PENZAHIRAN DANA ALAM GHAIB

1. Persoalan pertama tentang Penzahiran Dana Alam Ghaib ialah adakah benar Dana Alam Ghaib wujud? Kita telah bincangkan dalam pertemuan-pertemuan lepas bahawa wujud dan adanya Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni Alam Ghaib? Wujudkah benda-benda di Alam Ghaib? Sudah tentu. Jika Alam Ghaib sahaja wujud dan ada tetapi tiada penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib maka wujudnya Alam Ghaib itu akan tertolak. Sedangkan wujudnya Alam Ghaib itu telah dibahaskan dengan terperinci di pertemuan-pertemuan yang lepas bahawa ia wujud.

2. Nah, sekarang kita sudah dapat menerima hakikat bahawa wujud penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib. Jadi siapakah penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib? Tuhan kita sendiri itu adalah sesuatu zat yang ghaib. Tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kita hanya mengetahui dan meyakini Dia adalah wujud. Jadi kita sudah boleh berfikir bahawa wujud Alam Ghaib. Saya pernah menyatakan bahawa ia suatu Dimensi Ghaib. Adalah mudah bagi Allah untuk mewujudkan Alam Ghaib atau Dimensi Ghaib serta penghuni-penghuni dan benda-benda di Alam Ghaib.

3. Oleh itu persoalan wujudnya Dana Alam Ghaib ini adalah suatu yang tidak mustahil. Khazanah Alam Ghaib adalah ‘infiniti’. Tiada noktah. Hanya tinggal samada kita dapat menjumpainya dan menzahirkannya. Seperti yang saya telah bahaskan bahawa Alam Ghaib, selain Allah, ia hanya duplikasi atau salinan kepada Alam Zahir. Wujud bank-bank Alam Ghaib dan Dana Alam Ghaib. Ia hanya sedikit perbezaan sahaja. Jika kita makan tak berbayar di Alam Ghaib sebenarnya kita cuba membuat ‘rompakan’ di Bank Alam Ghaib. Bank Alam Ghaib itu boleh jadi kedai makan yang menyalin kedai makan di Alam Zahir. Boleh jadi kedai runcit. Boleh jadi bank seperti bank di Alam Zahir. Namun di Alam Zahir bank tetap bank. Kedai makan tetap kedai makan. Kedai runcit tetap kedai runcit. Paling penting semasa di Alam Ghaib siapakah yang sedang bertugas di kedai makan, siapakah yang sedang bertugas di kedai runcit dan siapakah yang sedang bertugas di bank itu. Jika yang sedang bertugas di kedai makan, kedai runcit dan bank itu adalah gabenor maka kedai makan atau kedai runcit atau bank itu maka ia adalah Bank Alam Ghaib.

4. Ia lagi menjadi kenyataan jika kita sendiri memasuki sendiri di Alam Ghaib. Kita harus mempunyai ilmu. Saya sendiri jika memasuki Dimensi Ghaib, saya akan bersifat unik. Ada wang saya tukar kepada menjadi cek. Ada yang saya tukar wang menjadi kepingan emas. Ada yang saya tukar menjadi kad kredit. Ada orang memberitahu saya bahawa ada sebahagian dokumen undang-undang saya di ROHAN & CO menjadi ‘bon’ yang bernilai. Ia adalah dokumen yang mempunyai nilai di Alam Zahir. Sebab itu jin-jin yang kuat sangat suka berurus dengan saya kerana kebolehan saya ini.

5. Kita, jika bukan keseluruhannya, sebenarnya masuk dan keluar ke Alam Ghaib dan Alam Zahir. Mungkin kita tidak menyedarinya. Kita harus sentiasa peka di mana dan masa mana kita di Alam Ghaib dan masa mana kita di Alam Zahir. Semasa kita di Alam Ghaib kita boleh melakukan transaksi kewangan. Termasuk membuat dan mengumpul Dana Ghaib. Qarin jin kita itu sendiri sebenarnya sedang bekerja samada dia berada di luar sarangnya yakni tubuh kita dan semasa dia berada di sarangnya. Semasa dia berada di dalam tubuh kita dia mentafsirkan apa yang kita sedang buat dan akan buat. Contohnya aapa dan cara kita makan. Ia mentafsirkan apa kita sedang buat dan apa kita akan buat. Begitu juga bila dia berada di luar sarangnya. Dia melakukan kerja. Oleh kerana dia bekerja maka dia sendiri mempunyai Dana Alam Ghaib. Dia juga bersifat memiliki. Termasuk Dana Alam Ghaib. Kita belum membincangkan tentang pemilikan Dana Alam Ghaib yang dimiliki oleh khadam-khadam yang kita miliki seperti yang saya telah isyaratkan dalam pertemuan-pertemuan lepas.

6. Saya selalu sebut di dalam Facebook saya (יֵשׁוּעַ בנו של מרים) tentang hijab yang dibuka kepada saya tentang alter ego saya yang bernama ‘Robert Tan’ yang suatu ketika dahulu sekitar tahun 2004 menunjukkan ‘proof of fund’ bernilai USD35,000,000,000,000,000. Pada mulanya saya sukar menerimanya. Saya ada sebutkan kisah ini dalam Facebook saya berkenaan kawasan balak Tembat dan Petuang bahawa alter ego ini mempunyai Dana Alam Ghaib sebanyak itu selepas serombongan mereka yang mempunyai kaitan dengan Istana Terengganu bertandang ke rumah saya di kampung menunjukkan ‘proof of fund’ sebanyak itu. Cuma ia (Dana Alam Ghaib ini) belum dizahirkan ke Alam Zahir. Hanya ‘proof of fund’ yang asli ditunjukkan. Namun jika saya merentas ke Alam Ghaib saya boleh mengguna Dana Alam Ghaib ini. Saya nampak duit saya sedikit sahaja namun orang lain melihatnya besar. Orang melihat saya sebagai seorang kaya. Sedangkan saya sedang-sedang sahaja.

7. Sebagaimana kita maklum bahawa khazanah dunia yang infiniti ini adalah milik Allah. Dia boleh memberi kepada sesiapa yang dia mahu. Kepada orang yang sudah memilikinya maka ia menjadi hak milik orang itu. Bagaimana untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ini ke Alam Nyata? Sebenarnya ketika kita di Alam Ghaib kita sudah boleh menggunakan Dana Alam Ghaib kerana Alam Ghaib itu persis Alam Zahir. Duplikasi. Seperti membeli makanan dan menggandakan Dana kita. Kita juga, ketika berada di Alam Ghaib, boleh membeli barang-barang bersakti dan berkhadam di Alam Ghaib untuk di bawa masuk ke Alam Zahir. Unikkan hidup ini? Unikkan kekuasaan Allah?

8. Sebagai peguam saya memindahkan Dana Alam Ghaib ini secara ‘legal’ atau sah. Jika tidak ia akan menimbulkan suatu pertanyaan dan isu kepada Alam Zahir. Ia juga boleh menjadi ‘dana panas’. Jika secara sah saya memindahkannya maka Dana Alam Ghaib yang telah di bawa ke Alam Zahir ini tiada siapa yang boleh mengacau. Jika mereka mengacaunya maka mereka akan menjadi ‘panas’.

9. Oleh kerana qarin jin kita itu jin maka ia mempunyai kebolehan untuk bertasyakkul dan merupa orang tertentu dengan izin Allah. Dia boleh bekerja di Alam Ghaib. Dia boleh memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita. Cuma bagaimana kita tahu bahawa yang memindahkan Dana Alam Ghaib itu kepada kita adalah qarin jin kita? Suatu perkara yang sukar kan. Saya dalam pertemuan yang lepas memberi beberapa tip untuk memanggil dan mengenali qarin jin kita. Serta mengelak jin luar mengacau kita. Apa pun jika Dana Alam Ghaib itu milik kita maka ia tetap milik kita. Mintalah pertolongan dengan Allah kerana dia yang Maha Kuasa dan Kaya.

10. Dana Alam Ghaib ini tidak semesti yang kita usahakan namun ia adalah dari rezki Allah semata-mata atau kurniaan Allah kepada kita atas apa sebab pun atau tanpa sebab. Cuma bagaimana cara untuk membawanya ke Alam Zahir? Kita harus mempunyai ilmu untuk memindahkannya. Adalah mustahil untuk tiba-tiba dalam akaun kita mempunyai baki tersedia sebanyak jutaan atau bilion atau trilion atau apa sahaja jumlah tanpa bersebab kerana jika tidak semua negara mempunyai AMLA (Anti-Money Laundering Act) maka sebahagian negara mempunyainya. Oleh itu wang yang masuk ke dalam akaun kita mesti bersebab. Jadi untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir mestilah bersebab.

11. Kita mungkin tidak kaya di Alam Zahir namun di Dimensi Ghaib kita mungkin seorang kaya. Ia boleh jadi juga di Alam Zahir kita seorang yang kaya namun di Alam Ghaib kita bukan seorang kaya. Boleh jadi di Alam Ghaib kita seorang yang bertaqwa maka Allah mengurniakan kita dengan rezki-Nya. Kita kaya di Alam Zahir dan miskin di Alam Ghaib kerana kita seorang pendosa.

12. Semua yang saya ceritakan ini adalah tidak mustahil pada ilmu dan kekuasaan Allah. Kita memerlukan alasan untuk memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir agar tidak menimbulkan kesangsian kepada masyarakat dan mereka yang berkenaan. Kita sebenarnya semasa memindahkan Dana Alam Ghaib ke Alam Zahir itu adalah bekerja. Oleh itu ia merupakan alasan mengapa Dana Alam Ghaib yang telah dizahirkan ke Alam Zahir itu adalah sah atau ‘legal’. Ia bukanlah ‘pembersihan’ wang atau ‘laundering’ tetapi secara sah.

13. Kita berusaha setakat kemampuan kita. Samada pembaca adalah jin atau bunian atau manusia maka usaha setakat kemampuan kebolehan kita. Usah diusahakan apa yang kita tak mampu. Jika telah diusahakan tapi tidak mampu dan berjaya berhenti setakat itu. Boleh pergi jumpa dengan orang yang lagi berilmu dan mempunyai kebolehan. Usah tertipu dengan godaan syaitan yang dalam bentuk manusia yang hanya menunggu peluang untuk memperdayakan kita. Selamat berusaha!

29 thoughts on “PENZAHIRAN DANA ALAM GHAIB

  1. Saya tersangat bermsalah di alam zahir …tapi setiap datang dalam mimpi saya sangat sucses di dlm mimpi

  2. Assalam tuan..saya berminat utk mengetahui lanjut berkaitan isu di atas…kalu blh tuan bantu saya…ni no saya 0197800400..en zam..

  3. Salam Tuan.. Saya mempunyai dana ghaib tapi x tahu cara nk menzahirkan..Boleh Tuan bantu saya ? Harap Tuan dapat hubungi saya : I Aarif Mohd 0108300334

  4. Salamullah.Tuan Rohan . Secara asbab musabab, Boleh kah tuan tolong nyatazahirkan sama ada Dana Cek Alam Ghoib, maupun Dana yg masih berada di Alam Ghoib?
    2. Apakah cara untuk mengenali siapa diri kita di Alam Ghoib ?
    Sekian, Wsslm dan Salam hormat.

      • Kiranya ada gambar cek asal Dana alam ghoib, bolehkah tuan tolong scan@imbas bagi memastikan sama ada Cek tu memang sah tulin@ada dana dlm akaun bank atau sebaliknya?

      • Mudah sahaja bawa cek tu pergi bank minta bank jelaskan. Jika bank tolak atas alasan itu bukan cek mereka atau cek mereka tapi tak ada tunai dalam akaun maka mereka menolak.

      • Bank utk buat pengesahan berkaitan cek alam ghoib, yg tuan maksudkan tu di Alam Nyata kah?

      • Pergi jer ke bank tu buat macam biasa. Mungkin itu jelmaan di Alam Ghaib. Mungkin jelmaannya di Alam Zahir. Boleh WhatsApp saya cek tu?

    • Saya ada hantarkan gambar Bukit di No.Whatsapp tuan. Kira nya tidak keberatan mohon jasabaik tuan utk tolong scankan Bukit dlm gambar, untuk melihat ada atau tidak Khazanah Bernilai tinggi yg masih tersimpan dkt kawasan Bukit berkaitan.Sekian, Wsslm

  5. Assalammualaikum tuan, saya ader sekeping wang RM 50.00 daripada alam sebelah. Pada wang tersebut, dalam bayangan ruangan yang putih ada tertera tulisan “dana keris”. Bagaimana saya boleh menzahirkan dana tersebut?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s