Mengapa Keris Perlu Diperasapkan?

1. Keris adalah satu senjata yang sakral di Alam Melayu. Bilahnya adalah besi. Besi itu berkait dengan perkara ghaib (‎بِالْغَيْبِ) [al-Hadid:25]. Ia bukan sahaja berkait dengan perkara yang ghaib tetapi juga mempunyai manfaat-manfaat kepada manusia. Ghaib itu lah yang hendak kita perbahaskan di sini. Ada yang mempertikaikan mengapa keris itu perlu diperasap pada malam-malam tertentu. Sehingga Orang-Orang Melayu telah hilang hujah apabila diserang bertubi-tubi tentang mengapa keris itu perlu diperasapkan dari sudut pandangan Islam. Sehingga Orang-Orang Melayu sudah tidak menganggap keris satu senjata yang sakral. Saya akan jawabnya dari sudut al-Quran dan hadis.

2. Keris itu oleh kerana ia besi maka ia ada kaitan dengan perkara ghaib [al-Hadid:25]. Apa yang ghaibnya? Pertama, kita akan bahaskan tentang khadam keris. Kedua, kita akan bahaskan tentang qarin dan penyatuan qarin dengan empunya badan. Bukan semua keris mempunyai khadam. Tetapi dengan memperasapkannya ia akan mengundang khadam jin untuk menghuni. Ada jin yang memang telah ditugaskan untuk menjaga keris-keris tertentu. Ada keris yang diisi dengan khadam jin. Keris ini dinamakan keris ‘isian’. Ada yang memang telah asal khadam diikat dengan keris oleh empu atau tukang keris. Sejauh mana ikatan ini berfungsi dan kuat ikatannya?

3. Khadam keris adalah spesis jin yang memang mengetahui tentang ilmu kependekaran dan pertahanan diri samada zahir atau ghaib. Oleh itu memiliki keris yang berkhadam maka ia akan mewujudkan pagar ghaib. Dia juga boleh menzahirkan diri dalam menjaga tuannya. Oleh kerana mereka jin maka mereka boleh mengambil bentuk pelbagai. Kekuatan mereka bergantung kepada saiz mereka di Alam Ghaib. Saiz mereka di Alam Ghaib dipengaruhi oleh ketinggian ilmu mereka. Jika saiz mereka di Alam Ghaib lebih besar dari jin-jin lain maka mereka boleh menundukkan jin-jin lain yang bersaiz kecil. Jin juga seperti manusia berhajat kepada pengajian ilmu-ilmu, makan-minum, berkeluarga, bersosial dan mencari harta. Mereka boleh ghaib kerana sifat jin ini adalah ghaib. Mereka juga boleh menjadi haiwan. Maka dari sinilah kita perlu bahaskan tentang mengapa keris perlu diperasapkan.

4. Di dalam hadis Sahih Muslim:

«1035» حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الأَعْلَى عَنْ دَاوُدَ عَنْ عَامِرٍ قَالَ: سَأَلْتُ عَلْقَمَةَ هَلْ كَانَ ابْنُ مَسْعُودٍ شَهِدَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ قَالَ: فَقَالَ عَلْقَمَةُ أَنَا سَأَلْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ فَقُلْتُ هَلْ شَهِدَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ قَالَ لاَ وَلَكِنَّا كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَفَقَدْنَاهُ فَالْتَمَسْنَاهُ فِي الأَوْدِيَةِ وَالشِّعَابِ فَقُلْنَا اسْتُطِيرَ أَوِ اغْتِيلَ- قَالَ- فَبِتْنَا بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ فَلَمَّا أَصْبَحْنَا إِذَا هُوَ جَاءٍ مِنْ قِبَلِ حِرَاءٍ- قَالَ- فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَدْنَاكَ فَطَلَبْنَاكَ فَلَمْ نَجِدْكَ فَبِتْنَا بِشَرِّ لَيْلَةٍ بَاتَ بِهَا قَوْمٌ. فَقَالَ: ((أَتَانِي دَاعِي الْجِنِّ فَذَهَبْتُ مَعَهُ فَقَرَأْتُ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنَ)). قَالَ فَانْطَلَقَ بِنَا فَأَرَانَا آثَارَهُمْ وَآثَارَ نِيرَانِهِمْ وَسَأَلُوهُ الزَّادَ فَقَالَ: ((لَكُمْ كُلُّ عَظْمٍ ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ يَقَعُ فِي أَيْدِيكُمْ أَوْفَرَ مَا يَكُونُ لَحْمًا وَكُلُّ بَعَرَةٍ عَلَفٌ لِدَوَابِّكُمْ)). فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((فَلاَ تَسْتَنْجُوا بِهِمَا فَإِنَّهُمَا طَعَامُ إِخْوَانِكُمْ)).

Dari Amir berkata: Aku bertanya ‘Alqamah: Adakah Ibnu Mas’ud r.a. menyaksikan bersama Rasulullah ‎ﷺ malam jin (لَيْلَةَ الْجِنِّ)? Berkata: Maka berkata ‘Alqamah: Aku bertanya Ibnu Mas’ud: Maka aku berkata : Adakah menyaksikan salah seorang dari kamu bersama Rasulullah ‎ﷺ malam jin?: Berkata: Tidak, akan tetapi kami bersama Rasulullah ‎ﷺ suatu malam maka kami kehilangannya. Maka kami mencarinya di setiap lembah dan gunung maka kami berkata Istutir atau Ightil -berkata- maka kami tidur dengan kesejukan malam dengannya bersama kaum. Maka apabila paginya Baginda ‎ﷺ datang dari arah Gua Hira’ -berkata- Maka kami berkata: Wahai Rasulullah ‎ﷺ! Kami kehilangan kamu, maka kami mencari kamu dan kami tidak jumpai kamu. Kami tidur dalam kesejukan dengan kaum. Maka Baginda ‎ﷺ bersabda: ((Aku didatangi oleh pendakwah-pendakwah jin, maka aku pergi bersama mereka. Maka aku baca kepada mereka al-Qur’an)). Berkata: Maka kami bertolak maka kami mendapati kesan-kesan mereka dan api-api mereka dan mereka bertanya kepada Rasulullah ‎ﷺ makanan maka Baginda ‎ﷺ bersabda: ((Bagi kamu setiap tulang yang disebut nama Allah yang jatuh dari tangan kamu atau yang tersisa daging dan setiap najis binatang kamu)). Maka bersabda Rasulullah ‎ﷺ: ((Maka janganlah kamu beristinjak dengan keduanya kerana sesungguhnya keduanya itu makanan saudara-saudara kamu))

5. Kita harus memahami hadis sahih ini bahawa Rasulullah ‎ﷺ mengambil cakna tentang makanan jin-jin yang Rasulullah ‎ﷺ sifatkan sebagai saudara-saudara kamu (إِخْوَانِكُمْ). Bagaimana dengan asap setanggi atau kemenyan? Asap setanggi atau kemenyan adalah makanan jin ketika mereka ghaib. Qarin jin kita sendiri ketika menghidu bau setanggi atau kemenyan akan sendawa. Seolah-olah kita makan sesuatu. Jika kita tidak menjaga khadam keris maka ibarat seorang Jeneral yang tidak menjaga kebajikan tentera-tenteranya. Atau seorang ibu dan ayah yang tidak menjaga makan minum anaknya. Mengamuklah tentera-tentera atau anak-anak. Lebih-lebih lagi di saat peperangan maka mereka akan kelaparan sedangkan ada musuh yang perlu dilawan. Maka Jeneral seperti ini harus menerima kekalahan. Lebih bahaya lagi jika khadam keris akan mengamuk kerana kebajikan mereka tidak terjaga. Maka Sang Jeneral akan diserang oleh tentera-tentera sendiri. Bukan lagi musuh yang  mengalahkan mereka tetapi tentera sendiri yang memberontak.

6. Saya ada sentuh tentang qarin jin. Qarin jin kita oleh kerana dia jin maka dia bersifat seperti jin. Tubuh kita inilah sarangnya. Ada ketika dia keluar dari sarangnya. Samada dalam keadaan ghaib atau menzahirkan dirinya. Ia disebut ‘bertasyakkul’. Qarin jin kita memerlukan besi untuk membentuk semangatnya yang kental. Begitu juga ketika dia masuk ke sarangnya (tubuh kita) maka kita mempunyai semangat kental. Kita mungkin diserang sihir. Sihir dapat ditangkis dengan kuasa ghaib besi. Cuma sahaja perjanjian kita dengan khadam keris adalah seperti dalam Surah al-Jin iaitu tidak menyengutukan Allah (‎وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا)[al-Jin:2]. Bantu membantu. Itu sahaja. Syirik bila sembah keris atau melanggari hukum-hukum dan ‘aqidah Islam.

7. Semangat keris boleh bersatu dengan kita secara baik jika kita menjaga dengan baik keris kita termasuk memperasapkannya. Ibarat kita menjaga makan-minumnya. Anak-anak akan berbakti kepada ibu-bapa jika kedua mereka menjaga dengan baik anak-anak mereka. Begitu juga tentera akan berperang dengan sesungguh hati jika kebajikan mereka dijaga oleh Sang Jeneral. Begitulah dengan halnya khadam keris. Qarin jin seseorang adalah berbeza saiznya dengan seseorang yang lain bergantung kepada ketinggian ilmu qarin jin itu. Oleh itu kita perlu mempunyai jawapan bagi mereka yang menyerang secara bertubi-tubi mengapa keris perlu disakralkan termasuk memperasapkannya.

8. Saya sebenarnya mendalami dan menghayati ilmu besi terutama keris. Menghubungi beberapa kenalan yang arif besi dan keris. Saya tandus tentang suatu maksud “pendokok” pada sebilah keris. Tanya di situ dan tanya di sini. Setelah saya pasang “pendokok” pada bilah keris saya ‘Keris Muhammad’, saya dapat merasakan satu energi ghaib pada tengkok saya. Tahulah saya, saya sedang bersatu dengan kerisku Keris Muhammad. Menangis saya, ceteknya ilmu saya tentang hakikat sebuah makna besi. Oleh kerana ada satu tugasan kerja litigasi emas, saya hubungi peguam defendan yang mewakili syarikat emas. Dulu sakit tengkok saya bila berbicara dengannya. Sekarang tidak lagi. Fahamlah saya pada keris itu penuh “falsafah keinsanan”. Bertikam secara suara ini lagi bahaya dari bertikam secara fizikal, dalam keadaan tertentu. Serangan Iblis dan bala tenteranya (وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ)[as-Shu’ara:95] yang PALING BAHAYA adalah pada SUARANYA (‎بِصَوْتِكَ)[al-Isra’:64]. Hulu Keris Muhammad itu Hulu Pekaka/Tajong. Ukiran motif kompleks itu menunjukkan falsafah “pemikiran kompleks” kepada saya bila bersatu dengannya dan bagi khadamnya. Kamus Dewan 4 : sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa peribahasa perkataan yang tajam itu kerap kali mendatangkan kecelakaan kepada diri sendiri. Pendokok itu bagai penyangga kepada empunya besi yang cuba mengganggu tutur-bicara. Musa bukan setakat berdoa (وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي)[Ta Ha: 27] tetapi juga menggunakan asma’ tongkat [al-A’raf: 107;117][as-Shura:32;45][Ta Ha:18][an-Naml:10][al-Qasas:31]. Hulu Pekaka bagaikan pengintip yang memerhati sebuah rumah jika ada mara-bahaya. Menyambar musuh bila perlu. Mengejar mangsa hatta ke dalam air. Berwajah bengis bila perlu. Hulu adalah ibarat kepala mentafsir segala sesuatu. Jika perlu bertikam maka bertikamlah ia.

9. Kita boleh bersatu dengan qarin jin kita apabila qarin jin kita masuk ke sarangnya (tubuh kita). Dia akan mengolah pergerakan kita, cara fikir kita, bertutur-kata dan lain-lain mengikut sifat keris kita. Tutur-kata kita itu mungkin tusukan atau libasan keris yang boleh mematahkan hujah-hujah lawan. Begitulah juga khadam keris dia akan bersifat seperti mana sifat keris seseorang. Oleh itu warisan bangsa ini harus dijaga dengan elok-elok dan kita sendiri harus mengetahui cara ia berfungsi. Cuma jangan terlalu taksub dengan keris. Yang penting kita harus ada ilmu-ilmu tentang besi.

Advertisements

BERGEDIL IKAN ‘ALA TOK MINAH’

1. Apabila saya kelapangan biasanya aku memasak gulai kambing atau bergedil ikan. Dua makanan kegemaran saya. Petang ini saya masak bergedil ikan resepi peninggalan arwah Tok Minah (nenek sebelah bapa).

2. Bahan-Bahan Resepi Bergedil Ikan Arwah Tok Minah;

i- ikan selayang/sardin putih atau hitam 10 ekor

ii- kelapa parut sebutir (sebaik2nya kelapa berkulit tua 3 tapang sebab lebih manis)

iii- bawang merah kecil 10 ulas

iv- halia 2 inci

v- 3 helai daun kunyit

vi- garam halus secukup rasa

vii- telur ayam kampung 2 biji

viii- minyak untuk mengoreng

3. Ikan dilolohkan isinya. Buang tulang. Ambil isi sahaja. Jangan buang kepala kerana untuk dimasukkan isi. (Lihat seperti dalam gambar)

4. Daun kunyit dihiris halus.

5. Masukkan isi ikan, bawang, halia dan daun kunyit ke dalam blender.

6. Selepas telah hancur bahan-bahan ini diblender, taburkan garam dan gaulkan dengan kelapa parut dan telur.

7. Apabila bahan-bahan telah sebati maka buat bulat-bulat seperti cengkodok.

8. Goreng secukup masak.

Nah telah siap!!!!

TARIK DUIT 2017 : PADA MEMBAHASKAN PENGERTIAN WANG KERING DAN WANG BASAH

1. ‘Wang Kering’ dan ‘Wang Basah’ adalah satu pendefinisian bagi memudahkan kita mengerti tentang maksud dan makna rezeki yang datang kepada kita. Seperti yang saya telah bahaskan dalam TARIK DUIT 2017 (BAB: MAKAN). Makanan dan cara kita makan mengundang seribu makna tentang rezeki yang akan kita dapat.

2. Kebanyakkan kita tidak memahami hal-hal sebegini. Itulah yang menyebabkan samada kita sukar mendapat rezeki atau mendapat rezeki tetapi tidak berkat. Kita sebenarnya berurus dengan perantaraan orang lain untuk mendapatkan rezeki. Orang yang kita berurus itu mempunyai nawaitu atau maksud tersendiri samada dia nyatakan maksud dan terma-terma untuk dia berurus dengan kita. Atau dia sembunyikan dari kita. Jika rezeki yang Allah hendak sampaikan kepada kita itu mempunyai maksud rezeki basah atau kering maka dia akan nyatakan. Ada rezeki yang hendak dia sampaikan itu adalah bermaksud Wang Kering ada juga bermaksud Wang Basah. Kadang-kadang dia menyata secara langsung atau terang. Kadang-kadang dia menyatakan secara tersembunyi.

3. Saya sudah beri bayangan tentang apa maksud ‘wang kering’ dan ‘wang basah’. ‘Wang basah’ biasanya angka ia ‘35’ atau ‘53’ atau ‘69’. ‘Wang kering’ biasanya angka ia ‘29’ atau ‘96’. Qarin jin kita akan mentafsirkan angka ‘35’ atau ‘53’ sebagai ‘50’. Pertahan kita telah bocor. Qarin jin merupakan antibodi kita. Cuba lihat wang RM50. Mengapa ia samada ‘wang minyak laut’ atau ‘wang minyak sawit’? Jin sensitif dengan perlambangan-perlambangan, termasuk qarin jin. Kita yang mengemudi qarin jin kita. Berani buat, berani tanggung. Itulah rahsia atau hijab di sebalik rezeki yang kita dapat.

4. Rezeki kita berkaitan dengan makhluk lain. Kadang-kadang yang membawa itu adalah jin-jin. Samada ifrit atau khadam atau qarin jin. Ada juga bunian. Ada juga malaikat. Pengecualian kepada ‘hidangan dari langit’ seperti yang berlaku pada sahabat-sahabat Isa a.s. Semua ini adalah kaedah menarik duit. Kita kadang-kadang alpa duit yang kita tarik itu sebenarnya adalah wang basah. Sedangkan kita menyangka ia adalah wang yang tiada maksud tersembunyi atau saya istilahkan sebagai wang kering.

5. Bagaimana untuk kita mengesan rezeki yang kita dapat itu kering atau basah? Ia pada awalnya bermula dengan apa yang kita makan dan bagaimana kita makan. Jika kita makan sesuatu yang basah maka kita akan mendapat rezeki atau wang basah. Jika kita memakan sesuatu yang kering maka kita akan mendapat rezeki atau wang kering. Kadang-kadang kita boleh melihat kepada angkanya samada dalam transaksinya atau kod-kod dalam wang atau resit-resit. Apakah kod-kod transaksi kita.

6. Jika rezeki yang kita dapat itu adalah rezeki kering maka kita usah meroyan untuk mencari wanita/lelaki dalam transaksi itu. Begitu juga kita mendapat rezeki basah maka kita usah menjauh diri dari wanita/lelaki di sebalik transaksi itu. Ia adalah terma-terma dalam sesuatu transaksi. Kita harus peka dalam hal-hal sebegini kerana Allah ciptakan kita bersama dalam tubuh kita ini qarin jin.

7. Bagi pemuda-pemudi yang baru memulakan mencari rezeki maka dinasihatkan memahami hal-hal sebegini kerana ada maksud di sebalik rezeki-rezeki yang datang kepada kamu. Begitu juga yang berlaku kepada Musa a.s. adalah jelas dia ditawarkan anak perempuan pengembala kambing sebagai isteri dan bekerjasama mengembala kambing milik bakal mertuanya. Akhirnya Musa a.s. mempunyai kambing-kambing dan seorang isteri.

8. Jangan takut jika rezeki tidak datang kepada kita. Jangan membuat jenayah bagi mencari rezeki. Akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini jika kita melakukan jenayah. Kita harus ingat bahawa Adam a.s. dan Hawa tercampak keluar dari syurga kerana memakan buah dari pokok terlarang.

9. Jangan main-main dengan hal makan. Ia menyimpulkan seribu makna dan maksud. Kita hendaklah berhati-hati dalam hal makan dan minum kerana ia boleh mengundang kepada kita seribu masalah jika tidak memahami tentang hal-hal makan dan minum.

10. Oleh itu jika wang dalam poket kita kecil sahaja maka janganlah takut kerana kita sebenarnya bekerja bersama qarin jin kita. Mungkin duit dalam poket kita hanyalah RM10 sahaja namun bagi qarin jin kita ia mentafsirkan RM10,000 sebagai contohnya. Sebagai satu contoh transaksi ialah jika kita melakukan secara online maka ia keluar di skrin komputer atau gajet orang lain dengan angka yang lebih besar. Kita perlu ilmu untuk menarik duit sebenarnya. Lama-lama qarin jin kita akan membawa rezeki atau wang kepada kita, apa yang dia lakukan di sebalik transaksi-transaksi kita.

11. Kita lah yang mengemudi qarin jin kita. Oleh itu kita harus tajam minda dalam memahami rezeki atau wang yang akan sampai kepada kita. Oleh kerana qarin jin kita itu adalah JIN maka sifatnya adalah seperti jin. Ia boleh bertasyakkul dengan samada orang-orang dalam rumah kita atau di luar rumah ketika di dimensi ghaib atau zahir. Kita harus mendalami tentang jin. Dia akan mengajar kita siapa diri dia sebenarnya kepada kita. Tapi harus ingat dan berhati-hati dengan mainan jin-jin lain atau syaitan-syaitan yang cuba memperdaya kita. Yakinlah perkara-perkara yang dibincangkan dalam al-Quran dan hadis itu benar-benar wujud. Cuma sahaja kita harus memahaminya dan bagaimana ia berfungsi.