KEGUNAAN WAFAQ: ADAKAH IA THABIT DALAM Al-QURAN DAN SUNNAH?

1. Ada yang bertanya saya apa kegunaan wafaq seperti yang terpapar di cover photo saya. Ada juga yang mempertikaikannya sebagai ilmu yang diada-adakan.

2. Maka ini jawapan saya. Sebagaimana hadis seawal-awal makhluk yang dicipta itu adalah al-qalam [Hadis Abu Daud] maka pensil, pen, mesin taip atau secara evolusi barunya zaman sekarang keyboard ia adalah cabang ilmu penulisan yang berasaskan qalam. Surah al-Qalam itu sendiri menjelaskannya.

3. Ya wafaq mempunyai kesannya secara rohani kepada seseorang.

4. Ibnu Kathir ketika mentafsirkan Surah al-Ahqaf: 29 memetik dari Musnad Imam Ahmad menyatakan satu riwayat dari Ibnu Mas’ud, dalam riwayat yang panjang:
مسند أحمد  مُسْنَدُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ

3788 (المجلد : 6 الصفحة : 332)
حَدَّثَنَا عَارِمٌ ، وَعَفَّانُ قَالَا : حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ قَالَ : قَالَ أَبِي : حَدَّثَنِي أَبُو تَمِيمَةَ ، عَنْ عَمْرٍو – لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ قَدْ قَالَ : الْبِكَالِيَّ، يُحَدِّثُهُ عَمْرٌو – عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ عَمْرٌو : إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ قَالَ : اسْتَتْبَعَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : فَانْطَلَقْنَا حَتَّى أَتَيْتُ مَكَانَ كَذَا وَكَذَا، فَخَطَّ لِي خِطَّةً ، فَقَالَ لِي : ” كُنْ بَيْنَ ظَهْرَيْ هَذِهِ لَا تَخْرُجْ مِنْهَا ؛ فَإِنَّكَ إِنْ خَرَجْتَ هَلَكْتَ “. قَالَ : فَكُنْتُ فِيهَا

Musnad Ahmad:

Aku mengikuti Rasulullah s.a.w. (pada malam Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran kepada segolongan jin), maka kami bertolak sehinggalah kami sampai kepada tempat tertentu, maka baginda melakar kepada ku lakaran maka baginda bersabda: “Tetaplah kamu dalam lingkaran ini. Jangan keluar darinya, jika kamu keluar darinya nescaya kamu akan musnah. Berkata: Maka aku di dalam lakaran itu”

5. Ini lah dalil Rasulullah s.a.w. menggunakan lakaran (ada riwayat mengatakan atas tanah) bagi melindungi Ibnu Mas’ud dari gangguan jin.

6. Lakaran itu bolehlah ditafsirkan perkara yang bersifat wafaq. Jika difikir memang tidak masuk akal, bagaimana lakaran boleh melindungi seseorang. Namun begitulah jin yang bersifat rohani dan ghaib alah kepada hikmat.

7. Ayat 25 Surah al-Hadid yang saya isi dalam wafaq pedang ghaib ini (facebook cover photo) baru-baru ini berfungsi melindungi saya dari diserang secara gelombang komunikasi. Ada masa tertentu ia berfungsi secara efektif.

8. Kalau saudara-saudari tak percaya wafaq ini boleh berfungsi, cuba saudara-saudari tulis nama saudara-saudari atas kertas kemudian strikethrough dan pijak ia dengan kaki. Apa yang saudara-saudari rasa? 🙂

9. Saya diberitahu oleh Orang Yahudi bahawa ada bahagian khusus Mossad yang mengkaji tentang wafaq. Bahkan mereka menggunakannya!

10. Ada kitab-kitab ilmuan Islam yang menulis tentang ilmu wafaq ini seperti Ahmad Bin Ali al-Buni dll.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s