KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: PADA MEMBAHASKAN JATUH BANGUN SANG PENGUASA KERANA KONSPIRASI-KONSPIRASI JIN

Surah 38, Verse 34:

وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ وَأَلْقَيْنَا عَلَىٰ كُرْسِيِّهِ جَسَدًا ثُمَّ أَنَابَ

1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (syaitan jin yang menyerupainya) kemudian ia kembali meminta ampun.

2. Pentafsir-pentafsir al-Quran yang besar seperti Imam Ibnu Kathir dan Imam at-Tabari ketika mentafsirkan ayat di atas menukilkan bahawa Nabi Allah Sulaiman diuji dengan jin yang menyamarnya dan duduk di atas takhtanya.

3. Ada yang menukilkan bahawa syaitan jin yang berupaya menyerupai Nabi Allah Sulaiman itu adalah dengan mengambil cincin Nabi Sulaiman.

4. Apa yang saya ingin bahaskan di sini bahawa di kalangan jin ada ‘konspirator-konspirator’ yang menjatuh dan menaikkan mereka yang berpangkat.

5. Ini adalah suatu perkara yang benar yang menjadi mafhum dari ayat di atas.

6. Bagi mereka yang berurus dengan kuasa mereka harus mengambil iktibar dari mafhum ayat diatas.

7. Ayat di atas sepertimana warid dalam tafsir-tafsir muktabar bahawa syaitan jin boleh menyerupai Nabi Sulaiman. Jika kita mengira Nabi Sulaiman adalah antara sehebat-hebat Nabi yang boleh memerintahkan angin, binatang dan jin-jin tunduk kepadanya. Tetapi baginda tidak terlepas dengan ujian penyamaran jin yang merampas kekuasaannya.

8. Sepertimana sebuah hadis sahih إنا الشيطان لا يتمثل بي (sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku).

9. Walaupun Nabi Muhammad saw hanyalah نبيا عبدا (nabi hamba) dan Nabi Sulaiman ملكا نبيا (nabi raja) tetapi istimewanya Nabi Muhammad ini adalah jin tidak dapat menyerupai Nabi Muhammad.

10. Nabi Muhammad saw tidak teruji dengan konspirator jin yang menyamarnya dan merampas tempat duduknya. Ini adalah satu mukjizat Nabi Muhammad saw yang mengesahkan bahawa setiap apa yang datang darinya adalah wahyu bukannya syaitan yang menyamarnya. Serta mengikat umat-umatnya dalam kata-katanya.

11. Konspirator-konspirator jin ini dengan menyamar akan mencari peluang untuk menjatuhkan sesiapa sahaja dengan ilmu penyamaran mereka.

12. Adakah anda pasti orang yang menelefon anda itu adalah rakan, ahli keluarga atau pekerja anda? Saya katakan bahawa ia mungkin penyamaran-penyamaran makhluk seni.

13. Seperti di dalam tafsir-tafsir muktabar yang saya sebutkan di atas, Nabi Sulaiman kembali menduduki takhtanya selepas mendapat kembali cincinnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s