PERMASALAHAN NIKAH MUT’AH (SYIAH) DAN NIKAH MISYAR (SUNNI)

1. Syiah mengharuskan nikah mut’ah. Manakala Sunni mengharuskan nikah misyar. Jika dikaji nikah mut’ah ini berasal dari disiplin fiqh hadis Sunni juga iaitu fiqh Imam Muslim; periwayat hadis sahih Sunni ketiga terkuat selepas al-Quran dan Sahih Bukhari.

2. Kita lihat apa yang Imam Muslim tulis dalam Sahih Muslim tentang nikah mut’ah:

باب نِكَاحِ الْمُتْعَةِ وَبَيَانِ أَنَّهُ أُبِيحَ ثُمَّ نُسِخَ ثُمَّ أُبِيحَ ثُمَّ نُسِخَ وَاسْتَقَرَّ تَحْرِيمُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ:

Terjemahan: Bab nikah al-mut’ah dan diterangkan ia sesungguhnya diharuskan, kemudian dinasakhkan, kemudian diharuskan, kemudian dinasakhkan dan kekal pengharamannya hingga Kiamat.

3. Pandangan atau fiqh Imam Muslim tentang nikah mut’ah ini selepas beliau meneliti 26 hadis-hadis sahih tentang nikah mut’ah.

4. Jika kita meneliti tentang pandangan atau fiqh Imam Muslim ini ia adalah sekejap diharuskan sekejap dinasakhkan (dibatalkan keharusannya).

5. Hadis ke 3486 dalam bab di atas, menyebut keharusan nikah mut’ah semasa (يَوْمُ الْفَتْحِ)(Pembukaan Kota Mekah) manakala hadis ke 3493 menyebut penghalangannya. Mungkin pada awal Pembukaan Kota Mekah Rasulullah mengharusnya selepas itu beberapa ketika dihalangnya.

6. Kita lihat hadis ini dalam Sahih Muslim:

«3479» وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ قَالَ: سَمِعْتُ الْحَسَنَ بْنَ مُحَمَّدٍ يُحَدِّثُ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَسَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ قَالاَ خَرَجَ عَلَيْنَا مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَذِنَ لَكُمْ أَنْ تَسْتَمْتِعُوا. يَعْنِي مُتْعَةَ النِّسَاءِ.

Menceritakan kami Muhammad bin Basyar, menceritakan kami Muhammad bin Jaafar, menceritakan kami Syu’bah bin Dinar, Berkata: Aku mendengar al-Hasan bin Muhammad menceritakan dari Jabir bin Abdullah dan Salamah bin Akwa’, kedua-duanya berkata: Keluar bagi kami pengisytihar Rasulullah maka berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah sesungguhnya mengizinkan bagi kamu untuk berseronok-seronok. Iaitu nikah mut’ah bagi wanita-wanita.

7. Kita lihat hadis ini dalam Sahih Muslim yang menyebut bahawa Rasulullah mengharamkan nikah mut’ah hingga kiamat:

«3496» وَحَدَّثَنِي سَلَمَةَ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا مَعْقِلٌ عَنِ ابْنِ أَبِي عَبْلَةَ عَنْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ قَالَ: حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ بْنُ سَبْرَةَ الْجُهَنِيُّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الْمُتْعَةِ وَقَالَ: ((أَلاَ إِنَّهَا حَرَامٌ مِنْ يَوْمِكُمْ هَذَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ كَانَ أَعْطَى شَيْئًا فَلاَ يَأْخُذْهُ)).

Menceritakan kepada aku Salamah bin Syabib, menceritakan kepada kami al-Hasan bin A’yan, menceritakan kepada kami Ma’qal dari Ibn Abi ‘Ablah dari Umar bin Abdul Aziz, berkata: menceritakan ar-Rabi’ bin Sabrah al-Juhaini dari Rasulullah melarang nikah mut’ah berkata :((Bahkan sesungguhnya haram dari hari kamu ini hingga kiamat dan sesiapa beri sesuatu maka jangan menerimanya)).

8. Hatta, jika ia diharam pun dalam disiplin Sunni, yang mungkin dipengaruhi oleh fiqh Imam Muslim, ulamak-ulamak Sunni Salafi terkenal seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh at-Tantawi, Syeikh Ibn Uthaimeen, Syeikh Al-Albani dan Syeikh Ibn Baaz mengharuskan nikah misyar yang seakan sama dengan nikah mut’ah, walau ada sedikit perbezaan. Dari manakah dalil pengharusan nikah misyar. Adakah berasal dari hadis-hadis yang mengharuskan nikah mut’ah walau bersifat keharusan sementara suatu ketika dahulu? Atau ada dalil-dalil lain yang mengharuskannya?

8. Bagi saya wujudnya konflik antara 26 hadis-hadis dalam Sahih Muslim dalam Bab Nikah Mut’ah itu sendiri boleh dilihat menjadi alasan untuk nikah misyar. Jika tidak begitu mengapa ulamak-ulamak Sunni Salafi yang begitu tegas dalam disiplin hadis boleh mengharuskan nikah misyar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s