Kesaling-Bergantungan Dalam Alaf Umat Satu

1. Alaf ini saya definisikan sebagai ‘Alaf Umat Satu’. Ledakan teknologi maklumat maka yang di Kutub Utara mengetahui ada orang di Kutub Selatan dan yang di Barat mengetahui ada orang di Timur. Walaupun dulu ada ekplorasi-ekplorasi bagi mengetahui keberadaan orang ini di dunia dibuat namun ia hanya terserlah di Zaman Maklumat. Sebagaimana ekplorasi-ekplorasi pengangkutan yang canggih dan efisien menyebabkan yang pertemuan-pertemuan antara kita menjadi semakin bermakna. Ini hanya menyebabkan Alaf Umat Satu menjadi lebih realiti.

2. Oleh kerana wujudnya pertemuan-pertemuan samada secara berdepan melalui pengangkutan atau teknologi maklumat maka hidup kita saling bergantung antara satu sama lain. Di dalam segenap bidang kita saling bergantung. Samada politik, ekonomi, social dan budaya. Bahkan ilmu. Ada ilmu yang dipunyai oleh mereka di Utara tapi tidak dimiliki oleh mereka yang berada di Selatan. Begitu juga dengan yang di Timur dan di Barat. Oleh itu ia menyatukan umat menjadikannya sebagai Umat yang satu. Ia tidak dapat dielak melainkan kita bersedia untuk bergerak ke belakang.

3. Dunia menjadi semakin unik dan melangkah ke depan dengan wujudnya kesaling-bergantungan ini. Ia menjadi dunia yang semakin mapan. Ia mewujudkan ikatan antara satu-samalain. Pertelingkahan secara bersenjata dapat dikurangkan kerana wujudnya kesaling-bergantungan ini. Saya adalah orang yang berfahaman bahawa tidak akan meletus Perang Dunia Ketiga dalam versi Alaf Umat Satu. Mustahil ia berlaku. Kejahatan pihak yang meletuskan Perang Dunia Ketiga akan diadili secara teknologi maklumat. Maka pihak yang mencetuskannya akan di titik-hitamkan dalam sejarah. Sejarah mereka ternoda oleh titik-hitam ini. Persenjataan-persenjataan adalah lebih kepada pertahanan.

4. Begitu juga dalam politik; politik perkauman akan diadili oleh teknologi maklumat. Melainkan sesebuah negara mempunyai definisi tertentu tentang bangsa seperti Malaysia yang mana menetapkan Bangsa Melayu adalah boleh disertai oleh sesiapa pun dengan syarat bersedia untuk beradat Melayu, bercakap Bahasa Melayu dan beragama Islam. Oleh itu tiada masalah bagi mereka yang berkulit hitam atau bermata sepet untuk menjadi Bangsa Melayu. Apa saja ras sebelum Melayu adalah boleh di Melayukan. Oleh itu tiada Malaysian Malaysia di bumi Malaysia.

5. Hubungan kita dengan sesama manusia lain tidak dapat dielak. Dari sudut ekonomi pula betapa barang-barang yang dijual di Barat dapat diimpot ke Timur dengan ketikan butang-butang kekunci gagang telefon dan maklumat akaun bank. Ada barang-barang yang tidak dijual di Barat tapi ada di Timur. Betapa ketegangan perang dagang antara Amerika dan China telah mengoyangkan sebahagian sektor ekonomi negara tertentu tetapi ada juga membuka peluang kepada negara tertentu seperti Malaysia lapor Free Malaysia Today pada 8/1/2019 dengan tajuk Azmin: Grab opportunities created by US-China trade war. Ada orang menangguk ikan di air yang keruh.

6. Dari aspek perundangan, ia akan menjadi lebih kompleks dalam Alaf Umat Satu; wujudnya jenayah siber yang merentas batas negara-negara dan ia akan menyebabkan kedaulatan satu negara dengan negara lain sukar untuk diselesaikan. Saya telah membincangkannya dalam Jenayah Siber 2.0 dalam pertemuan yang lepas. Satu-satu negara senang diserang secara siber dengan wujudnya www. Ia tanpa batas. Dengan satu ketik kekunci komputer maka satu-satu negara dapat dimasalahkan. Kesaling-bergantungan ini ada manfaatnya dan ada pihak yang mengambil peluang di sebalik kesaling-bergantungan ini. Bukan setakat masalah jenayah siber tetapi juga dalam sector ekonomi ia diambil manfaat. Kehilangan pihak lain adalah peluang kepada pihak lain.

7. Adalah tidak mustahil peranan Pertubuhan Bangsa-Bengsa Bersatu dan organ-organya menjadi lebih bermakna dalam menstrukturkan permasalahan dan peluang dalam kesaling-bergantungan ini. Paling mudah yang saya lihat adalah dalam menyelesaikan pertikaian undang-undang seperti International Court of Justice akan menjadi lebih penting dalam masa terdekat jika wujud permasalahan-permasalahan dalam kesaling-bergantungan ini dalam Alaf Umat Satu.

8. Dari sudut rohani, saya melihat bahawa dalam Alaf Umat Satu akan mendebatkan kerohanian mana yang lebih dikehendaki oleh Pencipta mereka. Ideologi-ideologi lapuk seperti ateisma hanya menjadi anutan individu bukan negara. Bahkan, sekarang ini, saya memerhatikan bahawa wujud blog-blog dan facebook groups yang bercambah membahaskan ideologi dan kerohanian mana yang paling tepat dan jitu. Facebooks group yang memberi peluang untuk dibincangkan di bahagian komen, bukan setakat memberi kebebasan bersuara bahkan kita mengetahui idea siapa yang bebal atau hak. Ini juga memudahkan proses ilmu itu untuk berkembang.

9. Kesimpulannya, Alaf Umat Satu akan mewujudkan suatu keadaan di mana dunia menjadi lebih kehadapan dalam setiap bidang dan sektor. Yakinlah, kita patut berbangga hidup di alaf ini. Alaf ini akan menyaksikan dunia tanpa sempadan dan umat akan menjadi lebih bahagia. Keseksaan lalu hanyalah tinggalan sejarah.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s