1. Apabila saya kelapangan biasanya aku memasak gulai kambing atau bergedil ikan. Dua makanan kegemaran saya. Petang ini saya masak bergedil ikan resepi peninggalan arwah Tok Minah (nenek sebelah bapa).
2. Bahan-Bahan Resepi Bergedil Ikan Arwah Tok Minah;
i- ikan selayang/sardin putih atau hitam 10 ekor
ii- kelapa parut sebutir (sebaik2nya kelapa berkulit tua 3 tapang sebab lebih manis)
iii- bawang merah kecil 10 ulas
iv- halia 2 inci
v- 3 helai daun kunyit
vi- garam halus secukup rasa
vii- telur ayam kampung 2 biji
viii- minyak untuk mengoreng
3. Ikan dilolohkan isinya. Buang tulang. Ambil isi sahaja. Jangan buang kepala kerana untuk dimasukkan isi. (Lihat seperti dalam gambar)
4. Daun kunyit dihiris halus.
5. Masukkan isi ikan, bawang, halia dan daun kunyit ke dalam blender.
6. Selepas telah hancur bahan-bahan ini diblender, taburkan garam dan gaulkan dengan kelapa parut dan telur.
7. Apabila bahan-bahan telah sebati maka buat bulat-bulat seperti cengkodok.
8. Goreng secukup masak.
Nah telah siap!!!!
First time dengar begedil ikan..Kepala ikan boleh dimakan?
Ikan sardin/selayang lembut jika digodeng. Tapi bagi saya ia setakat penyedap mata atau kata lain hiasan.
Digoreng? Sy tak berapa pasti maksud digodeng..tp jika sebagai hiasan lebih relevan, tapi kalau yang tak tahu macam saya..dah ngap habis.
Digoreng. Hiasan dan penyedap mata.