MABUK

Termangau aku
Di kaki langit; sebuah surau.
Puluhan tahun aku mabuk –
Mencari Diri dan Dia.
Tiada Dia, tiada Diri.

Solat ku sepi –
Ditipu bajingan agama;
Punah, rosak dan fitnah
Atas topeng agama.

Kelamnya jahiliyyah –
Ku jumpa cerahnya Islam.
Apakah aku mengerti Islam;
Tanpa aku teroka jahiliyyah?

Kini ku sedari;
mereka juga mabuk.
Mabuk kuasa, agama, harta –
Tak sedar Diri.

Sedar Diri, bila telah mati.
Mati sebelum mati suatu acahan.
Tiada mati. Tiada budi. Tiada maknawi.
Diri ku, keluarga ku, rakan ku itu dipenuhi.

Ke mana mahu pergi?
Kalau tidak di perigi?
Belum insafi?

Advertisements

KITAB PENGUKUHAN (كتاب الإثبات)

PADA MENGISBATKAN (وَمَا مِنَّا إِلَّا لَهُ مَقَامٌ مَعْلُومٌ)(“Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya maqam kedudukan yang tertentu)(as-Sōfāt:164).

1. Para malaikat itu mempunyai maqam tertentu di sisi Allah. Ketua segala para malaikat adalah Jibril yang cerdas dan kuat [an-Najm: 5-6]. Di bawahnya mempunyai ketua-ketua malaikat lain. Ada yang tugasnya mencabut nyawa, hafazah, sebagai qarin manusia, jin dan bunian, menjaga neraka dan syurga, meniup sangkakala, mencatat amalan baik dan buruk, memikul arasy, menurun dan menjaga al-Quran dll.

2. Masing-masing mempunyai nama. Ada yang kita diberitahu dan ada yang tak diberitahu. Jibril, Raqib dan ‘Atid, Izrael, Israfil, Munkar dan Nakir, Malik dan Ridhuan, Safarah, Harut dan Marut, Orso dll.

3. Mereka itu tidak lelaki dan tidak perempuan [as-Sōfāt:150] tetapi bila mereka bertasyakkul atau menyamar maka mereka hanya akan mengambil bentuk lelaki [al-An’ām:8]. Namun mereka bukan lelaki.

4. Jika mereka menyamar lelaki mereka akan memiliki pakaian lelaki yang dia sedang bertasyakkul atau menyamar itu [al-An’ām:8]. Mereka hanya hanya boleh memberi syafaat jika diizin dan diredhai oleh Allah [an-Najm:26].

5. Bilangan mereka hanya diketahui oleh Allah [al-Mudathir:31]. Mereka merupakan tentera-tentera Allah [al-Mudathir:31]. Mereka boleh ghaib dan boleh menzahirkan diri sebagai lelaki [al-An’ām:8]. Ketika mereka bertasyakkul dan menyamar sebagai lelaki mereka cukup sifat sebagai lelaki [Maryam:17]. Mereka tidak bernafsu, tidak makan minum [az-Zāriyāt:24-28] dan tidak beranak-pinak. Namun mereka mempunyai perasaan.

6. Mereka diciptakan dari cahaya.

«7687» حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا وَقَالَ ابْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ)).

Dari ‘Aisyah r.a.: ( Diciptakan para malaikat dari cahaya, dan diciptakan jin dari api membara, diciptakan Adam dari apa yang aku telah sifatkan kepada kamu)- Sahih Muslim.

7. Kita harus tidak bermusuh dengan mereka [al-Baqarah:97-98].

8. Saya selalu mendoakan agar malaikat-malaikat yang membantu saya agar dinaikkan maqam mereka oleh Allah di sisi-Nya.

KITAB PENGUKUHAN (كتاب الإثبات).

PADA MENGISBATKAN “KHILAFAH” DAN “IMAMAH”.

1. Sebelum tamadun manusia wujud telah wujud tamadun jin. Tetapi mengapa hanya selepas iradah (kemahuan) Allah mencipta manusia baharu wujud istilah “khalifah”? Adakah kepada istimewa manusia pada asma’ seluruhnya [al-Baqarah:31-33] , rahsia tiupan ‘ruh-Ku’ [al-Hijr:29; Sad:72] dan dijadikan dari ‘kedua tangan-Ku’ [Sad:75] kepada Adam maka melayakkan spesisnya sebagai khalifah?

‎وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya : “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. [al-Baqarah:30]

2. Persoalan di sini ialah apa maksud “khalifah”? Jika al-basyar itu istimewa pada asma’, ruh-Ku dan dijadikan dari kedua tangan-Ku maka melayakkan mereka sebagai khalifah maka spesis lain adalah tertolak. Adakah bangsa al-basyar mampu secara realiti atau sekadar perlambangan? Adam sendiri ketika keseorangan bukanlah khalifah kerana tamadun manusia belum wujud. Adakah Adam memimpin juga tamadun jin ketika itu? Khalifah akan sempurna dengan wujudnya bentuk yang statik dan rekaan-rekaan pada asma’. Di samping pemurnian ruh.

3. Hanya Daud yang diiktiraf secara sarih sebagai khalifah. Dia memimpin negara. Tanpa “kuasa” asma’ Allah yang lain sukar dicerna seperti “kuasa menghukum” dan menegakkan “hukum Allah”.

‎يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan yang benar dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan itu. [Sad:26]

4. Janji untuk khalifah itu hanya untuk yang beriman dan beramal soleh. Barulah keamanan wujud. Negara tanpa keamanan adalah negara yang anarki.

‎ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [an-Nur:55]

‎وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. [as-Sajda:24]

5. Di sana ada satu lagi pengistilahan iaitu “A’immah” (أَئِمَّةً)[al-Anbiya:73; al-Qasas:5; as-Sajda:24]. Ia adalah soal kepimpinan dan kuasa. Pemimpin tanpa kuasa adalah pemimpin yang tak berkuasa. Kuasa itu sendiri adalah satu yang amat luas. Ia bukan terhad kepada kuasa politik. Ia boleh merangkumi kuasa ekonomi, persenjataan, kuasa menghukum, kuasa menggubal undang-undang. Bahkan kuasa kerohanian. Dengan kuasa kerohanian maka sesuatu kuasa kerohanian yang lain dapat ditundukkan. Kuasa kerohanian ini yang paling ditakuti dan digeruni. Mengatasi kuasa ekonomi, persenjataan, kuasa menghukum dan undang-undang. Sakralnya spesis al-basyar adalah pada penciptaannya dari ‘kedua tangan-Ku’ dan tiupan ‘ruh-Ku’. Inilah kuasa kerohanian. Kuasa penciptaan pada asma’ juga mempunyai kaitan dengan kuasa kerohanian. Kesakralan. Kesaktian. Tongkat menjadi ular. Tongkat membelah laut dan mengeluarkan air.

6. Asma’ bukan sahaja pada benda tetapi pada rahsia Ketuhanan. Iaitu pada nama-nama Allah kerana di situ tersembunyi rahsia ruh-Ku.

An Impure Soul

Impure soul
contaminated with souls.
Self-within with selves
With selves not to be Self.

Within self should two selves.
With two souls. Two Selves.
Impure souls are crying.
Many selves are dying.

Pure soul is sobbing.
Self failed for Meanings.
Like rain from the Sky.
Trees and water to Purify.

Secrets of Souls not far.
Not Without. Within. In Jars.
Walking in dark without Light.
As impure soul for Truth to fight!