1. Sihir boleh bergerak melalui gelombang telefon samada melalui perbualan atau teks. Di dalam udara ini mempunyai gelombang-gelombang (waves) samada yang baik atau tidak. Jika “gelombang jahat” dituju kepada seseorang ia adalah tepat kerana orang tersebut mempunyai hanset dan dia yang memegang hanset itu. Maka gelombang jahat itu tepat kena kepada penerima.
2. Orang Melayu telah lama mengenali sihir cara ini. Ia dipanggil “santau angin”. Mengikut Dr Amran Kasimin dalam bukunya “AMALAN SIHIR MASYARAKAT MELAYU: Satu Analisis”; “Santau hikmat juga dikenali sebagai “santau seru” ataupun “santau angin”. Dinamakan demikian kerana santau jenis ini boleh dihantar atau dikenakan kepada mangsanya dengan menyeru jin supaya membawa bahan tersebut kepada mangsanya. Santau ini akan dimasukkan ke dalam makanan atau minum (mukasurat: 175-176). Beliau takrifkan “santau hikmat” sebagai “bahan-bahan ini [bahan bisa, gatal dan pedih] disertakan dengan pemujaan terhadap jin-jin” (mukasurat:174). Oleh itu “gelombang jahat” yang bergerak melalui gelombang telefon adalah disertai dengan (1)bahan bisa, gatal dan pedih (2)pemujaan terhadap jin-jin”. Sebelum ia dilepaskan maka unsur pertama dan kedua itu diadun. Ia boleh diletakkan dihanset sebagai suatu contoh dan disertai mentera yang memuja jin. Kemudian ia dilepaskan. Gelombang jahat itu bergerak di udara melalui gelombang telefon. Apabila telah sampai maka mangsa akan terkena samada secara panggilan atau teks (tulisan atau gambar). Tanda-tandanya ialah telefon akan menjadi “hang”.
3. Cara santau merebak boleh jadi santau angin atau santau hakikat. “Santau hakikat” ditakrifkan oleh Dr Amran Kasimin sebagai santau yang “tanpa melibatkan pemujaan jin-jin (mukasurat:174.” Apabila mangsa terkena maka apabila seseorang berhubung dengan hanset dengan mangsa secara teks atau telefon maka orang itu akan terkena. Ia boleh merebak melalui gelombang telefon. Saya telah beberapa kali merawat mangsa secara gelombang telefon samada meminta agar mangsa menghantar gambar atau berbual dengan mangsa secara telefon. Tubuh saya menyerap bisa sihir. Saya dapat merasakan bisa sihir samada selepas saya menerima gambar melalui hanset atau berbual secara telefon. Ia bergantung kepada kekuatan sihir jika lemah senang disembuhkan tetapi jika kuat ia mengambil masa.
4. Hanset kita ini umpama diri kita. Pemerhati-pemerhati keris sudah lama memerhati keris. Ia penuh hakikat keinsanan pada keris. Lihat tulisan saya bertajuk “Mengapa Keris Perlu Diperasapkan?” . Begitu juga hanset yang sekarang ini adalah perkara wajib dalam kehidupan kita. Ia di bawa ke mana-mana. Ia sarat dengan falsafah keinsanan. Terutama bahagian suara (perbualan) dan penglihatan (teks dan juga video). Kita boleh pening kepala jika ada orang menghantar sesuatu yang buruk secara gelombang jahat. Cara untuk menghadapinya adalah dengan memasang bacaan al-Quran. InsyaAllah ia akan menyembuhkan.
5. Ada satu lagi disiplin yang diajar kepada saya ialah dengan “membersihkan” hanset kita dengan secara frekuensi. Ia adalah kerana gelombang jahat itu dihantar menggunakan frekuensi. Saya menggunakan frekuensi 4738Hz bagi membersih hanset saya selepas menyerap bisa sihir yang sangat kuat ke atas seorang mangsa. Alhamdulillah, semakin sembuh setakat tulisan ini dibuat.
Bagi disiplin ini mereka berdalil kepada Surah ar-Ra’du:13 ;
وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ
Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.
6. Guruh (الرَّعْدُ) itu sebenarnya malaikat yang bertasbih dan bertahmid kepada Allah kerana takut kepada-Nya. Ia adalah bunyi. Lantas bunyi guruh itu menghasilkan petir (الصَّوَاعِقَ) yang memusnahkan. Ada yang berkata ia memberi cas-cas positif kepada bumi. Begitu juga dengan kita memasang frekuensi kepada hanset kita. Ia membuang cas-cas negatif. Contoh frekuensi 4738Hz ia adalah kod dalam Surah Muhammad iaitu surah ke 47 dan 38 ayat. Begitulah surah-surah lain ia mempunyai kod-kod. Setiap atom mempunyai frekuensi. Bahkan otak kita mempunyai frekuensi tersendiri. Apa frekuensinya sama maka ia akan bersama dan kita boleh mengesannya. Juga kita boleh berdepan dengan orang yang mempunyai frekuensi yang sama dengan kita.
7. Teks atau video atau gambar yang dihantar boleh menyebabkan telefon seseorang “hang”. Ia boleh dijampi dengan mentera. Saya pernah diadu oleh seseorang bahawa hansetnya hang selepas menerima gambar. Ia juga boleh berlaku dengan samada Linkedin atau Facebook friend request. Hanset seseorang boleh hang. Bukan semua request itu bergerak secara gelombang jahat. Tujuannya bagi merosakkan hanset seseorang.
8. Semasa kita berbual kita sebenar dalam tiga minda;(1) minda sedar – conscious mind (2)separa sedar – subconscious mind (3) minda tidak sedar – unconscious mind. Kategori yang kedua dan ketiga ini adalah sihir. Ia dikenali sebagai pukau. Dalam yang pertama itu kita mengawal diri kita. Dalam yang kedua itu berselang seli antara diri kita dan qarin jin kita dan dalam yang ketiga itu keseluruhannya adalah qarin jin kita. Ia dipanggil pukau. Tubuh kita telah digodam. Pukau ditakrifkan oleh Dr Amran Kasimin sebagai “amalan menguasai diri seseorang yang dilakukan melalui cara-cara tertentu, yang boleh menyebabkan seseorang itu seumpama terkaku, tidak berupaya bertindak, berada dalam penguasaan seseorang, membolehkan mangsa melakukan sesuatu menurut arahan-arahan yang diberi (mukasurat:161).”
9. Kadang-kadang ia disertai sertaan gelombang jahat dengan kerja-kerja siber secara zahir di belakang tabir. Perkara ini saya telah kupas secara mendalam dalam tulisan saya bertajuk “Perang Siber”.
10. Oleh itu wajarlah kita celik teknologi komunikasi dan disiplin sihir yang disebut dalam al-Quran. Walau kita memejam mata dan tidak peduli dengan gelombang jahat hanset kita tetap kita bawa ke mana-mana dan tidak berpisah. Kita jika alpa kita akan menjadi mangsa.
Assalamualaikum. Saya ada masalah sama mcm kes di atas. Boleh saya dapatkan no telefon perawat yg sesuai dengan masalah macam ni?
Boleh WhatsApp saya +60193822329
Salam tuan.. Andai kata jika saya dan isteri sihir melalui gelombang hanset.. Apakah cara lain selain memasang gelombang itu dan dengar AlQuran untuk memulihkan..Perlukah saya menukar sim card baru dan membakar sim card lama?
W’salam. Tak perlu tukar simkad.
Aku setuju santau orang Paling berkesan menggunakan Santau angin😠
MOHON BANTU RAKYAT MSIA
Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu beramai-ramai tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Pasir Mas Kelntn. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com
W’salam. Moga dia jumpa perawat dan sembuh hendak-Nya.
Saya terkena santau angin melalui HP yg dtgnya dari buhul yg berada berhampiran org yg text atau call saya. Masalah saya ialah, buhul tersebut adalah pakaian anak2 saya yg di calit dgn minyak santau. Terlalu byk pakian kami yg terkena minyak santau. X tahu mana satu yg nak di buang.