«1936» حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يَقُولُ سَمِعْتُ هِشَامَ بْنَ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ يَقْرَأُ سُورَةَ الْفُرْقَانِ عَلَى غَيْرِ مَا أَقْرَؤُهَا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْرَأَنِيهَا فَكِدْتُ أَنْ أَعْجَلَ عَلَيْهِ ثُمَّ أَمْهَلْتُهُ حَتَّى انْصَرَفَ ثُمَّ لَبَّبْتُهُ بِرِدَائِهِ فَجِئْتُ بِهِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي سَمِعْتُ هَذَا يَقْرَأُ سُورَةَ الْفُرْقَانِ عَلَى غَيْرِ مَا أَقْرَأْتَنِيهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((أَرْسِلْهُ اقْرَأْ)). فَقَرَأَ الْقِرَاءَةَ الَّتِي سَمِعْتُهُ يَقْرَأُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((هَكَذَا أُنْزِلَتْ)). ثُمَّ قَالَ لِيَ: ((اقْرَأْ)). فَقَرَأْتُ فَقَالَ: ((هَكَذَا أُنْزِلَتْ إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ أُنْزِلَ عَلَى سَبْعَةِ أَحْرُفٍ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ)).
Dari Abdul Rahman Bin Abdul Qari berkata: Aku mendengar Umar Bin al-Khattab berkata ‘Aku mendengar Hisyam Bin Hakim Bin Hizam membaca Surah al-Furqan tidak seperti aku baca berdasarkan apa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. membaca kepada aku. Aku hampir tergopoh-gapah untuk meninggalkannya namun aku tangguhkannya sehingga dia selesai membacanya. Kemudian aku menjadi sangsi. Maka aku pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya aku mendengar bacaan ini ketika membaca Surah al-Furqan tidak seperti yang dibaca oleh kamu kepada aku. Rasulullah s.a.w. bersabda :((Datangkan dia untuk membacanya)). Maka dia membaca dengan gaya bacaan yang aku dengar tersebut. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : ((Beginilah ia diturunkan)). Kemudian baginda berkata kepada aku: ((Bacalah)). Maka aku membaca. Baginda bersabda : ((Beginilah ia diturunkan. Sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan 7 gaya bacaan. Bacalah apa yang senang kepada kamu.)) Riwayat Muslim.
PERBAHASAN
1. Bagaimanakah gaya bacaan yang 7 itu? Di zaman Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai sistem rekoding. Oleh itu ia diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.
2. Tampaknya ia diketahui oleh Rasulullah sendiri tentang 7 gaya bacaan tersebut. Apa yang jelas dalam 7 gaya bacaan itu satu yang diketahui oleh Hisyam Bin Hakim Bin Hizam dan satu lagi oleh Umar Bin al-Khattab. Di manakah 5 gaya bacaan lagi? Siapa yang mengetahuinya selain Rasulullah s.a.w.? Allah dan Rasul-Nya sahaja mengetahui.
3. Ketahuilah bahawa kita beribadat termasuk membaca al-Quran bersama qarin jin kita.
4. Perhatikan petikan dari Surah al-Jin ini:
Surah al-Jin: 1:
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar bacaan Al-Quran yang menakjubkan!”
(Bacaan al-Quran yang menakjubkan)(قُرْآنًا عَجَبًا) bermakna bacaan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w. dengan 7 gaya bacaan itu suatu yang menakjubkan.
Surah al-Qiyamah: 16:
لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafal Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
iQuran
5. Terjemahan kepada Bahasa Melayu ini adalah versi iQuran. Bermakna Rasulullah s.a.w. pada awalnya tidak menghafal al-Quran.
Surah al-Isra’: 106:
وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا
Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
6. Lambat dan tenang (مُكْثٍ) adalah satu teknik dalam pembacaan al-Quran. Juga secara tartil (تَرْتِيلًا).
Surah al-Muzammil: 4:
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
7. Adakah kita perlu berjumpa Rasulullah s.a.w. secara yaqazah untuk mendapat bacaan yang 7 itu?