhi al-Hikam (إِيْقَاظُ الْهِمَمْ فِيْ شَرْحِ الْحِكَمْ) (Membangkitkan Kesedaran Pada Mensyarahkan al-Hikam) Syeikh al-‘Arif Billah Ahmad Bin Muhammad Bin ‘Ajibah Bin al-Hasaniy memetik kata-kata Imam Malik bahawa :(مَنْ تَصَوَّفَ وَلَمْ يَتَفَقَّه فَقَدْ تَزَنْدَقَ . وَمَنْ تَفَقَّه وَلَمْ يَتَصَوَّف فَقَدْ تَفَسَّقَ)(Sesiapa yang bertasawuf tetapi tidak berfeqah maka dia telah berzindiq. Sesiapa yang berfeqah tetapi tidak bertasawuf maka dia telah berfasiq).

2. Di dalam muqadimah juga disebut bahawa Ibnu ‘Athaillah as-Sakandari bermazhab Maliki dan aliran tareqat as-Syazili.

3. Kembali kepada untaian Hikam tadi yang menjadi turutan pertama dalam kitab Ibnu ‘Athaillah as-Sakandari, berkata pensyarah bahawa amal di kalangan ahli seni terbahagi kepada 3 bahagian (1) amal syariat (2) amal tareqat (3) amal hakikat. Ia juga disebut sebagai (1) amal Islam (2) amal iman (3) amal ihsan.

4. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w.:

«50» حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ، فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ فَقَالَ مَا الإِيمَانُ قَالَ: ((الإِيمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَبِلِقَائِهِ وَرُسُلِهِ، وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ)). قَالَ مَا الإِسْلاَمُ قَالَ: ((الإِسْلاَمُ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكَ بِهِ، وَتُقِيمَ الصَّلاَةَ، وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ)). قَالَ مَا الإِحْسَانُ قَالَ: ((أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ)). قَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ: ((مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ، وَسَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا إِذَا وَلَدَتِ الأَمَةُ رَبَّهَا، وَإِذَا تَطَاوَلَ رُعَاةُ الإِبِلِ الْبُهْمُ فِي الْبُنْيَانِ، فِي خَمْسٍ لاَ يَعْلَمُهُنَّ إِلاَّ اللَّهُ)). ثُمَّ تَلاَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ} الآيَةَ. ثُمَّ أَدْبَرَ فَقَالَ: ((رُدُّوهُ)). فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا. فَقَالَ: ((هَذَا جِبْرِيلُ جَاءَ يُعَلِّمُ النَّاسَ دِينَهُمْ)). قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ جَعَلَ ذَلِكَ كُلَّهُ مِنَ الإِيمَانِ.

[طرفه 4777، تحفة 14929- 20/ 1].

Sahih Bukhari

5. Ia juga disebut (1) ahli permulaaan (2) ahli pertengahan (3) ahli pengakhiran.

6. Syariat adalah untuk membetulkan yang zahir, tareqat untuk membetulkan yang dalaman dan hakikat untuk membetulkan yang rahsia.

7. Berkata pensyarah Hikam bahawa bagaimanakah kita tidak sepatutnya berpegang kepada amal untuk sampai ke akhirat? Sedangkan Allah berfirman (ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ)(Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan apa yang kamu telah kerjakan)[an-Nahlu:32]. Pensyarah Hikam menyebut bahawa ayat ini adalah ‘mensyariatkan’ dan ‘dihakikatkan’ oleh sabda Rasulullah s.a.w.:

«6463» حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لَنْ يُنَجِّيَ أَحَدًا مِنْكُمْ عَمَلُهُ)). قَالُوا وَلاَ أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ((وَلاَ أَنَا، إِلاَّ أَنْ يَتَغَمَّدَنِي اللَّهُ بِرَحْمَةٍ، سَدِّدُوا وَقَارِبُوا، وَاغْدُوا وَرُوحُوا، وَشَيْءٌ مِنَ الدُّلْجَةِ.

وَالْقَصْدَ الْقَصْدَ تَبْلُغُوا)).

[أطرافه 39، 5673، 7235، تحفة 13029].

Sahih Bukhari

8. Hadis Rasulullah ini adalah untuk ahli hakikat. Ayat Surah an-Nahlu:32 itu untuk ahli syariat.

9. Berkata pensyarah Hikam bahawa ada ayat al-Quran yang bersifat syariat dan dihakikatkan oleh hadis. Ada hadis yang bersifat syariat dan dihakikatkan oleh al-Quran.

10. Di tengah kemelesetan ekonomi ini maka perlulah kita bersabar. Kita tidak putus asa dengan Rahmat Allah. Jangan bersandarkan kepada amalan kita tetapi Rahmat Allah yang kita pergantungkan, sebagai ahli hakikat (وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّهِ)(Jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah)[Surah Yusuf:87].

11. Kitaran ekonominya sebegitu; ada tahun subur, ada tahun gersang [Surah Yusuf: 48-49].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s