1. Dimensi Yaqozoh adalah satu dimensi di mana jasad kita dan qarin jin kita memasuki Alam Mimpi. Ia sertaan dengan qarin jin kita. Ia berlaku kepada saya banyak kali. Siapakah penghuni Dimensi Yaqozoh? Penghuni Dimensi Yaqozoh adalah qarin-qarin jin orang bermimpi dan malaikat-malaikat serta benda-benda. Ia adalah refleksi Alam Zahir. Ada sedikit kelainannya. Oleh kerana qarin jin itu bersifat jin maka ia boleh bergerak secara laju dan begitu juga malaikat yang lebih laju pergerakannya dari jin kerana malaikat diciptakan dari cahaya.
2. Apa yang kita lihat sewaktu jasad kita tidur itu adalah apa yang qarin jin kita lihat. Baik. Oleh kerana qarin jin kita melihatnya maka ia boleh dizahirkan bila kita beryaqozoh. Dengan syarat jasad kita dan qarin jin kita memasuki Dimensi Yaqozoh. Jika kita tidak memasuki Dimensi Yaqozoh ia boleh berlaku di Alam Zahir. Begitu juga bila kita memasuki Dimensi Yaqozoh, di mana apa yang kita buat di Dimensi Yaqozoh penuh dengan perlambangan-perlambangan. Kita boleh melakukan apa sahaja dengan syarat ia mesti mematuhi hukum-hukum Dimensi Yaqozoh. Ada peraturannya. Jika kita melanggar peraturannya kita akan menanggung akibat.
3. Kita bukan setakat wajib memahami tentang jin dan malaikat tetapi ia multi disiplin. Oleh kerana Dimensi Yaqozoh adalah “duplikasi” kepada Alam Zahir (dengan sedikit kelainan) maka ia persis Alam Zahir. Jika kita tersalah langkah maka kita akan terjerat. Oleh itu kita harus bersifat siaga dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu. Kita juga hendaklah memahami ibarat-ibarat di Dimensi Yaqozoh. Ia ibarat kita bermimpi. Penuh dengan perlambangan-perlambangan. Sebagaimana kita bermimpi ketika tidur. Pentafsirannya ia adalah dengan apa ibarat-ibarat yang kita lihat. Jika kita memasuki Dimensi Yaqozoh maka segala tindak-tanduk adalah penuh makna dan ibarat. Ia mempunyai refleksi kepada apa yang berlaku di Alam Zahir.
4. Masa pula di Dimensi Yaqozoh adalah bersifat “rawak”. Walau kita melihatnya statik. Ia boleh pergi ke masa hadapan. Sekarang. Dan sebelumnya. Namun refleksi apa yang kita lihat adalah statik. Pada pendapat saya “Badar al-Qubro” adalah insan-insan yang berjaya memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jin. Namun memasuki Dimensi Yaqozoh ini tidak terhad kepada Badar al-Qubro tetapi apa situasi lain dengan syarat telah berjaya memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jin. Inilah apa yang saya lihat melalui pengalaman-pengalaman saya.
5. Mimpi ini tidak boleh diceritakan kepada sesiapa dengan sesuka hati melainkan kepada orang terpercaya sahaja. Sebagaimana firman Allah:
(وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ)(Tidaklah kami jadikan mimpi yang kami perlihatkan kepada kamu melainkan fitnah kepada manusia)[al-Isra’:60].
(لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا )(Jangan kamu ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu kerana mereka akan melakukan tipu-daya kepada kamu)[Yusuf:5]
6. Kita juga boleh menzahirkan benda-benda di Dimensi Yaqozoh ke dalam Alam Zahir. Namun ia harus secara “suka sama suka”. Jika tidak kita akan dihukum samada ketika kita di Dimensi Yaqozoh atau Dimensi Zahir. Oleh itu kita harus berhati-hati. Kita juga boleh menyelesaikan permasalahan kita di Dimensi Zahir dengan memasuki Dimensi Yaqozoh. Sebagaimana saya sebutkan ia penuh dengan ibarat-ibarat. Kita harus melakukan sulingan tentang apakah maksudnya apa yang berlaku di Dimensi Yaqozoh itu. Oleh itu kita harus bertindak di Alam Zahir apa yang kita lihat di Dimensi Yaqozoh.
7. Seterusnya, adalah tentang barang-barang yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh “kebanyakkannya” adalah berkhadam. Ia adalah sangat bernilai. Oleh itu ia penuh makna. Walau barang-barang yang kita lihat itu murah atau kecil. Ia adalah sarat dengan perlambangan. Saya sudah banyak bincang di lain-lain tempat tentang rahsia barang-barang berkhadam. Kita boleh menarik emas, duit dan lain-lain faedah dengan barang-barang berkhadam yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh. Makin lama barang kita dan khadam yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh adalah lagi bermakna. Kuat.
8. Seterusnya, penyamaran di Dimensi Yaqozoh adalah sangat tinggi. Syaitan hanya tidak dapat menyerupai Rasulullah ﷺ. Ini banyak disebut di dalam hadis-hadis. Selain dari Rasulullah ﷺ, syaitan dapat menyerupainya. Sebagaimana penyamaran jin-jin, ia mempunyai ‘5% errors’. Qarin jin orang yang bermimpi juga dapat difahami melalui tingkah lakunya. Ia bersifat 5% errors. Ia boleh jadi sesiapa sahaja siapa yang kita jumpa di Dimensi Yaqozoh. Kita harus melakukan sulingan dan tapisan. Seterusnya kita harus membaiki cara tindak kita jika kita memasuki lagi Dimensi Yaqozoh.
9. Akhbar Dimensi Yaqozoh adalah sangat bermakna. Ia boleh jadi memberitahu apa yang akan berlaku dan apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku. Ia mengandungi kod-kod. Kita harus bijak mentafsirkan makna-makna berita dalam akhbar Dimensi Yaqozoh. Oleh kerana masa itu bergerak secara rawak di Dimensi Yaqozoh maka begitulah tafsiran apa berita dalam akhbar yang kita perolehi di Dimensi Yaqozoh. Ia sangat berharga.
10. Kita harus berhati-hati dengan apa yang apa yang kita lakukan dan perolehi dari Dimensi Yaqozoh. Ia sangat sensitif. Kita harus menjaganya dengan baik. Kita tidak harus menceritakan kepada orang apa yang kita buat dan perolehi di Dimensi Yaqozoh. Ibarat pesan Ya’aqub kepada Yusuf agar tidak menceritakan apa yang dia lihat dalam tidur kerana syaitan akan melakukan rancangan bagi menggagalkannya. Namun kerana ia mimpi, maka ia tetap akan berlaku sejauh mana rancangan menggagalkannya.
سنن أبي داود أَوْلُ كِتَابِ الْأَدَبِ بَابٌ : مَا جَاءَ فِي الرُّؤْيَا
5023 (المجلد : 5 الصفحة : 179)
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي يُونُسُ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ – أَوْ : لَكَأَنَّمَا رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ – وَلَا يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي “.
حكم الحديث: صحيح
Sunan Abi Daud. Awal Kitab Adab. Bab: Apa yang didatangi di dalam mimpi. (Jilid: 5. Mukasurat: 179) 5023.
Diceritakan kepada kami Ahmad Bin Soleh, diceritakan kepada kami Abdullah Bin Wahab, berkata: Mengkhabarkan aku Yunus, dari Ibnu Syihab, berkata: Mengkhabarkan aku Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya Abu Hurairah berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa melihatku di dalam tidur maka dia akan melihatku di waktu jaga – atau: Seolah-oleh melihatku di dalam jaga – dan syaitan tidak dapat menyerupai ku. Hukum hadis: Sahih.
11. Maka orang yang melihat Rasulullah s.a.w. ketika tidur itu maka dia akan melihat Rasulullah ﷺ ketika jaga. Bagi maksud yang kedua “Seolah-oleh melihatku di dalam jaga” kerana Rasulullah ﷺ itu sendiri memasuki Dimensi Yaqozoh secara jasad dan qarin jinnya. Apa yang dilihat oleh orang bermimpi itu adalah melalui qarin jinnya.