BAB 2: NIAGA EMAS (SIRI 3) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1]
Nizam yang mempunyai pengetahuan tentang Islam selalu ditolak ke depan untuk jadi imam di surau flat. Dia amat meminati ayat-ayat al-Quran tentang mistik dan ghaib. Malam ini Nizam membaca potongan Surah al-Baqarah selepas al-Fatihah bagi solat Maghrib. Usai solat dia bersembang dengan jemaah surau. Pak Mail yang menyewa di tingkat 4 flat bertanya hal Nizam tentang masalah anak perempuannya yang terkena gangguan histeria di sekolah.
“Apa harus dibuat terhadap anak aku ni, Nizam?”
“Minta air penawar dengan mana-mana perawat. Saya dah lama pencen merawat.”, balas Nizam.
“Awak jangan mengalah bila dah sakit terus berhenti merawat.”, desak Pak Mail.
“Saya ingin buat benda lain lah Pak Mail”, jawab Nizam.
Nizam tahu Leha mesti tidak suka jika menjadi perawat semula. Oleh itu dia mesti berhati-hati dengan kawannya ini yang dia kenal bila mereka sekeluarga pindah ke flat.
“Boleh awak rekemen saper-saper yang boleh bantu anak aku ni?” Pak Mail tahu, Nizam mempunyai kenalan dan jaringan perawat Islam. Dia dapat tahu bahawa ada perawat-perawat yang rujuk kes kepada Nizam jika mereka tidak dapat merawat. Nama Nizam agak tersohor dulu. Dia tahu hal Nizam sakit-sakit. Dia kesian juga dengan Nizam. Dia tak mahu tanya berkenaan hal kerja Nizam. Dia ingin jaga perasaan kawan suraunya ini yang sudah lama menganggur.
“Cuba rujuk Darussyifa’ di Bangi.” Jawab Nizam ringkas.
Pak Mail tahu Nizam bukan orang sembarangan. Sakitnya sendiri dia dapat ubat. Namun Nizam telah berputus asa dengan rawatan Islam.
“Baik. Nanti aku cari di Bangi.” Balas Pak Mail.
………………………………………
Selepas solat Isya’, Nizam sekeluarga menikmati masakan ikan patin masak gulai tempoyak. Leha lebihkan gula dan tempoyak. Bukan setakat rasa kuahnya lemak tetapi juga manis-manis sedang. Leha juga masak rendang tok daging impot yang ada dalam peti sejuk. Dia tahu Nizam menggemari masakan Perak asli. Kedua-dua orang tua Nizam berasal dari Perak juga. Tetapi mereka berpindah ke Pontian selepas ayahnya ditugaskan sebagai guru di sana.
Sesudah makan mereka berehat di ruang tamu. Dolah dan Kadir asyik bermain hanset. Nizam tak tahu samada dia atau Leha yang harus membuka cerita pasal niaga emas. Jika dia buka cerita ini terlebih dahulu dia bimbang ditegur oleh isterinya. Isterinya sedang melipat pakaian-pakaian.
“Abang dapat idea dari mana nak niaga emas terpakai?” Leha membuka bicara.
Sejuk hati Nizam selepas mendengar pembuka bicara isterinya.
“Abang baca blog dan facebook.”
“Abang tahu tak Kak Timah di tingkat 3 rumah kita tu kena scam dengan peniaga yang dia kenal online.”
“Abang tahu.” jawab Nizam. Dia sendiri faham perkara-perkara seperti ini. Perniagaan online belum matang lagi di Malaysia. Entah berapa juta pengguna online dan berapa yang telah menjadi mangsa scammers.
“Biar polis sahaja ambil tidakan terhadap scammers.”
“Abang bukan nak niaga online tapi busines fizikal.” Nizam mula membuka cerita tentang hasrat hatinya yang meluap-luap.
“Abang beli emas secara fizikal dari orang yang nak jual emas terpakai.” Tambah Nizam.
“Ada juga orang yang tak dapat tebus emas yang mereka gadai kat kedai pajak.”
“Abang tak lihat ke banyak iklan ditampal di jalan-jalan raya tentang beli emas ini?” Leha cuba memahami stategi niaga emas lakinya.
“Abang tak akan buat iklan di tempat-tempat itu.” Balas Nizam.
“Abang iklan online di facebook.” Nizam mula membuka rahsia niaganya secara iklan online. “Orang-orang yang berhajat itu akan cari abang. Abang hanya target di Batu Caves sahaja.”
Nizam tak mahu menyatakan modal pusingan yang diperlukannya kepada Leha. Dia mahu melihat sejauh mana Leha sendiri berminat untuk membantunya.
“Abang nak beli emas terpakai tu macam mana kalau tak ada modal?” Tanya Leha. Nizam sendiri tak tahu dari mana sumber modal yang dia hendak dapat. Setakat dia tahu Leha juga tiada duit.
“Abang cuba pinjam dari kawan-kawan flat kita.”
“Kalau busines abang gagal lagi, abang tak malu ke dengan orang flat kita?”
“Abang tahu. Tapi takkan abang nak menganggur lama-lama. Dah 3 tahun.”
“Abang perlu cuba.” Jawab Nizam penuh yakin.
“Berapa modal yang abang perlu?” Tanya Leha. Soalan ini telah membuatkan hati Nizam sedikit gembira. Paling kurang mungkin duit itu dari duit gaji Leha kerja sebagai pembantu warung Kak Teh.
“Dalam 40 ribu juga.”
“Wah! Banyak tu bang.”
“Beginilah bang. Di samping saya balik kampung semalam, saya juga ada usahasama dengan adik-adik pelihara lembu.” Tambah Leha bagi menghiburkan hati suaminya. Hal ini Nizam tak tahu. Sudah 3 tahun dia tak balik kampung Leha. Asyik Leha jer yang jamu dia nasi. Malu dia kepada keluarga Leha.
“Abang beri masa pada Leha adik-beradik jual lembu-lembu yang dah besar.”
“Lagi pun sekarang dah hampir musim raya.”
“Baiklah. Asal dapat keluar dari masalah saya sudahlah.”
“Saya janji akan pastikan ianya berjaya.”
………………………………………………
Malam itu Nizam tak bersuluk lagi. Fikirannya dihantui oleh projek emas yang dia hendak laksanakan. Dia amat gembira bila Leha mahu tolong bagi modal pusingan.
“Aku tak harus gagal lagi!”