KEPENTINGAN MEMAHAMI HAKIKAT

Definisi

1. Hakikat itu saya definisikan apa sebenarnya yang tersembunyi di sebalik sesuatu. Ia adalah satu disiplin dalam memahami sesuatu secara abstrak. Ia adalah penggunaan otak kiri. Ia berdisiplin pelbagai dalam memahami “hakikat” sesuatu. Contohnya, kita melihat kerusi maka kita akan berfikir bahawa kerusi ini berasal dari kayu. Kayu pula berasal dari pokok boleh jadi jati atau merbau. Ia tumbuh di hutan. Itulah cara orang berhakikat berfikir. Mereka (orang berhakikat) berfikiran jauh.

Kaitan Syariat dan Hakikat

2. Saya telah bincang dengan panjang lebar dalam tulisan saya bertajuk “MENYELUSURI ILMU SYARIAT, TAREQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT DALAM KELOMPOK SUFI MELAYU”. Saya menulis “Hakikat ialah bermaksud apa itu yang tersembunyi di sebalik yang diharamkan syariat. Hakikat itu mempunyai takwil. Ada keindahan di antara berpegang kepada syariat dan melanggarnya. Ada maksud tersembunyi di sebalik perlanggaran syariat. Ia ibarat kisah Musa dengan Khidhir (Jibril) yang mengajar Musa ilmu hakikat. Orang awam ditegah menjalani disiplin hakikat jika mereka belum menempuh dan menguasai disiplin syariat dan tareqat. Perlaksanaan syariat juga adalah mesti menepati ruh hakikat. Jika syariat tidak menepati ruh hakikat maka ia bukanlah syariat yang berdasar al-Quran dan hadis. Penguasa-penguasa dan pelaksana-pelaksana syariat harus menguasai syariat, tareqat dan hakikat sebelum melaksanakan hukuman dalam syariat. Jiwa akan tenteram bila menguasai ilmu hakikat dan memahami apa yang terselindung di sebalik syariat. Kita lebih bijaksana di dalam bertindak dan memutuskan sesuatu apabila memahami dan menguasai hakikat.”

3. Pada saya, “hakikat” adalah diajar kepada mereka yang sudah matang. Mereka telah menguasai “syariat”. Orang yang berjaya adalah orang bersyariat dan berhakikat. Samada berangkai antara kedua ini atau berselang seli. Jika kita tak berhakikat maka kita akan menjadi sempit dalam tempurung syariat. Itulah maksud bahawa Islam itu luas. Umat Islam akan gagal jika mereka tidak berhakikat. 

Perdebatan Dalam Menghukum Bagi Hakim Dan Litigan

4. Ada satu “hadis” yang masyhur dikatakan berasal dari Rasulullah berbunyi «إنما نحكم بالظاهر والله يتولى السرائر» (Sesungguhnya kami berhukum dengan yang zahir, Allah lah yang mengetahui yang tersembunyi). Lihat: https://ar.islamway.net/fatwa/55721/حديث-نحكم-بالظاهر

5. Menurut kajian saya “hadis” ini merupakan “fekah Imam an-Nasaei”.  Beliau menulis “الْحُكْمُ بِالظَّاهِرِ”. Berhukum dengan yang zahir. Sedang lafaz hadis yang dirujuknya berbeza. Bahayanya bagi hakim atau litigan berhukum secara “zahir” dan mengenepikan “hakikat” adalah pertama hakim dan litigan adalah gagal dalam memahami maksud sebenar kes yang mereka berdepan. Kedua, tiada keadilan dalam menyelesaikan pertikaian. Ketiga, dimanakah fungsi seorang hakim dan litigan dalam kepentingan “memahami” (فَفَهَّمْنَاهَا)[al-Anbiya’:79] kes yang datang kepada mereka. 

6. SUNAN AN-NASAEI

كِتَابُ آدَابِ الْقُضَاةِ  الْحُكْمُ بِالظَّاهِرِ

5401 (المجلد : 8 الصفحة : 233)

أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَحْيَى ، قَالَ : حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي أَبِي ، عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” إِنَّكُمْ تَخْتَصِمُونَ إِلَيَّ، وَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ، وَلَعَلَّ بَعْضَكُمْ أَلْحَنُ بِحُجَّتِهِ مِنْ بَعْضٍ، فَمَنْ قَضَيْتُ لَهُ مِنْ حَقِّ أَخِيهِ شَيْئًا فَلَا يَأْخُذْهُ ؛ فَإِنَّمَا أَقْطَعُهُ بِهِ قِطْعَةً مِنَ النَّارِ “.

حكم الحديث: صحيح

Kitab Adab Penghakiman : Berhukum Dengan Yang Zahir

Dari Ummu Salamah, Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu bertelingkah kepadaku, sesungguhnya aku seorang manusia, boleh jadi sebahagian kamu lebih bagus hujah dari yang lain, maka sesiapa aku beri penghakiman berpihak padanya dalam mengambil hak saudaranya, maka usah diambil; sesungguhnya aku telah memberi satu bahagian dari api neraka.” 

Hukum hadis: Sahih

7. Jika diselidik kata-kata ini maka kita akan dapati bahawa orang yang menang kes itu kerana hujah mereka kuat. Saya sebagai peguam telah melalui bermacam-macam kes dan pengalaman. Ada orang mencari jalan belakang untuk memenangkan kes mereka. Tidak dinafikan ada yang mencari kebenaran dan keadilan. 

Hakikat Diri

8. Berhakikat dalam sistem keadilan bukan setakat memahami maksud sebenar kes. Tetapi juga mengetahui “Hakikat Diri”. Hakikat Diri ini bukan setakat dalam sistem keadilan tetapi juga dalam kesufian. Iaitu kita mengetahui Hakikat Diri itu malaikat kah, jin kah atau manusia? Jika dia malaikat maka apa tugas mereka dan apa nama mereka. Jika jin, ifritkah, khadamkah dan apa nama mereka dan dari puak mana? Jika manusia maka bangsa mana dan asal usulnya. Dengan kita mengetahui Hakikat Diri maka senang untuk kita berurus dengan seseorang. Al-Qur’an dalam banyak ayat mengajar kita dalam memahami “Hakikat Diri”.

Penutup

9. Seperti yang saya sebut bahawa “hakikat” mengundang kita mengguna semaksima mungkin otak kiri dan sertaan disiplin ilmu pelbagai. Namun, berzahir yang menggunakan logik akal kanan jangan ditinggalkan. Ia harus berselang-seli. Kita bukan setakat menggunakannya dalam sistem kehakiman tapi perniagaan, pelajaran, kekeluargaan dalam berbagai bidang lagi. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s