Falsafah Levi’s®

1. Dengan nama Allah daku mula menulis posting ini. Dia lah yang menciptakan hamba-hamba-Nya. Dilahirkan tanpa berbaju. Pakaian taqwa itu lah yang terbaik. Dari berpakaian Adam dan Hawa di syurga. Akhirnya tercabut pakaian bila memakan buah dari pokok terlarang. Tulisan ini adalah dari hamba-Mu yang mengharapkan rahmat-Mu dan belas-kasihan-Mu. Serta pedoman untuk hamba-hamba-Mu di luar sana yang mencari petunjuk dan sinar-Mu. Agak menongkah arus tulisan ini. Mungkin tidak sama maksudnya dari pengasas Levi’s®. Namun daku sebagai pengguna di saat kesusahan dapat memahami falsafahnya dan kaitannya dengan firman-firman-Mu. Kepada lelaki dan wanita yang menjaga kehormatan diri, kutujukan tulisan ini.

2. Allah menyantuni hamba-hamba-Nya yang bertaqwa:

‎وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;

فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

[al-Ma’ārij: 29-31] & [al-Mu’minun:5-7]

4. Jadi bagaimana kaitannya antara firman-firman Allah dengan Levi’s®? Baik jika dikau telah tertanya-tertanya marilah kita meneroka suatu petunjuk yang aku lihatnya dalam penggunaan produk-produk Levi’s® dan firman-firman Allah di atas dengan keanehan produk ini. Secara ringkasnya Levi’s® diasaskan pada 1890 di San Francisco. Buangkan kebencian kita kepada Bangsa Yahudi. Kita sendiri tidak dapat membezakan antara Yahudi dan Bani Israel. Bagaimana kita harus membenci orang tak tentu pasal? Sedangkan ‘hakikat insan’ kita tidak mendalami. Kebencian tidak berasas.

5. Daku telah beri petunjuk di atas bahawa dengan sebab makan maka Adam dan Hawa telah dibogelkan dan menutup kemaluan mereka dengan daun-daun syurga akhirnya tercampak keluar dari syurga. Tidakkah dikau melihat betapa berkaitnya makanan dan pakaian? Jika kamu masih berpinar maka daku cadangkan silalah makan di kedai-kedai makan tanpa membayar, melainkan dibelanja orang yang bermurah hati. Maka kamu akan dapati bahawa ada usaha untuk membogelkan kamu.

6. Kita kembali kepada Levi’s®. Falsafah Levi’s® cukup unik. Seluar denim pertamanya adalah 501®. Awas dengan barang tiruan! Bukan setakat kamu ditipu dengan kualiti tetapi juga mengkhianati syarikat yang dibina dengan kesusahan oleh pengasasnya.

7. Seluar jeans 501® mempunyai 5 butang berbeza dengan denim yang lain berzip. Jika asli ini akan terpampang di koceknya.

8. Keunikan 501® adalah dalam melawan angka basah. Angka 50 itu adalah angka basah. Barangkali jika dikau membaca di pertemuan-pertemuan dahulu kamu sudah menemui perbahasan “wang kering” dan “wang basah” serta “aset kering” dan “aset basah”. Pemuda dan pemudi yang baru membina kehidupan harus memahami makna-makna ini, jika kamu berhasrat mencari rezeki yang berkat.

9. Tidak kah kamu lihat keindahan angka 29 dalam Surah al-Ma’ārij? Bukan kah itu bermaksud “two-nine”? Atau “tunai”? Kamu mahu tunai kan? Biar otak kiri kami berfungsi dengan baik. Al-Quran itu diturunkan dalam Bahasa Arab agar kamu berfikir.

10. Cara kita menarik rezeki harus menjaga maruah dan kehormatan diri kita bagi menarik tunai. Dengan memiliki tunai kita menarik emas bagi kekuatan diri kita. Ada makhluk-makhluk “nakal” persis syaitan yang menimbulkan was-was dan tipu-daya bagi membogelkan kamu semasa mencari tunai, tanpa kamu sedari. Mungkin kamu seorang lelaki yang tampan. Mungkin kamu seorang dara yang cantik. Atau orang kaya. Atau apa sahaja alasan. Sedangkan daku menasihati kamu tentang kebenaran dan kesabaran. Kamu terbogel lantaran cetek ilmu dan keras hati menerima nasihat orang. Kononnya Sang Blogger ini tidak berfikir seperti orang lain. Apa aku mahu menulis seperti ini? Adakah aku secara terangnya memiliki saham Levi’s®? Setahu aku tidak. Tak tahu lah kalau alter ego aku pelbagai itu memilikinya. Apa yang aku dapat? Pahala menasihati orang lagi besar dari habuan dunia.

11. Levi’s® 501® seperti telah daku sebut berbutang 5. Ya, jika kamu berhutang maka sukar makhluk nakal untuk kemaluan kamu tersepit oleh zip. Namun, kadang-kadang kamu alpa untuk membutangkan dengan sempurna sehingga kemaluan kamu dapat diintai. Itulah seninya 501®.

12. Daku dapati 501® juga ada dalam bentuk topi sudu. Kepala daku dapat mentafsir simbolik-simbolik “basah” dan “hutang” dalam sesuatu urusan.

13. Tak cukup dengan seluar jeans 501® dan topi sudu 501® kamu juga harus memiliki tali-pinggang ini bagi menambah “kekuatan” dari “dibogelkan”.

14. Barangkali kamu sudah melihat Trade Mark Levi’s® iaitu sepasang seluar denim yang ditarik oleh dua ekor kuda dengan dicemeti tapi tak terkoyak. Sekuat mana usaha untuk membogelkan kamu tiada daya dan upaya bagi yang “nakal” tersebut.

15. Dapatkah dikau mengerti bahawa jika dikau tidak menjaga kehormatan diri dengan “membogelkan” diri mu bersama lelaki atau wanita (yang bukan isteri kamu atau hamba atau khadam kamu) di pejabat atau kereta atau tempat tidak sewajar maka usaha mendapat “tunai” itu sukar? Kamu telah melanggar pantang larang dalam [al-Ma’ārij: 29-31] & [al-Mu’minun:5-7].

16. Sudah banyak daku berbicara. Cuba kaji tentang dirimu dan pakaianmu sebelum Levi’s® dan selepas mengguna Levi’s®. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s