Menyanggah Fikrah Asing Dalam Membudaya Melayu

1. Melayu kini diibaratkan tidak mempunyai tujuan dan arah. Jika ada panggilan dari Timur maka mereka menuju ke Timur mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Barat maka mereka menuju ke Barat mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Utara maka mereka menuju ke Utara mencari punca suara itu. Jika ada panggilan dari Selatan maka mereka menuju ke Selatan mencari punca suara itu. Ketika mereka mengejar punca suara-suara itu mereka tercicir pesan nenek-moyang mereka. Mereka telah hilang jatidiri. Sedikit demi sedikit jatidiri yang mereka warisi dari datuk-nenek moyang mereka terhakis.

2. Mengapa ini harus berlaku kepada Bangsa Melayu? Mengapakah bangsa yang belum pernah diamanahkan memimpin dunia harus jadi begini? Adakah mereka dipesongkan oleh anasir-anasir asing? Jika begitu, apa nawaitu anasir-anasir asing mencampuri urusan Melayu? Adakah kerana anasir-anasir asing telah melihat Melayu mampu dan bakal memimpin dunia maka mereka harus dilemahkan? Dengan kata lain, kelemahan Melayu sengaja diprogramkan?

3. Bertitik-tolak dari persoalan-persoalan ini Umat Melayu harus mencari jawapan-jawapannya, jika ia berteka-teki dalam minda Melayu. Kesilapan meluangkan masa untuk berfikir mencari jawapan atau sedetik untuk berfikir merupakan satu kesilapan besar bagi Umat Melayu.

4. Melayu adalah satu bangsa yang dicerna oleh masa dan zaman panjang. Diacu oleh Perlembagaan. Siapa Melayu sudah selesai dikupas. Tidak perlu diperbahaskan lagi. Melainkan bagi generasi baru yang masih mencari identiti diri. Hanya menunggu untuk diadun dan dimasak bagi menjadi resepi yang mengenakkan. Kita jumpa dengan segelintir Melayu yang sudah membenci Kemelayuan mereka. Puncanya apa? Puncanya mereka diserang dengan fikrah asing. Fikrah asing seperti kleptokrasi, nepotisma, kronisma, sekularisma dll adalah makanan beracun yang dihidangkan dalam resepi Melayu. Jika ditelannya tamadun Melayu akan runtuh dan menyembah bumi.

5. Jika kita perhatikan di Barat; kleptokrasi, nepotisma, kronisma tetap diamalkan oleh mereka bukannya ditepis. Kita mempunyai banyak bukti bagi menguatkannya. Sekularisma yang sudah menjadi piawai antarabangsa, ia satu penghalang kepada dakwah dan penyebaran Islam. Islam merupakan jatidiri Melayu yang tak dapat dipisahkan. Hakikat ini diakui oleh budayawan-budayawanis. Jika budaya Melayu diadun dengan semangat Melayu tanpa diaduk dengan Islam maka Melayu akan menjadi Melayu yang rasis. Islam lah satu piawai untuk Melayu bercampur-gaul dengan kelompok bangsa lain. Ia merupakan satu piawai yang sesuai dengan fitrah manusia. Bagi penganutnya, ia datang dari pihak yang menciptakan manusia sendiri. Jika Melayu mengambil Melayu semata-mata maka Melayu akan gagal dipersada antarabangsa. Bahkan persada nasional. Jika Melayu mengambil sekularisma Melayu akan hilang Melayu dan Islam. Tidak pergi ke mana pun dengan membawa sekularisma. Bukannya Melayu boleh memimpin dunia dengan sekularisma. Sedangkan termaktub dalam al-Quran :

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, – [an-Nasr:2]

6. Pendefinisian ‘Deenillah’ (دِينِ اللَّهِ) itu hanyalah Islam [al-e-‘Imran:19]. Saya dalam pertemuan-pertemuan lepas tidak menafikan bahawa ada di dalam sebahagian fikrah-fikrah yang berlegar di kalangan kita (bukan Melayu sahaja) adalah saki-baki pengajaran nabi-nabi terdahulu sebelum penutup nabi dibangkitkan. Oleh itu kita tidak menolak secara mendadak mana-mana fikrah yang ingin menusuk minda Melayu. Kita mahu menapis dan menyanggah fikrah-fikrah yang sengaja direkacipta untuk menghancurkan Melayu.

7. Melayu sendiri harus merujuk kepada naskhah-naskhah tua milik mereka yang masih berbaki bagi mencari nilai yang diasaskan oleh leluhur mereka. Seperti yang saya selalu tegaskan tak mustahil ada di kalangan Melayu itu nabi yang diutuskan kepada umat Melayu sebelum Muhammad dibangkitkan. Saya telah beri pendalilan dan hujah-hujahan di arena lain sebelum ini.

8. Secara jujurnya saya melihat Melayu terlalu banyak ketagih dengan fikrah-fikrah import termasuk cendekiawan dan pemimpin atasan mereka. Hal ini telah meracuni Umat Melayu ke akar umbi. Hingga menyebabkan Umat Melayu yang baharu saja ingin bangkit maka mereka terjatuh lagi. Jikalah begini keadaannya maka Melayu tak akan dan selama-lamanya tak boleh menjadi pemimpin dunia. Bahkah mereka senang diperkotak-katikkan. Akhir kalam, Melayu harus mempunyai minda eksport dan menyanggah fikrah-fikrah beracun dalam membudaya Melayu.

Advertisements

PENZAHIRAN DANA ALAM GHAIB

1. Persoalan pertama tentang Penzahiran Dana Alam Ghaib ialah adakah benar Dana Alam Ghaib wujud? Kita telah bincangkan dalam pertemuan-pertemuan lepas bahawa wujud dan adanya Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni Alam Ghaib? Wujudkah benda-benda di Alam Ghaib? Sudah tentu. Jika Alam Ghaib sahaja wujud dan ada tetapi tiada penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib maka wujudnya Alam Ghaib itu akan tertolak. Sedangkan wujudnya Alam Ghaib itu telah dibahaskan dengan terperinci di pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa ia wujud.

2. Nah, sekarang kita sudah dapat menerima hakikat bahawa wujud penghuni-peghuni dan benda-benda di Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib? Tuhan kita sendiri itu adalah sesuatu zat yang ghaib. Tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kita hanya mengetahui dan meyakini Dia adalah wujud. Jadi kita sudah boleh berfikir bahawa wujud Alam Ghaib. Saya pernah menyatakan bahawa ia suatu Dimensi Ghaib. Adalah mudah bagi Allah untuk mewujudkan Alam Ghaib atau Dimensi Ghaib serta penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib.

3. Oleh itu persoalan wujudnya Dana Alam Ghaib ini adalah suatu yang tidak mustahil. Khazanah Alam Ghaib adalah ‘infiniti’. Tiada noktah. Hanya tinggal samada kita dapat menjumpainya dan menzahirkannya. Seperti yang saya telah bahaskan bahawa Alam Ghaib, selain Allah, ia hanya duplikasi atau salinan kepada Alam Zahir. Wujud bank-bank Alam Ghaib dan Dana Alam Ghaib. Ia hanya sedikit perbezaan sahaja. Jika kita makan tak berbayar di Alam Ghaib sebenarnya kita cuba membuat ‘rompakan’ di Bank Alam Ghaib. Bank Alam Ghaib itu boleh jadi kedai makan yang menyalin kedai makan di Alam Zahir. Boleh jadi kedai runcit. Boleh jadi bank seperti bank di Alam Zahir. Namun di Alam Zahir bank tetap bank. Kedai makan tetap kedai makan. Kedai runcit tetap kedai runcit. Paling penting semasa di Alam Ghaib siapakah yang sedang bertugas di kedai makan, siapakah yang sedang bertugas di kedai runcit dan siapakah yang sedang bertugas di bank itu. Jika yang sedang bertugas di kedai makan, kedai runcit dan bank itu adalah gabenor maka kedai makan atau kedai runcit atau bank itu maka ia adalah Bank Alam Ghaib.

4. Ia lagi menjadi kenyataan jika kita sendiri memasuki sendiri di Alam Ghaib. Kita harus mempunyai ilmu. Saya sendiri jika memasuki Dimensi Ghaib, saya akan bersifat unik. Ada wang saya tukar kepada menjadi cek. Ada yang saya tukar wang menjadi kepingan emas. Ada yang saya tukar menjadi kad kredit. Ada orang memberitahu saya bahawa ada sebahagian dokumen undang-undang saya di ROHAN & CO menjadi ‘bon’ yang bernilai. Ia adalah dokumen yang mempunyai nilai di Alam Zahir. Sebab itu jin-jin yang kuat sangat suka berurus dengan saya kerana kebolehan saya ini.

5. Kita, jika bukan keseluruhannya, sebenarnya masuk dan keluar ke Alam Ghaib dan Alam Zahir. Mungkin kita tidak menyedarinya. Kita harus sentiasa peka di mana dan masa mana kita di Alam Ghaib dan masa mana kita di Alam Zahir. Semasa kita di Alam Ghaib kita boleh melakukan transaksi kewangan. Termasuk membuat dan mengumpul Dana Ghaib. Qarin jin kita itu sendiri sebenarnya sedang bekerja samada dia berada di luar sarangnya yakni tubuh kita dan semasa dia berada di sarangnya. Semasa dia berada di dalam tubuh kita dia mentafsirkan apa yang kita sedang buat dan akan buat. Contohnya apa dan cara kita makan. Ia mentafsirkan apa kita sedang buat dan apa kita akan buat. Begitu juga bila dia berada di luar sarangnya. Dia melakukan kerja. Oleh kerana dia bekerja maka dia sendiri mempunyai Dana Alam Ghaib. Dia juga bersifat memiliki. Termasuk Dana Alam Ghaib. Kita belum membincangkan tentang pemilikan Dana Alam Ghaib yang dimiliki oleh khadam-khadam yang kita miliki seperti yang saya telah isyaratkan dalam pertemuan-pertemuan lepas.

6. Saya selalu sebut di dalam Facebook saya (Isa Ibnu Maryam) tentang hijab yang dibuka kepada saya tentang alter ego saya yang bernama ‘Robert Tan’ yang suatu ketika dahulu sekitar tahun 2004 menunjukkan ‘proof of fund’ bernilai USD35,000,000,000,000,000. Pada mulanya saya sukar menerimanya. Saya ada sebutkan kisah ini dalam Facebook saya berkenaan kawasan balak Tembat dan Petuang bahawa alter ego ini mempunyai Dana Alam Ghaib sebanyak itu selepas serombongan mereka yang mempunyai kaitan dengan Istana Terengganu bertandang ke rumah saya di kampung menunjukkan ‘proof of fund’ sebanyak itu. Cuma ia (Dana Alam Ghaib ini) belum dizahirkan ke Alam Zahir.  Hanya ‘proof of fund’ yang asli ditunjukkan. Namun jika saya merentas ke Alam Ghaib saya boleh mengguna Dana Alam Ghaib ini. Saya nampak duit saya sedikit sahaja namun orang lain melihatnya besar. Orang melihat saya sebagai seorang kaya. Sedangkan saya sedang-sedang sahaja.

7. Sebagaimana kita maklum bahawa khazanah dunia yang infiniti ini adalah milik Allah. Dia boleh memberi kepada sesiapa yang dia mahu. Kepada orang yang sudah memilikinya maka ia menjadi hak milik orang itu. Bagaimana untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ini ke Alam Nyata? Sebenarnya ketika kita di Alam Ghaib kita sudah boleh menggunakan Dana Alam Ghaib kerana Alam Ghaib itu persis Alam Zahir. Duplikasi. Seperti membeli makanan dan menggandakan Dana kita. Kita juga, ketika berada di Alam Ghaib, boleh membeli barang-barang bersakti dan berkhadam di Alam Ghaib untuk di bawa masuk ke Alam Zahir. Unikkan hidup ini? Unikkan kekuasaan Allah?

8. Sebagai peguam saya memindahkan Dana Alam Ghaib ini secara ‘legal’ atau sah. Jika tidak ia akan menimbulkan suatu pertanyaan dan isu kepada Alam Zahir. Ia juga boleh menjadi ‘dana panas’. Jika secara sah saya memindahkannya maka Dana Alam Ghaib yang telah di bawa ke Alam Zahir ini tiada siapa yang boleh mengacau. Jika mereka mengacaunya maka mereka akan menjadi ‘panas’.

9. Oleh kerana qarin jin kita itu jin maka ia mempunyai kebolehan untuk bertasyakkul dan merupa orang tertentu dengan izin Allah. Dia boleh bekerja di Alam Ghaib. Dia boleh memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita. Cuma bagaimana kita tahu bahawa yang memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita adalah qarin jin kita? Suatu perkara yang sukar kan. Saya dalam pertemuan yang lepas memberi beberapa tip untuk memanggil dan mengenali qarin jin kita. Serta mengelak jin luar mengacau kita. Apa pun jika Dana Alam Ghaib itu milik kita maka ia tetap milik kita. Mintalah pertolongan dengan Allah kerana dia yang Maha Kuasa dan Kaya.

10. Dana Alam Ghaib ini tidak semesti yang kita usahakan namun ia adalah dari rezki Allam semata-mata atau kurniaan Allah kepada kita atas apa sebab pun atau tanpa sebab. Cuma bagaimana cara untuk membawanya ke Alam Zahir? Kita harus mempunyai ilmu untuk memindahkannya. Adalah mustahil untuk tiba-tiba dalam akaun kita mempunyai baki tersedia sebanyak jutaan atau bilion atau trilion atau apa sahaja jumlah tanpa bersebab kerana jika tidak semua negara mempunyai AMLA (Anti-Money Laundering Act) maka sebahagian negara mempunyainya. Oleh itu wang yang masuk ke dalam akaun kita mesti bersebab. Jadi untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir mestilah bersebab.

11. Kita mungkin tidak kaya di Alam Zahir namun di Dimensi Ghaib kita mungkin seorang kaya. Ia boleh jadi juga di Alam Zahir kita seorang yang kaya namun di Alam Ghaib kita bukan seorang kaya. Boleh jadi di Alam Ghaib kita seorang yang bertaqwa maka Allah mengurniakan kita dengan rezki-Nya. Kita kaya di Alam Zahir dan miskin di Alam Ghaib kerana kita seorang pendosa.

12. Semua yang saya ceritakan ini adalah tidak mustahil pada ilmu dan kekuasaan Allah. Kita memerlukan alasan untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir agar tidak menimbulkan kesangsian kepada masyarakat dan mereka yang berkenaan. Kita sebenarnya semasa memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir itu adalah bekerja. Oleh itu ia merupakan alasan mengapa Dana Alam Ghaib yang telah dizahirkan ke Alam Zahir itu adalah sah atau ‘legal’. Ia bukanlah ‘pembersihan’ wang atau ‘laundering’ tetapi secara sah.

13. Kita berusaha setakat kemampuan kita. Samada pembaca adalah jin atau bunian atau manusia maka usaha setakat kemampuan kebolehan kita. Usah diusahakan apa yang kita tak mampu. Jika telah diusahakan tapi tidak mampu dan berjaya berhenti setakat itu. Boleh pergi jumpa dengan orang yang lagi berilmu dan mempunyai kebolehan. Usah tertipu dengan godaan syaitan yang dalam bentuk manusia yang hanya menunggu peluang untuk memperdayakan kita. Selamat berusaha!