Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Penyair Yang Baik?

Muqadimah

1. Mungkin anda bercita-cita untuk menjadi seorang penyair namun masih teragak-agak bagi membuka langkah atas apa sahaja sebab. Saya menulis esei atau artikel ini bagi memberi dorongan kepada anda agar menjadi seorang penyair dan penulis yang baik. Saya katakan penulis juga kerana seorang penyair adalah seorang penulis yang baik kerana bila sudah menjadi penyair yang baik maka anda telah menguasai bahasa yang mendalam dan bermakna maka anda menjadi seorang penulis yang baik. Tetapi, terlebih dahulu, bagaimana untuk menjadi seorang penyair yang baik?

2. Penyair-penyair adalah satu kelompok yang menguasai bahasa indah-indah dan mendalam yang diiktiraf oleh al-Qur’an. Di dalam al-Qur’an mempunyai satu surah berkenaan penyair iaitu Surah as-Shu’ara’ yang bermaksud penyair-penyair. Surah yang ke 26 dan mempunyai 227 ayat.

3. Di dalam kitab Zad al-Ma’ad Fi Hadyi Khairal Ibad (Jilid 1, Cetakan Muassasah ar-Risalah, 2001, muka surat 124) Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah juga menukilkan bahawa Rasulullah ﷺ mempunyai penyair-penyair yang mempertahan dan mengembangkan Islam dengan syair-syair mereka iaitu: Ka’bu bin Malik, Abdullah bin Rawahah dan Hassan bin Thabit. Ibnu Qayyim berkata bahawa Hassan bin Thabit dan Ka’bu bin Malik adalah yang paling jelas menyerang kekufuran dan syirik.

Panduan dari al-Qur’an

4. Al-Qur’an sendiri adalah susunan perkataan-perkataan dalam bentuk tulisan dan Bahasa Arab (قُرْآنًا عَرَبِيًّا)[Yusuf:2]. Ia mempunyai irama senada di akhir ayatnya sungguh indah dan maknanya tidak lari. Bukan bahasa yang dipaksa-paksa.

5. Kita lihat bagaimana Allah berfirman tentang “kritik-kritik” terhadap ahli-ahli syair:

هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَنْ تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

• Yusuf Ali:

Shall I inform you, (O people!), on whom it is that the evil ones descend?

26:221

تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

• Yusuf Ali:

They descend on every lying, wicked person,

26:222

يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

• Yusuf Ali:

(Into whose ears) they pour hearsay vanities, and most of them are liars.

26:223

وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat – tidak berketentuan hala.

• Yusuf Ali:

And the Poets,- It is those straying in Evil, who follow them:

26:224

أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

• Yusuf Ali:

Seest thou not that they wander distracted in every valley?-

26:225

وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

• Yusuf Ali:

And that they say what they practise not?-

26:226

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانْتَصَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا ۗ وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

• Yusuf Ali:

Except those who believe, work righteousness, engage much in the remembrance of Allah, and defend themselves only after they are unjustly attacked. And soon will the unjust assailants know what vicissitudes their affairs will take!

26:227

6. Maaf, agak panjang petikan ini. Saya kemukakan agar kita memahami “kritikan-kritikan” Allah terhadap penyair-penyair itu yang dikaitkan dengan ‘syaitan-syaitan’ (الشَّيَاطِينُ)[as-Shu’ara’:221], ‘pendusta yang berdosa’ (أَفَّاكٍ أَثِيمٍ)[as-Shu’ara’:222], ‘diikuti oleh golongan sesat’ (يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ) [as-Shu’ara’:224], ‘merayau-rayau’ (يَهِيمُونَ)[as-Shu’ara’:225], ‘mengatakan apa yang mereka tidak buat’ (يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ)[as-Shu’ara’:226]. Agak pedas “kritikan” al-Qur’an ini. Ia menyimpul seribu makna. Kita juga boleh memahami untuk menghasilkan syair yang bermutu adalah dengan menghayati sendiri apa yang hendak kita tulis. Begitu juga untuk menghasilkan penyair yang baik maka harus ada kritikan-kritikan.

7. Penyair-penyair adalah penting dalam masyarakat. Kalau mereka tidak penting mengapa al-Qur’an khaskan ada satu surah berkenaan mereka? Allah mengkritik penyair-penyair kerana majoriti mereka adalah penuh dengan dunia khayal mereka, dosa, sesat dan berhubung dengan syaitan. Perhatikan ayat ke 227 Surah as-Shu’ara’ ada ‘pengecualian’ (إِلَّا) kepada ‘orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya’.

Realiti Seorang Penyair

8. Saya sendiri dalam syair saya ‘Pujangga Agung’ menyifatkan Allah sebagai ‘Pujangga Agung’ kerana al-Qur’an itu penuh dengan bahasa-bahasa yang indah dan mendalam serta berlapis-lapis maknanya.

Pujangga Agung

Kau yang bersembunyi
Di sebalik nama Melayu Kuno
Sang Dewata Mulia Raya

Aku mendeklamasikan
Bait-bait syairMu yang indah
Dengan lagu yang mengasyikkan
Entah suara merdu dari mana
Nikmat ibadatku tertinggi
Bersendiri
Khalwat dalam fana’
Hanya aku dan Dikau

Dan ahli-ahli syair itu,
diturut oleh golongan yang sesat –
tidak berketentuan hala

Tidakkah engkau melihat bahawa
mereka merayau-rayau
dengan tidak berketentuan hala
dalam tiap-tiap lembah?

Wahai Pujangga Agung
Jangan Kau pisahkanku
Dengan bait-bait syairMu
Yang indah dan mengasyikkan

Pujangga Gila ini
Tak tertahan rindu
Dengan bait-bait syairMu
Yang menenggelamkanku
Dalam rindu

Gilaku dalam rupa mana satu?
Adakah dalam rupa
Cermin yang retak seribu?

Atau rupa pelbagai
Yang Kau kurniakanku
Menyamar dalam seribu?

9. Saya menyatakan dalam puisi saya ‘Malam Yang Resah’;

“Tak susah untuk berpuisi
Perlu rasa apa dalam hati dan diri
Kau perlu seketika menyepi
Hayati apa yang terbuku di hati

Renung diri, renung alam ini
Nescaya kau akan dapati,
Betapa indahnya hidup ini
Laut tak senantiasa berduri
Langit tak sentiasa tangisi
Bulan tak sentiasa bersembunyi
Burung-burung tak sentiasa menyendiri
Dodoi cengkerik pengusik naluri”

10. Memang pun tak susah untuk berpuisi kerana puisi hanyalah ringkas dan padat. Tidak seperti menulis esei, artikel atau sebuah buku yang agak panjang. Saya sendiri sebelum menjadi penulis saya bermula dengan penyair dalam akhbar dan majalah. Selepas saya telah yakin diri dalam penulisan dan memahami dunia penulisan maka saya menjadi seorang penulis serta blogger. Apatah lagi sekarang, agak senang untuk menjadi seorang penyair. Anda hanya perlu membina blog maka ‘luahkan’ di situ syair-syair anda. Anda akan merasa puas apabila statistik atau hit diterima samada dalam negeri atau luar negara yang membacanya. Saya bermula menjadi penyair ketika berumur 19 tahun.

Membuat Duit Melalui Syair

11. Di dalam buku ‘Poetry For Dummies’ dinyatakan bahawa penyair-penyair boleh membuat duit dengan membukukan syair-syair mereka atau menjadi penulis lirik lagu atau nasyid. Ia juga boleh dibuat duit dengan memasuki pertandingan-pertandingan.

Mencipta Perkataan-Perkataan Yang Baharu

12. Anda boleh mencipta perkataan-perkataan baharu dengan menjadi seorang penyair. Anda boleh mendaftarkan perkataan-perkataan baharu anda dan sesiapa yang hendak menggunakannya haruslah memberi kredit kepada anda. Seperti saya mencipta beberapa perkataan-perkataan baharu dalam Bahasa Inggeris seperti ‘accidentologist’ (pakar kemalangan) dan ‘economics hacker’ atau ‘econohacker’ (penggodam ekonomi).

Menguasai Bahasa Dan Ilmu-Ilmu

13. Jika anda ingin menjadi seorang penyair anda harus menguasai bahasa dan ilmu-ilmu. Itu bergantung kepada syair anda dalam bahasa apa. Saya terbitkan syair-syair saya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Anda harus banyak membaca dalam berbagai-bagai disiplin ilmu bagi menulis syair-syair anda. Satu lagi ingat “kritikan” al-Qur’an tadi iaitu untuk menjadi seorang penyair yang baik anda harus menghayati dan melalui sendiri apa yang anda ingin katakan. Anda harus mempunyai kamus-kamus yang baik. Jika Bahasa Melayu maka Kamus Dewan 4 adalah percuma di dalam aplikasi Android atau iPhone. Begitu juga bagi Bahasa Inggeris kamus Oxford Dictionary dan Cambridge Advanced Learner’s Dictionary boleh dibeli dalam ratusan ringgit dalam aplikasi iPhone. Ia lebih mudah di bawa bersama-sama dalam gajet anda kerana kadang-kadang ilham untuk berpuisi itu datang ketika anda di luar rumah atau pejabat. Khalayak ramai. Di dalam internet ada yang percuma juga.

14. Jika anda ingin menulis syair-syair dalam Bahasa Inggeris yang ditutur oleh 1.5 bilion orang maka anda harus membaca, tapi tidak terhad, kepada penyair agung Inggeris iaitu William Shakespeare. Saya mempunyai sebuah buku hasil kerja William Shakespeare secara lengkap iaitu The Sonnets & Other Poetry, The Commedies, The Tragedies dan The History Plays.

Perhatikan poem saya:

Hate The Hatred – Poem by Rohan Razi

No reason to be hatred
we are, to hate, so tired
forget dreams that inspired.

Life is so blissful
why hate when it so fool?
hate is fire, love is full.

Haters are deficient
to the eyes of Magnificent
no hate worthy of cent.

If to hate, hate only sins
night without light that dims
resurrect the Truth of glims!

Di Mana Anda Harus Terbitkan Syair-Syair Anda?

15. Seperti yang saya telah katakan bahawa anda harus mempunyai blog. Facebook juga adalah baik untuk diterbitkan syair-syair anda. Bagi poems maksud saya syair dalam Bahasa Inggeris saya terbitkan dalam PoemHunter.com . Anda boleh juga menerbitkannya dalam suratkhabar atau majalah. SELAMAT DATANG KE KELAB PENYAIR!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s