MERANGKA STRATEGI MEMPERKASAKAN UMNO

fullsizeoutput_1c86

1. UMNO adalah parti yang ditubuhkan untuk memperkuatkan teras Melayu dan Islam. UMNO jika lari dari paksi dan teras ini akan lumpuh. Oleh itu peneraju-peneraju UMNO harus memfokuskan kepada teras dan paksi ini.

2. UMNO mempunyai persamaan dengan PAS dalam memperjuangkan teras dan paksi ini. Buangkan ego masing-masing. Oleh itu UMNO boleh ‘berbaik’ dengan PAS bagi menghasilkan momentum yang maksimum. BN memerlukan “elemen bulan” untuk menghasilkan momentum maksimum. Berlambangkan dua bilah keris yang tak bersarung mempunyai maksud yang amat dalam dalam sebuah perjuangan. Perjuangan yang kental tak kira samada kapal hampir karam atau kapal selesa belayar. Jika kapal selesa belayar namun dipenuhi oleh kelasi-kelasi yang berpaling tadah adalah tidak menguntungkan ketika berperang. Lebih baik kelasi-kelasi yang tidak setia dihumbangkan ke laut atau keluar secara aman untuk kapal bergerak lebih selesa menongkah arus.

3. PRU 14 yang baru sahaja usai menunjukkan UMNO sedang diuji. Saat getir ini hanya mereka yang benar-benar setia dan berkualiti bersama. Selain itu adalah ‘munafik-munafik’ politikus yang hanya menumpang untuk menghisap darah.

4. Kapal bocor atau tidak, sebuah titik perjuangan harus diteruskan. Pantang anak Melayu mengaku kalah sebelum menyembah bumi!

5. Sebagai pengemudi BARISAN NASIONAL, UMNO harus mengukuhkan parti dan membangunkan parti ini yang hampir karam dengan pembesaran secara ‘organik‘. Lambat laun akan bangkit semula. Tak mustahil bumi bertuah ini yang secara majoritinya Melayu, mereka akan menerima semula UMNO dan BN. Penstrukturan semula UMNO harus dilakukan dengan segera. Bedah-siasat bagi mengenal-pasti kelemahan parti selama ini. Muhasabah diri. Mendekatkan diri kepada Pencipta. Tidak bermakna kalah dalam PRU 14 maka UMNO parti yang lemah. Ia penuh simbolik yang kalah itu mengawal yang menang. Golongan minoriti mempengaruhi golongan majoriti. Apa guna menang besar jika penuh dengan sampah-sarap.

Surah Al-Qamar, Verse 45:
سَيُهْزَمُ الْجَمْعُ وَيُوَلُّونَ الدُّبُرَ

Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
(Melayu)

via iQuran

6. UMNO dan BN sebenarnya kalah PERANG SIBER. Pemimpin tua penuh bijaksana, tetapi pemimpin muda mengetahui perkembangan semasa dan lebih bertenaga. PERANG SIBER lah yang menjahanamkan UMNO dan BN. UMNO perlu pemimpin-pemimpin muda yang lebih arif tentang suasana semasa. UMNO harus melangkah dengan lebih bergaya! Menyusun kembali kapal yang dibedil dengan teruk dan membaiki mana yang telah lompang. Anak-anak muda yang telah diracuni oleh peluru-peluru perang saraf PERANG SIBER harus dirawati dan diberi suntikan anti-bodi yang baru agar mereka melihat UMNO dan BN adalah sebuah kapal yang menguntungkan dan mampu membawa mereka belayar mencapai destinasi dengan selamat.

7. UMNO dan BN harus mara dan mara! Usah takut dengan mereka yang pada zahirnya berkuasa. ALLAH itu MAHA PERKASA dan LEBIH BERKUASA. Dalam situasi ini kita harus bijak menyusun strategi untuk MEMPERKASAKAN UMNO. Tak mustahil UMNO dan BN kembali gah dan utuh menongkah arus. Parti keramat ini adalah sebuah perjuangan yang belum selesai. Tiada makna jika telah tunduk sebelum nyawa menyembah bumi. Tahun 2018 adalah tahun untuk merenung kembali di mana yang tidak kenanya. Di mana silapnya. Di mana alpanya.

8. UMNO dan BN harus bangkit. Perlu mencari sekutu-sekutu politik yang strategik. Wang juga satu wahana yang strategik untuk mengukuhkan parti. Harus bijak dalam menjana wang bagi mengukuhkan parti. Tak bermakna bila telah kehilangan Putrajaya maka UMNO dan BN akan tiada sumber kewangan. Dengan sebuah kekalahan maka UMNO dan BN akan lebih kreatif mencari wang. Pihak yang menang juga berpinar dalam mencari wang. Tak semesti mereka berkuasa maka mereka kaya wang. Kuasa tak bermakna tanpa wang. Di atas runtuhan Putrajaya, Kita bina Kota Melaka!

Advertisements

The Fangs of Two Strong Tigers

The two tigers;
Guard in timbers.

One knows how to find sources;
Outside the borders.
Another knows how to generate;
The strong gate.

With the sip of Hang Tuah coffee;
I smelt the other daggers. See.

This Golden Chersonese;
Not a Utopia and knees.
To any outside powers and pressures.
Guarded by Strong Tigers!