TARIK DUIT 2017 : PADA MEMBAHASKAN PENGERTIAN WANG KERING DAN WANG BASAH

1. ‘Wang Kering’ dan ‘Wang Basah’ adalah satu pendefinisian bagi memudahkan kita mengerti tentang maksud dan makna rezeki yang datang kepada kita. Seperti yang saya telah bahaskan dalam TARIK DUIT 2017 (BAB: MAKAN). Makanan dan cara kita makan mengundang seribu makna tentang rezeki yang akan kita dapat.

2. Kebanyakkan kita tidak memahami hal-hal sebegini. Itulah yang menyebabkan samada kita sukar mendapat rezeki atau mendapat rezeki tetapi tidak berkat. Kita sebenarnya berurus dengan perantaraan orang lain untuk mendapatkan rezeki. Orang yang kita berurus itu mempunyai nawaitu atau maksud tersendiri samada dia nyatakan maksud dan terma-terma untuk dia berurus dengan kita. Atau dia sembunyikan dari kita. Jika rezeki yang Allah hendak sampaikan kepada kita itu mempunyai maksud rezeki basah atau kering maka dia akan nyatakan. Ada rezeki yang hendak dia sampaikan itu adalah bermaksud Wang Kering ada juga bermaksud Wang Basah. Kadang-kadang dia menyata secara langsung atau terang. Kadang-kadang dia menyatakan secara tersembunyi.

3. Saya sudah beri bayangan tentang apa maksud ‘wang kering’ dan ‘wang basah’. ‘Wang basah’ biasanya angka ia ‘35’ atau ‘53’ atau ‘69’. ‘Wang kering’ biasanya angka ia ‘29’ atau ‘96’. Qarin jin kita akan mentafsirkan angka ‘35’ atau ‘53’ sebagai ‘50’. Pertahan kita telah bocor. Qarin jin merupakan antibodi kita. Cuba lihat wang RM50. Mengapa ia samada ‘wang minyak laut’ atau ‘wang minyak sawit’? Jin sensitif dengan perlambangan-perlambangan, termasuk qarin jin. Kita yang mengemudi qarin jin kita. Berani buat, berani tanggung. Itulah rahsia atau hijab di sebalik rezeki yang kita dapat.

4. Rezeki kita berkaitan dengan makhluk lain. Kadang-kadang yang membawa itu adalah jin-jin. Samada ifrit atau khadam atau qarin jin. Ada juga bunian. Ada juga malaikat. Pengecualian kepada ‘hidangan dari langit’ seperti yang berlaku pada sahabat-sahabat Isa a.s. Semua ini adalah kaedah menarik duit. Kita kadang-kadang alpa duit yang kita tarik itu sebenarnya adalah wang basah. Sedangkan kita menyangka ia adalah wang yang tiada maksud tersembunyi atau saya istilahkan sebagai wang kering.

5. Bagaimana untuk kita mengesan rezeki yang kita dapat itu kering atau basah? Ia pada awalnya bermula dengan apa yang kita makan dan bagaimana kita makan. Jika kita makan sesuatu yang basah maka kita akan mendapat rezeki atau wang basah. Jika kita memakan sesuatu yang kering maka kita akan mendapat rezeki atau wang kering. Kadang-kadang kita boleh melihat kepada angkanya samada dalam transaksinya atau kod-kod dalam wang atau resit-resit. Apakah kod-kod transaksi kita.

6. Jika rezeki yang kita dapat itu adalah rezeki kering maka kita usah meroyan untuk mencari wanita/lelaki dalam transaksi itu. Begitu juga kita mendapat rezeki basah maka kita usah menjauh diri dari wanita/lelaki di sebalik transaksi itu. Ia adalah terma-terma dalam sesuatu transaksi. Kita harus peka dalam hal-hal sebegini kerana Allah ciptakan kita bersama dalam tubuh kita ini qarin jin.

7. Bagi pemuda-pemudi yang baru memulakan mencari rezeki maka dinasihatkan memahami hal-hal sebegini kerana ada maksud di sebalik rezeki-rezeki yang datang kepada kamu. Begitu juga yang berlaku kepada Musa a.s. adalah jelas dia ditawarkan anak perempuan pengembala kambing sebagai isteri dan bekerjasama mengembala kambing milik bakal mertuanya. Akhirnya Musa a.s. mempunyai kambing-kambing dan seorang isteri.

8. Jangan takut jika rezeki tidak datang kepada kita. Jangan membuat jenayah bagi mencari rezeki. Akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini jika kita melakukan jenayah. Kita harus ingat bahawa Adam a.s. dan Hawa tercampak keluar dari syurga kerana memakan buah dari pokok terlarang.

9. Jangan main-main dengan hal makan. Ia menyimpulkan seribu makna dan maksud. Kita hendaklah berhati-hati dalam hal makan dan minum kerana ia boleh mengundang kepada kita seribu masalah jika tidak memahami tentang hal-hal makan dan minum.

10. Oleh itu jika wang dalam poket kita kecil sahaja maka janganlah takut kerana kita sebenarnya bekerja bersama qarin jin kita. Mungkin duit dalam poket kita hanyalah RM10 sahaja namun bagi qarin jin kita ia mentafsirkan RM10,000 sebagai contohnya. Sebagai satu contoh transaksi ialah jika kita melakukan secara online maka ia keluar di skrin komputer atau gajet orang lain dengan angka yang lebih besar. Kita perlu ilmu untuk menarik duit sebenarnya. Lama-lama qarin jin kita akan membawa rezeki atau wang kepada kita, apa yang dia lakukan di sebalik transaksi-transaksi kita.

11. Kita lah yang mengemudi qarin jin kita. Oleh itu kita harus tajam minda dalam memahami rezeki atau wang yang akan sampai kepada kita. Oleh kerana qarin jin kita itu adalah JIN maka sifatnya adalah seperti jin. Ia boleh bertasyakkul dengan samada orang-orang dalam rumah kita atau di luar rumah ketika di dimensi ghaib atau zahir. Kita harus mendalami tentang jin. Dia akan mengajar kita siapa diri dia sebenarnya kepada kita. Tapi harus ingat dan berhati-hati dengan mainan jin-jin lain atau syaitan-syaitan yang cuba memperdaya kita. Yakinlah perkara-perkara yang dibincangkan dalam al-Quran dan hadis itu benar-benar wujud. Cuma sahaja kita harus memahaminya dan bagaimana ia berfungsi.

One thought on “TARIK DUIT 2017 : PADA MEMBAHASKAN PENGERTIAN WANG KERING DAN WANG BASAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s