​PERBAHASAN TENTANG ILMU LADUNI

1. Laduni ini adalah istilah yang telah dimelayukan dari (لَّدُنَّا) dipetik dari (وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمً)(Dan Kami ajarkannya dari sisi Kami sesuatu ilmu)[al-Kahfi:65]. Laduni bermaksud dari ‘sisi’. Ia adalah ilmu khas yang tidak wujud dan ketahui oleh khalayak ramai. Hatta Musa pun perlu ‘berguru’ (تُعَلِّمَنِ)[al-Kahfi:66] dengan Khidhir untuk memahami ilmu laduni. Ini bermakna ilmu laduni boleh dipelajari dari seseorang yang dianugerahkan kepadanya.

2. Perkataan ‘Kami’ itu menunjukkan kata jamak iaitu bukan Allah sahaja yang mengajar seseorang tetapi juga boleh jadi para malaikat-Nya.

3. Perkataan (هُ)(hu)(Dia) dalam (وَعَلَّمْنَاهُ) [al-Kahfi:65] ini merujuk kepada Khidhir a.s. yang disifatkan oleh al-Quran (فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا)(Maka mereka berdua -Musa dan pemuda yang menemaninya-mendapati seorang hamba dari hamba-hamba Kami)[al-Kahfi:65]. Ayat ini juga menunjukkan bahawa bukan setakat Khidhir sahaja yang diberi ilmu laduni tetapi ramai lagi.

4. Setiap perbuatan yang bersifat laduni itu mempunyai takwil (بِتَأْوِيلِ)[al-Kahfi:78].

5. Perbuatan-perbuatan Khidhir yang menyimpang dari syariat (1) menebuk kapal yang membahayakan nyawa penumpang-penumpang [al-Kahfi: 71 ] (2) membunuh budak yang tidak berdosa [al-Kahfi:74] (3) sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya sedangkan ahli kampung itu tidak mahu menjamu mereka [al-Kahfi:77].

6. Perbuatan-perbuatan Khidhir ini adalah pada zahirnya menyimpang dari syariat, namun takwil-takwilnya adalah masih dalam ruang lingkup syariat. Hakikat perbuatan Khidhir itu dengan secara takwil masih dalam ruang-lingkup syariat. Hanya Musa tak memahaminya pada zahir yang dilihatnya menyalahi syariat.

7. Takwil kepada (1) menebuk kapal yang membahayakan nyawa penumpang-penumpang [al-Kahfi: 71 ]. Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, Khidhir bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat [al-Kahfi:79] .(2) membunuh budak yang tidak berdosa [al-Kahfi:74]. Adapun budak itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka  kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.[al-Kahfi:80-81].(3) sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya sedangkan ahli kampung itu tidak mahu menjamu mereka [al-Kahfi:77]. Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) [al-Kahfi:82].

8. Perlu diingatkan untuk berguru tentang ilmu laduni dan hakikat ini perlu banyak bersabar [al-Kahfi:67-69; 72; 75; 78; 82].

9. Apabila seorang guru yang memiliki ilmu laduni mendapati anak muridnya sudah tidak sabar dengan perbuatan-perbuatan hakikatnya maka harus ada perpisahan antara anak murid dan gurunya [al-Kahfi:76; 78].

KEGUNAAN WAFAQ: ADAKAH IA THABIT DALAM Al-QURAN DAN SUNNAH?

1. Ada yang bertanya saya apa kegunaan wafaq seperti yang terpapar di cover photo saya. Ada juga yang mempertikaikannya sebagai ilmu yang diada-adakan.

2. Maka ini jawapan saya. Sebagaimana hadis seawal-awal makhluk yang dicipta itu adalah al-qalam [Hadis Abu Daud] maka pensil, pen, mesin taip atau secara evolusi barunya zaman sekarang keyboard ia adalah cabang ilmu penulisan yang berasaskan qalam. Surah al-Qalam itu sendiri menjelaskannya.

3. Ya wafaq mempunyai kesannya secara rohani kepada seseorang.

4. Ibnu Kathir ketika mentafsirkan Surah al-Ahqaf: 29 menyatakan satu riwayat dari Ibnu Mas’ud:
واستتبعني رسول الله صلى الله عليه وسلم ،فانطلقنا حتى أتينا مكان كذا و كذا ، فخط لي خطا فقال : “كن بين ظاهر هذه لا تخرج منها ، فإنك إن خرجت منها هلكت”

Aku mengikuti Rasulullah s.a.w. (pada malam Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran kepada segolongan jin), maka kami bertolak sehinggalah kami sampai kepada tempat tertentu, maka baginda melakar kepada ku lakaran maka baginda bersabda: “Tetaplah kamu dalam lingkaran ini. Jangan keluar darinya, jika kamu keluar darinya nescaya kamu akan musnah.”

5. Ini lah dalil Rasulullah s.a.w. menggunakan lakaran (ada riwayat mengatakan atas tanah) bagi melindungi Ibnu Mas’ud dari gangguan jin.

6. Lakaran itu bolehlah ditafsirkan perkara yang bersifat wafaq. Jika difikir memang tidak masuk akal, bagaimana lakaran boleh melindungi seseorang. Namun begitulah jin yang bersifat rohani dan ghaib alah kepada hikmat.

7. Ayat 25 Surah al-Hadid yang saya isi dalam wafaq pedang ghaib ini (facebook cover photo) baru-baru ini berfungsi melindungi saya dari diserang secara gelombang komunikasi. Ada masa tertentu ia berfungsi secara efektif.

8. Kalau saudara-saudari tak percaya wafaq ini boleh berfungsi, cuba saudara-saudari tulis nama saudara-saudari atas kertas kemudian strikethrough dan pijak ia dengan kaki. Apa yang saudara-saudari rasa? 🙂

9. Saya diberitahu oleh Orang Yahudi bahawa ada bahagian khusus Mossad yang mengkaji tentang wafaq. Bahkan mereka menggunakannya!

10. Ada kitab-kitab ilmuan Islam yang menulis tentang ilmu wafaq ini seperti Ahmad Bin Ali al-Buni dll.