FIQH RASUAH

1. Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah:188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

• Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

2. Allah telah menegah kita (1) memakan harta di antara kita secara batil (2) memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan dosa secara kita sedar.

3. Mengapakah rasuah itu dikaitan dengan makan? Ya, sesuatu yang kita perolehi itu bermula dengan makan. Kerana cara kita makan itu mentafsirkan sesuatu apa yang akan kita buat. Kalau cara kita makan tidak betul maka cara kita buat pun tidak betul.

4. Seterusnya rasuah di dalam ayat di atas dikaitkan dengan hakim-hakim. Negara yang maju (developed) adalah negara yang menegakkan ‘RULE OF LAWS’ atau ‘NEGARA HUKUM’. Khilaf di kalangan warganegara atau bukan warganegara diselesaikan secara undang-undang. Samada nasihat orang yang mengetahui undang-undang di luar Mahkamah atau dirujuk kepada hakim-hakim di Mahkamah.

5. Di sinilah bermula bahayanya atau jenayah rasuah. Iaitu dengan memberi rasuah kepada para hakim untuk memutuskan sesuatu keputusan agar berpihak kepada kita. Sedangkan keputusan sepatutnya berpihak kepada orang lain.

6. Rasulullah mencela orang memberi dan menerima rasuah. Lihat hadis Sunan at-Tirmizi:

«1386» حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي الْحُكْمِ.

Dari Abu Hurairah berkata ((Rasulullah ‎ﷺ mencela orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah dalam sistem kehakiman))

7. Di Malaysia, akta yang mengawal hal-ehwal rasuah adalah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

5. Dua elemen penting yang perlu ada dalam kes rasuah iaitu (1) suapan (2) penyalahgunaan kuasa. Jika wujud “suapan” tapi tidak wujud “penyalahgunaan kuasa” maka ia bukan rasuah. Begitu juga jika wujud “penyalahgunaan kuasa” tapi tiada “suapan” ia bukanlah rasuah. “Penyalahgunaan kuasa” tanpa “suapan” adalah kes terasing yang tidak cukup elemen rasuah.

6. Ini dapat dilihat dalam BAHAGIAN IV (KESALAHAN DAN PENALTI) Akta SPRM. Setiap suapan mesti disertai dengan kesalahan “penyalahgunaan kuasa”  di dalam Seksyen 16(A) dan (B). Begitulah juga peruntukan di bawah seksyen-seksyen lain BAHAGIAN IV (KESALAHAN DAN PENALTI).

7. HAKIKAT RASUAH seperti yang kita bangkitkan dalam Surah al-Baqarah:188 itu menjelaskan bermula dengan (تَأْكُلُوا)(makan) atau bahasa Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) adalah SUAPAN. Manakala PENYALAHGUNAAN KUASA pula adalah ( وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ) iaitu [1](وَتُدْلُوا)(merasuah) [2] (إِلَى الْحُكَّامِ)(kepada hakim-hakim) iaitu penerima rasuah atau suapan [3] ( لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ) (untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta orang lain). Ini bermaksud bukan setakat hakim menerima suapan tetapi juga telah memberi keputusan yang menyalah guna kuasa bertentangan prinsip-prinsip undang-undang sepatutnya. Menyisihkan PRINSIP KEADILAN. [4] ( بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ)(dengan dosa dan dalam keadaan kamu mengetahui). (بِالْإِثْمِ)(secara dosa) atau secara berjenayah. Jika tiada peruntukan atau lacunae dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) maka tertuduh boleh bebas. [5]( وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ)(dalam keadaan kamu mengetahui) iaitu inilah prinsip mens rea yakni mempunyai minda jenayah. Elemen [1] hingga [4] adalah actus reus yakni perbuatan jenayah.

8. Perlu ditegaskan bahawa pelaku rasuah bukan setakat litigan dan hakim-hakim namun juga pihak-pihak lain. Perkataan ‘mana-mana orang’ dalam Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) adalah cukup luas merangkumi mana-mana pihak. Begitu juga perkataan ‘melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain’ adalah accomplice dalam bahasa undang-undang moden.

9. Kekayaan dunia akan berganda-ganda jika dapat menghindari rasuah dalam urusan-urusan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s