Pasir Emas

BAB 2: NIAGA EMAS (SIRI 2) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1] 

Leha amat bergembira bila mendengar khabar Nizam mahu berniaga. Dia amat percaya jika lakinya dapat mengubat dirinya sendiri yang disantau, maka lakinya juga mampu bangkit kembali. Dia, pada asalnya, mahu bercuti di Pantai Remis dalam 5 hari. Namun dia telah memendekkan kepada 3 hari. Dia pun kesian juga tinggal Nizam dalam keadaan tak berduit. “Makan apa laki aku ni, 3 hari” dalam benaknya.

“Kenapa nak balik cepat sangat Kak Long?”, tanya Sudin adiknya.

“Akak ada hal penting dengan Nizam.”

“Apa halnya?” tanya balik adik bongsunya yang belum mendapat cahaya mata.

Leha segan nak beritahu kepada Sudin tentang rancangannya untuk niaga emas kerana dia bimbang Nizam gagal lagi.

“Akak nak balik tengok rumah yang dah 3 hari tinggalkan.”

“Lagi pun Kak Teh kekurangan pembantu kedai sekarang. Si Ramlah tu balik kampung ada kenduri adiknya”, sambung Leha.

………………………………………..

Perjalanan dari Pantai Remis ke Lembah Klang mengambil masa 3 hingga 4 jam sejauh 180 KM dengan kereta Proton Wira 1.5GLnya. Kereta ini Leha beli di syarikat kereta terpakai dengan harga RM4,500. Pada awalnya meragam. Leha minta mekanik berhampiran rumahnya untuk baiki alhamdulillah sekarang enjinnya tahan lasak walau berjalan jauh. Mekanik pesan jaga minyak injin, timing belt dan minyak gear. Servis bila dah sampai masa. Kereta ini dia beli hasil berkerja sebagai pembantu warung kedai makan Kak Teh. Kak Teh tinggal di satu flat dengannya. Dia agak cemas juga bila perniagaan Nizam merudum dan dia sakit-sakit. Leha bertekad tak akan guna duit RM200,000 bahagian pusakanya. Dia mahu guna untuk bila dalam keadaan terdesak dan boleh menggandakan wang asasnya. Dia bimbang jika wang ini hangus maka mereka tiada sumber lagi untuk mendapat wang sebegitu besar.

Dolah pandu kereta dengan tenang. Kereta di lebuhraya PLUS tak begitu sesak kerana sekarang bukan musim cuti.

“Abang, kami dalam 30 minit lagi sampailah.” beritahu Leha selepas missed call 2 kali.

“Kenapa tak angkat call tadi.” tanya Leha bimbang apa-apa terjadi kepada suaminya.

“Abang tertidur.” jawab Nizam.

Tepat jam 12 tengah hari mereka sudah sampai ke Batu Caves.

………………………………………..

“Nah bang! Durian orang kampung kirim”. Sambil Leha ambil guni berisi 5 biji durian dari tangan Kadir.

“Abang nak beli emas terpakai lah, sayang.” Di dalam kepala Nizam segala-galanya emas. Bahkan fikirannya sekarang adalah apa yang disentuhnya menjadi emas.

“Kalau yer pun sabar lah dulu. Kami penat ni”. Getus Leha.

“Abang makan dulu durian yang orang kampung bagi ni.” Sambung Leha. “Warnanya pun macam emas kan bang?” perli Leha. Nizam hanya mampu senyum bagai kerang busuk. “Ah! Dah terkena.” Telah Nizam.

Leha goreng ikan pekasam Pantai Remis. Dia singgah beli di gerai berhampiran rumah Sudin dalam perjalanan balik ke Batu Caves. Lauk lain dia beli di RnR yang sudah siap dimasak. Ikan sungai masak tempoyak pun ada. Dia hanya panaskan sahaja.

Petang itu mereka makan bersama. Nizam makan dengan lahap sekali macam orang kebulur. Dia gemar makan masakan Leha dan dia sendiri malas masak walau ada daging impot dalam peti sejuk yang ditinggalkan Leha. Leha disukai oleh Kak Teh kerana pandai masak. Leha menjiwai selera Melayu asli. Kak Teh sangat bimbang jika Leha berhenti kerja dengannya. Sejak Leha berkerja dengannya perniagaan dia semakin maju.

“Bang, malam ni kita bincang apa yang abang beritahu saya.” ujar Leha bila lihat Nizam tersandar kekenyangan.

“Ayah mesti buat due diligent dulu sebelum ceburi apa yang ayah nak buat.” sambung anaknya Kadir. Kadir ada ambil paper tentang pengurusan perniagaan semasa di universiti. Nizam menjadi bersemangat apabila anaknya dan isterinya memberi perhatian kepada hasrat hatinya untuk niaga emas.

“Paling penting, ayah mesti tahu apa yang ayah nak buat.” tambah Dolah.

“Yer lah! Tak sia-siakan ayah hantar kamu berdua ke universiti.” balas Nizam. Dia cuba selindung perasaan gembira dalam hatinya. Ditinggalkan seorang selama 3 hari membuatkan tekanan yang terkata kepada dirinya. Dia bukan setakat tiada siapa untuk bicara namun juga dihimpit masalah kewangan. Leha lah yang membantunya apabila dia dapat masalah. Tanpa Leha hidupnya amat merumitkan.

Leha pula, dia bukan setakat sanjung semangat juang lakinya tetapi itulah insan yang dia sangat sayang selepas kedua ibu-bapanya meninggal. Dia tahu lakinya amat menyayanginya. Ini terbukti ketika Nizam tengah terkenal waktu menjadi perawat; ada juga pesakitnya yang datang dari Pahang dan merata tempat dan negeri. Dia tak endahkan godaan pesakitnya. Pernah Nizam rawat artis wanita terkenal tanah air. Sembuh. Nama Nizam makin terkenal. Selepas dilambung tinggi Nizam terjatuh sebawah-bawahnya. Perit.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s