1. Pengalaman aku terlibat dalam ‘ritual’ tarik duit aku dapati ada 2 kumpulan orang yang menerima duit yang telah aku tukar menjadi cek dengan jumlah yang besar. Kumpulan pertama berahsia tentang apakah transaksi itu. Kumpulan kedua mereka menceritakan tentang hakikat transaksi itu.
2. Kumpulan pertama adalah majoriti. Manakala kumpulan kedua adalah minoriti.
3. Mungkin ada sebab mereka berahsia. Membawa duit jumlah besar di tangan itu penuh ujian. Orang lain berminat untuk tarik duit juga.
4. Aku suka diberitahu tentang hakikat duit yang ditukar kepada cek itu. Kadang-kadang penerima cek menceritakan aku akan hakikatnya. Contoh kategori ini adalah Adi Mulyadin dari Indonesia. Aku boleh memperhalusi lagi seni TARIK DUIT.
5. Balik beraya Eidul Fitri 2017 banyak dihabiskan di Kuala Berang. Lepak di simpang tiga Kuala Ping yang sudah pesat membangun dengan projek terkini dalam bikinan tak kurang RM30 juta walau di kawasan Hulu Terengganu.
6. Tampaknya aku tidak berhajat kepada ‘funder’. Pembiaya besar lebih kepada omongan kosong. Sukar mencari yang tanpa muslihat. Aku hanya perlu bekalan duit berterusan di tangan aku. Duit kertas ini ditukar dari nota RM1, RM5, RM10, RM50 dll ‘menjadi’ cek. Ada yang jutaan. Ada yang berbilion. Kajian kes Tembat dan Petuang di Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu ia menjadi gandaan Trillion atas nama Robert Tan.
7. Pindahan duit secara elektronik juga mempunyai rahsia besar. Sehingga menjangkau pengaliran wang ke luar negara. Pindahannya berganda-ganda dari nilai sebenar.
8. Aku tidak dapat melihatnya. Qarin jin aku dapat melihatnya. Kadang-kadang aku diberitahu oleh ifrit atau khadam yang menerima duit itu. Kadang-kadang malaikat yang menyamar sebagai kenalan-kenalan datang mengajar dan memberi maklumat.
9. Aku sendiri atas kapasiti manusia seperti kamu sukar untuk menerima hakikat ini. Kalau beritanya dah taraf mutawatir mahu mungkiri?
10. ‘Ritual tarik duit‘ bermaksud pada saat dan ketika qarin jin yang ada ditubuh aku bertasyakkul (merupa) menjadi orang kaya dan menukar jisim-jisim benda menjadi lebih berharga. Menggandakan wang kecil menjadi wang besar. Mengubah tulisan-tulisan.
11. Satu projek berbilion di Terengganu, aku hanya perlu berbelanja di pasar malam untuk membiayainya menjadi realiti. Tak kan barang di pasar malam bernilai RM100,000? Apatah lagi RM1B!
12. Ritual tarik duit memang wujud!
mcm mane nk buat???
Mcm mana nak tarik duit bang
Hubungi saya rohanrazi@gmail.com
mtk bantuan urgent tuan..
Macam mana tu?