KONSEP NUR MUHAMMAD ADALAH SESUATU YANG SESAT?

Surah al-Maedah:15:
‎ قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
iQuran

Berikut adalah dua tafsir muktabar yang mentafsir tentang makna nur (نور) yang terdapat dalam ayat ke-15 Surah al-Maedah.

1) Tafsir At-Tabari

Pengarang:Muhammad ibn Jarir al-Tabari(838–923) Jāmiʿ al-bayān ʿan taʾwīl āy al-Qurʾān (Arabic: ‫جامع البيان عن تأويل آي القرآن‬‎, lit. ‘Collection of statements on interpretation of verses of the Qur’an’‎), popularly Tafsīr al-Ṭabarī (Arabic: ‫تفسير الطبري‬‎‎), is a Sunni tafsir by the Persian scholar.
يعني بالنور، محمد صلى الله عليه وسلم الذي أنار الله به الحق، وأظهر به الإسلام ومحق به الشرك، فهو نور لمن استنار به يبين الحق. ومن إنارته الحق، تنبيه لليهود كثيرا مما كانوا يخفون من الكتاب.

( Dimaksudkan dengan nur itu adalah Muhammad s.a.w. yang dengannya Allah menyinari Kebenaran, dan menyerlahkan dengannya Islam dan menghapuskan dengannya kesyirikan. Maka baginda adalah nur bagi sesiapa yang mengambil cahaya mencari Kebenaran, dan sesiapa yang disuluhi Kebenaran, peringatan kepada bagi Yahudi dengan kebanyakkan apa yang mereka sembunyikan dari al-Kitab).

2) Tafsir Al-Baghawi

Pengarang: Abu Muhammad al-Husayn ibn Mas’ud ibn Muhammad al-Farra’ al-Baghawi(Persian/Arabic:ابومحمد حسین بن مسعود بغوی), born 1041 or 1044 (433 AH[1] or 436 AH[2]) died 1122 (516 AH) was a renowned Persian Muslim Mufassir, hadith scholar and a Shafi`i faqih best known for his major work Tafsir al-Baghawi. Al-Farra was in reference to trading with fur, and al-Baghawi was a reference to his hometown Bagh or Baghshûr (then in Persia) between Herat and Marw al-Rudh. He died in Marw al-Rudh.
يعني: محمد صلى الله عليه وسلم

(Dimaksudkan: Muhammad s.a.w.)

KOMEN

3. Ayat di atas merupakan sandaran bahawa wujudnya konsep ‘Nur Muhammad’ yang menjadi perbahasan segolongan dari umat Islam terutama kelompok sufi.

4. Namun, kedua-dua pentafsir ini tidak menyandar pun takwil mereka kepada hadis Jabir r.a. yang katanya seawal-awal makhluk yang diciptakan adalah ‘Nur Muhammad’. (Lihat perbahasan di sini: https://salafytobat.wordpress.com/category/nur-muhammad-menurut-al-quran-hadits/)

5. Saya pun masih mengkaji tentang hadis Jabir r.a. kerana di sana ada yang berpandangan bahawa seawal-awal makhluk yang diciptakan adalah ‘al-Qalam’ berdasarkan hadis Sunan Abi Daud.

‎«4702» حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ مُسَافِرٍ الْهُذَلِيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَسَّانَ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ رَبَاحٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي عَبْلَةَ عَنْ أَبِي حَفْصَةَ قَالَ: قَالَ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ لاِبْنِهِ يَا بُنَيَّ إِنَّكَ لَنْ تَجِدَ طَعْمَ حَقِيقَةِ الإِيمَانِ حَتَّى تَعْلَمَ أَنَّ مَا أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ وَمَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيبَكَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ. قَالَ رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ)). يَا بُنَيَّ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((مَنْ مَاتَ عَلَى غَيْرِ هَذَا فَلَيْسَ مِنِّي.

Sunan Abi Daud

Berkata Ubadah Bin as-Somit kepada anaknya : Wahai anak ku sesungguhnya kamu tidak akan mendapati kenikmatan hakikat iman sehingga kamu mengetahui apa yang menimpa mu tidak akan menyalahkan kamu dan apa yang menyalahkan kamu tidak akan menimpa mu sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: (( Sesungguhnya seawal-awal apa yang dijadikan adalah al-Qalam. Maka Allah berkata kepadanya : Tulislah!. Maka dia bertanya : Wahai Tuhan ku! Apa yang aku harus tulis? Allah berkata: Tulislah kadar-kadar setiap sesuatu sehingga berlakunya kiamat.)) Wahai anak ku sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : (( Sesiapa yang mati lain dari ini maka ia bukan umat ku)).

Leave a comment