KITAB PENGUKUHAN (كتاب الإثبات).

PADA MENGISBATKAN “KHILAFAH” DAN “IMAMAH”.

1. Sebelum tamadun manusia wujud telah wujud tamadun jin. Tetapi mengapa hanya selepas iradah (kemahuan) Allah mencipta manusia baharu wujud istilah “khalifah”? Adakah kepada istimewa manusia pada asma’ seluruhnya [al-Baqarah:31-33] , rahsia tiupan ‘ruh-Ku’ [al-Hijr:29; Sad:72] dan dijadikan dari ‘kedua tangan-Ku’ [Sad:75] kepada Adam maka melayakkan spesisnya sebagai khalifah?

‎وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya : “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. [al-Baqarah:30]

2. Persoalan di sini ialah apa maksud “khalifah”? Jika al-basyar itu istimewa pada asma’, ruh-Ku dan dijadikan dari kedua tangan-Ku maka melayakkan mereka sebagai khalifah maka spesis lain adalah tertolak. Adakah bangsa al-basyar mampu secara realiti atau sekadar perlambangan? Adam sendiri ketika keseorangan bukanlah khalifah kerana tamadun manusia belum wujud. Adakah Adam memimpin juga tamadun jin ketika itu? Khalifah akan sempurna dengan wujudnya bentuk yang statik dan rekaan-rekaan pada asma’. Di samping pemurnian ruh.

3. Hanya Daud yang diiktiraf secara sarih sebagai khalifah. Dia memimpin negara. Tanpa “kuasa” asma’ Allah yang lain sukar dicerna seperti “kuasa menghukum” dan menegakkan “hukum Allah”.

‎يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan yang benar dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan itu. [Sad:26]

4. Janji untuk khalifah itu hanya untuk yang beriman dan beramal soleh. Barulah keamanan wujud. Negara tanpa keamanan adalah negara yang anarki.

‎ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [an-Nur:55]

‎وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. [as-Sajda:24]

5. Di sana ada satu lagi pengistilahan iaitu “A’immah” (أَئِمَّةً)[al-Anbiya:73; al-Qasas:5; as-Sajda:24]. Ia adalah soal kepimpinan dan kuasa. Pemimpin tanpa kuasa adalah pemimpin yang tak berkuasa. Kuasa itu sendiri adalah satu yang amat luas. Ia bukan terhad kepada kuasa politik. Ia boleh merangkumi kuasa ekonomi, persenjataan, kuasa menghukum, kuasa menggubal undang-undang. Bahkan kuasa kerohanian. Dengan kuasa kerohanian maka sesuatu kuasa kerohanian yang lain dapat ditundukkan. Kuasa kerohanian ini yang paling ditakuti dan digeruni. Mengatasi kuasa ekonomi, persenjataan, kuasa menghukum dan undang-undang. Sakralnya spesis al-basyar adalah pada penciptaannya dari ‘kedua tangan-Ku’ dan tiupan ‘ruh-Ku’. Inilah kuasa kerohanian. Kuasa penciptaan pada asma’ juga mempunyai kaitan dengan kuasa kerohanian. Kesakralan. Kesaktian. Tongkat menjadi ular. Tongkat membelah laut dan mengeluarkan air.

6. Asma’ bukan sahaja pada benda tetapi pada rahsia Ketuhanan. Iaitu pada nama-nama Allah kerana di situ tersembunyi rahsia ruh-Ku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s