1. Setiap insan dijadikan bersama mereka itu qarin jin. Tak kira samada insan itu seorang jin atau bunian atau manusia. Ini ditegaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w.
«7286» حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ عُثْمَانُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ)). قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ((وَإِيَّايَ إِلاَّ أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُنِي إِلاَّ بِخَيْرٍ)).
Dari Abdullah bin Mas’ud berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda ((Tiada seorang pun dari kamu melainkan diwakilkan baginya qarin dari jin)) Sahabat-sahabat bertanya : Bagi kamu juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ((Dan bagiku juga melainkan sesungguhnya Allah telah menolongku maka dia telah Islam (selamat). Tidaklah dia menyuruhku melainkan bagi kebaikan)). ~ Sahih Muslim
2. Perkataan (مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ)(tiada seorang pun dari kamu) sangat luas maksudnya mencakupi jin, bunian dan manusia.
3. Bagaimanakah qarin jin berfungsi dalam melawan sihir? Sebenarnya tanpa qarin jin, sihir tidak akan berfungsi. Qarin jin itu sendiri adalah antibodi kepada seseorang. Namun ia juga menjadi titik-lemah kepada seseorang kerana sihir dapat mencapai maksudnya melalui qarin jin seseorang.
4. Oleh itu wajarlah kita memahami bagaimana sihir itu berfungsi. Saya sebenarnya telah membahaskan hakikat sihir dalam tajuk ‘Adakah Ilmu Tenaga Dalam Wujud dalam nas-nas al-Quran dan Sunnah?‘. Saya menulis “Bagi menjayakan sihir ia memerlukan perlambangan-perlambangan seperti ikatan-ikatan dan juga barang-barang peribadi seperti rerambut dan pokok yang seperti kepala syaitan.”
5. Perlambangan-perlambangan dalam sihir itu mempunyai kaitan dengan qarin jin seseorang maka sihir itu dapat berfungsi kepada seseorang melalui perantaraan qarin jin seseorang. Qarin jin seseorang adalah bersifat ghaib. Maka sihir yang bersifat ghaib itu merebak kepada seseorang melalui perantaraan qarin jin.
6. Sifat jin adalah begitu. Perlambangan-perlambangan pada zahirnya adalah lemah dan tak masuk akal ia boleh berfungsi. Namun dari segi ghaibnya ia mempunyai kesan.
SIHIR PEMISAH IKATAN SUAMI-ISTERI
7. Sihir ini adalah sihir yang mempunyai kesan yang nyata. Ikatan suami-isteri itu adalah ikatan antara dua hati. Ia boleh dipisah sebenarnya melalui perantaraan ‘sihir pemisah.’
Surah al-Baqarah:102
(فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ)
Maka mereka mempelajari dari kedua-duanya apa yang boleh memisahkan seseorang dari pasangannya.
8. Sihir kategori ini adalah sihir hakikat. Ia berlaku dan mempunyai kesan secara nyata. Seseorang itu diikat dengan pasangannya melalui ikatan hati perantaraan qarin jinnya. Ia adalah ikatan ghaib.
9. Bahayanya sihir kategori ini adalah ia sangat disukai oleh Iblis. Seperti yang disebut dalam sebuah hadis:
«7284» حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ- وَاللَّفْظُ لأَبِي كُرَيْبٍ- قَالاَ: أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ- قَالَ- فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ)). قَالَ الأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ: ((فَيَلْتَزِمُهُ)).
Dari Jabir berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:((Sesungguhnya Iblis meletakkan singahsananya di atas air. Kemudian dia menghantar tentera-tenteranya. Yang paling hampir kepadanya adalah yang paling besar fitnah (kejahatannya). Datang salah seorang darinya maka berkata : Aku telah membuat itu dan ini. Maka dia (Iblis) berkata engkau tidak berbuat apa-apa. Kemudian datang salah seorang dari mereka berkata: Aku tidak tinggalkannya melainkan aku memisahkan di antara suami dengan isteri. Maka didekatkan kepadanya dan dia berkata : Awak yang terbaik! Berkata Al-A’mash maka aku mendengarnya (Jabir) berkata :((Maka dia sentiasa bersamanya)).~ Sahih Muslim.
SIHIR KHAYALAN
10. Sihir jenis ini berlaku ketika Musa a.s. berdepan dengan Firaun.
Surah Taha: 66:
قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَىٰ
Nabi Musa menjawab: “Bahkan kamulah campak dahulu”. Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka mengkhayalkan kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.
11. Jelas bahawa sihir ini dari segi kategori sihir yang mengkhayalkan. Ia bukan hakiki tetapi sebuah khayalan. Berbeza dengan sihir pemisah ikatan suami-isteri yang mana ia adalah hakiki.
12. Qarin jin pula jika lemah maka ia senang terdedah kepada kesan sihir. Salah satu cara untuk memperkuatkannya adalah dengan berzikir, doa, sembahyang, membaca al-Quran dan lain-lain ibadat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.
13. Antibodi semulajadi yang Allah jadikan dalam tubuh seseorang ini menjadi lebih kuat dengan amalan-amalan soleh yang dikerjakan oleh empunya badan bagi melawan kerja-kerja syaitan.
14. Oleh kerana sihir itu bersifat ghaib maka qarin jin yang juga bersifat ghaib itu berupaya melawan sihir dengan kekuatan melalaui amalan-amalan soleh empunya badan.
[…] Source: PERANAN QARIN JIN DALAM MELAWAN SIHIR […]