BAB: PADA MENGELAK RASUKAN JIN
1. Jin boleh merasuk tubuh seseorang. Cara mereka rasuk ini adalah dengan mereka menjadi halimunan (ghaib) dan masuk dalam tubuh seseorang.
2. Perkara ini ditegaskan oleh al-Quran dan hadis. Di dalam al-Quran disebut at-Takhabbut (التَخَبُّطُ):
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [al-Baqarah:275]
3. Begitu juga dalam hadis. Digambarkan bahawa syaitan itu bergerak melalui saluran darah:
صحيح البخاري أَبْوابٌ : الِاعْتِكَافُ بَابُ زِيَارَةِ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا فِي اعْتِكَافِهِ.
2038 (المجلد : 3 الصفحة : 50)
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنِي اللَّيْثُ ، قَالَ : حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ خَالِدٍ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّ صَفِيَّةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ ح حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ وَعِنْدَهُ أَزْوَاجُهُ فَرُحْنَ، فَقَالَ لِصَفِيَّةَ بِنْتِ حُيَيٍّ : ” لَا تَعْجَلِي حَتَّى أَنْصَرِفَ مَعَكِ “. وَكَانَ بَيْتُهَا فِي دَارِ أُسَامَةَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَهَا، فَلَقِيَهُ رَجُلَانِ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَنَظَرَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ أَجَازَا، وَقَالَ لَهُمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” تَعَالَيَا، إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ ” قَالَا : سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ : ” إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الْإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ، وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يُلْقِيَ فِي أَنْفُسِكُمَا شَيْئًا “
Sahih Bukhari Bab-Bab: Iktikaf Bab: Menziarahi Perempuan Ketika Lelakinya Sedang Iktikaf
Menceritakan kepada kami Sa’id Bin Ufair, berkata: Menceritakan kepadaku al-Lais, berkata: Menceritakan kepadaku Abdul Rahman Bin Khalid, dari Ibnu Syihab, dari Ali Bin al-Husein r.a., sesungguhnya Sofiyyah isteri Rasulullah ﷺ menceritakan kepada Hisyam Bin Yusuf, menceritakan kepada kami oleh Mu’ammar, dari az-Zuhri, dari Ali bin al-Husein: Adalah Rasulullah ﷺ di masjid. Di sisinya isteri-isterinya. Maka kami berehat. Maka berkata kepada Sofiyyah Binti Huyaiyi : Jangan tinggalkan daku hingga kita beredar bersama. Dan adalah rumahnya di Dar Usamah. Maka keluar Rasulullah ﷺ bersamanya, maka berjumpa dengan dua orang lelaki dari al-Ansar, maka keduanya melihat Rasulullah dan keduanya dibenarkan, maka berkata Rasulullah ﷺ kepada keduanya: Datanglah! Sesungguh dia adalah Sofiyyah Binti Huyaiyi. Keduanya berkata: Maha Suci Allah Wahai Rasulullah ﷺ. Berkata: “Sesungguhnya syaitan bergerak di dalam tubuh insan di saluran darah, sesungguhnya aku bimbang apa-apa terjadi kepada kamu.”
4. Sebagaimana qarin jin seseorang yang menghuni dalam tubuh seseorang maka jin luar boleh memasuki tubuh seseorang jika qarin jinnya lemah. Syaitan yang dirujuk oleh Rasulullah ﷺ itu mungkin qarin jin seseorang yang belum Islam atau jin luar yang berniat jahat.
5. Hukum jin luar memasuki tubuh seseorang adalah HARAM. Mengapakah jin luar ingin memasuki tubuh seseorang? Inilah yang dikatakan sebagai RASUKAN. Sebagaimana orang yang memakan riba, pemakan itu dirasuk oleh qarin jin seseorang yang diambil riba atau keluarganya dan boleh jadi juga jin-jin yang bersama mangsa yang diambil riba. Riba itu melemahkan tubuh pemakan riba kerana tiada keberkatan.
6. Qarin jin seseorang merupakan tenaga dalamnya; yangmana suatu benteng dari jin luar memasukinya. Apabila lemah qarin jin seseorang maka jin luar akan memasuki tubuh seseorang untuk merasuknya. Ada zikir-zikir yang boleh menjadi benteng dari jin luar memasuki tubuh seseorang. Di antaranya membaca al-Quran, solat, puasa dan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah ﷺ.
7. Rasukan juga boleh terjadi bila seseorang melakukan perkara yang salah pada hukum-hakam dan Alam Jin contohnya membunuh jin dalam keadaan tidak disedari samada jin itu merupa binatang.
8. Tetapi jin yang merasuk itu mempunyai titik lemahnya iaitu ketika dia bertasyakkul (mengambil rupa) maka ia boleh dihukum secara zahir. Sudah semesti bila berdosa melakukan rasukan terhadap seseorang maka dia akan menerima akibat dan padahnya; paling lewat diakhirat. Karma juga boleh terjadi di dunia. Jin yang merasuk perlu untuk bertasyakkul kerana mereka juga mempunyai keperluan-keperluan untuk tasyakkul seperti makan, bersosial, bekerja dll.
9. Saya menentang ajaran menyakitkan jin ketika dia merasuk seseorang dengan memukul tubuh orang itu. Ini kerana jin luar yang merasuk itu boleh ghaib dan menyelinap di dalam saluran darah seseorang. Maka yang menerima kesakitan akibat dipukul itu ialah orang yang kena rasuk.
10. Jin juga alah kepada wafaq al-Quran. Ia mewujudkan tenaga ghaib yang melingkungi seseorang. Ada disiplin untuk memahami wafaq. Saya dalam perbincangan lepas membicarakan bagaimana wafaq berfungsi. Wafaq ini boleh dijadikan sebagai satu cara untuk mencegah jin luar dari merasuk tubuh seseorang.
11. Begitu juga ada pokok-pokok dan bahan-bahan tertentu yang jin alah kepadanya seperti pokok bidara dan garam.
12. Oleh kerana adalah haram bagi jin luar memasuki tubuh seseorang maka seseorang itu hendaklah membentengi dirinya sendiri. Qarin jinnya harus diperkuatkan dengan amalan-amalan soleh yang saya telah sebutkan serta penggunaan wafaq dan bahan-bahan tertentu.
13. Kita harus sedar bila kita dirasuk, kita mungkin membuat perkara-perkara yang bukan setakat berdosa tapi juga membahayakan kita seperti membunuh diri, fitnah, mengasari seseorang yang boleh menyusahkan diri kita.
14. Itulah pentingnya (حَبْلٌ مِنَ الله) (hablum minaLlah). Hubungan kita dengan Allah. Juga (حَبْلٌ مِنَ النَاسِ)(hablum minanNas). Hubungan kita dengan manusia. Hubungan kita dengan Allah adalah dengan melakukan amalan-amalan soleh. Manakala hubungan kita dengan manusia adalah jangan menzalimi seseorang. Kita harus sedar bahawa bukan manusia sahaja yang hidup di dunia ini tapi adanya jin dan bunian.