Termangau aku
Di kaki langit; sebuah surau.
Puluhan tahun aku mabuk –
Mencari Diri dan Dia.
Tiada Dia, tiada Diri.
Solat ku sepi –
Ditipu bajingan agama;
Punah, rosak dan fitnah
Atas topeng agama.
Kelamnya jahiliyyah –
Ku jumpa cerahnya Islam.
Apakah aku mengerti Islam;
Tanpa aku teroka jahiliyyah?
Kini ku sedari;
mereka juga mabuk.
Mabuk kuasa, agama, harta –
Tak sedar Diri.
Sedar Diri, bila telah mati.
Mati sebelum mati suatu acahan.
Tiada mati. Tiada budi. Tiada maknawi.
Diri ku, keluarga ku, rakan ku itu dipenuhi.
Ke mana mahu pergi?
Kalau tidak di perigi?
Belum insafi?