Pasir Emas

BAB 5: NIAGA EMAS (SIRI 4) [Klik di sini untuk BAB 1: SIRI 1]

Bulan puasa sudah makin hampir. Leha tahu bila cuti raya maka akan banyak kenduri-kenduri kahwin. Lembu pawahnya dengan Sudin akan menjadi laris bagi korban untuk kenduri-kenduri kawin. Dalam RM3,000 hingga RM5,000 seekor bergantung berat. Dia ada dalam 20 ekor lembu. Ada masih anak-anak. Ada yang telah matang. Baka lembunya dari Australia. Dia dapat dari Jabatan Pertanian.

Dia cadang untuk guna RM30,000 dari duit simpanannya dan baki lagi dari duit jual lembu untuk biaya modal Nizam niaga emas.

Dia perlu tahu lebih lanjut tentang rancangan Nizam untuk niaga emas. Dia bimbang suaminya gagal lagi. Apa yang dia paling bimbang adalah persaingan dan cadangan pelan pemasaran Nizam.

Dia bukan tak tahu di tepi-tepi jalan raya dan di tiang-tiang jejambat penuh iklan membeli emas terpakai. Dia agak di balik iklan-iklan itu ramai peniaga-peniaga emas terpakai. Apa yang paling menakutkan lagi baginya Nizam tak ada pengalaman dalam membeli emas terpakai.

“Dia tahu ker beza emas dengan tembaga?”, fikir Leha.

Dia tahu lakinya seorang yang teliti dan berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu. Dia juga ramai kawan dan jaringan ketika aktif merawat secara rawatan Islam. Kadang-kadang lakinya ini kuat berahsia tentang sesuatu. Seolah-olah dia tahu apa yang dia akan buat. Dia tahu tapi tak mahu kongsikan dengan orang lain.

…………………………………………………..

Semasa Leha di kampung, Nizam ada hubungi kawan lamanya Ustaz Sulaiman berkenaan pandangannya tentang hasrat dia untuk bangkit lagi dalam meniaga.

Assalamu’alaikum! Man. Awak apa Khabar? Saya Nizam ni.”

“Baik.” Jawab Sulaiman. “Lama tak dengar suara awak.” Sulaiman lagi lama berkecimpung dalam rawatan Islam berbanding dengan Nizam.

“Saya macam yang beritahu dulu lah.”

“Bagaimana sekarang?”

“Baik.”

“Apa hal Nizam, hubungi saya pagi-pagi ni?”

“Begini Man, saya ada pelan untuk berniaga emas.”

“Macam mana tu?” Sulaiman adalah kawan rapat Nizam. Dia tahu hal Nizam sakit-sakit dan buat keputusan untuk berhenti menjadi perawat. Jadi dia hanya mahu tolong beri pandangannya bagi membantu sahabatnya ini yang dalam kesusahan.

“Beli emas terpakai.” Terang Nizam.

“Oh, dah ramai yang buat busines ni Nizam.”

“Ya.” Nizam setuju. Apa yang dia fikir ialah tentang harga emas semakin naik berbanding komoditi-komoditi lain. Maka dia boleh ambil beza harga sebagai untung. Dia yakin busines ini tak akan jatuh selagi harga emas naik dan emas ada bekalan dalam pasaran.

“Begini Nizam, jika awak serius nak niaga emas, saya ada seorang kenalan di Shah Alam yang tahu buat perkara-perkara seperti ini. Nanti saya WhatsApp nombor dia”.

………………………………………………………….

Dari Batu Caves ke Shah Alam mengambil masa 40 minit melalui NKVE. Nizam telah hubungi Adnan meminta izin darinya untuk menasihati tentang perniagaan emas terpakai.

“Saya kawan Ustaz Sulaiman di Klang. Perawat Islam”

“Boleh kita jumpa? Saya nak tahu berkenaan perniagaan emas terpakai.”

“Oh, Ustaz Sulaiman.” Adnan bila disebut nama Ustaz Sulaiman terus mesra. Pada awalnya dia menyangka orang nak jual emas. Dia amat teliti dalam membeli emas. Ustaz Sulaiman pernah memagar premis perniagaannya di Seksyen 9 di Shah Alam. Alhamdulillah, sekarang agak ‘sejuk.’ Dulu pekerja-pekerjanya asyik gaduh.” PERNIAGAAN EMAS ADNAN. Itulah nama syarikatnya yang didaftar dengan SSM.

Dia sekarang boleh dikira sebagai jutawan. Sebulan dia membeli emas terpakai dan surat pajak dalam lingkungan RM500,000. Ada satu lagi cawangan perniagaanya di Klang.

Dia dulu hanya kuli kepada peniaga lain. Selepas pemilik perniagaan emas itu bergaduh dengan pekongsinya, dia telah membeli syarikat perniagaan emas terdahulu dan menukar nama kepada PERNIAGAAN EMAS ADNAN.

Dia mempunyai 6 orang pekerja. 4 di Shah Alam dan 2 di Klang. Di Shah Alam dia menyewa di tingkat 2 dan di Klang dia menyewa di tingkat 1.

Adnan yang berasal dari Kelantan amat meminati emas. Dia tak lulus tinggi dalam pelajaran. Dia ketika merantau di Lembah Klang, tiada pilihan melainkan bekerja sebagai kuli dengan syarikat emas yang dia beli. Ketika itu dia tiada pekerjaan. Dia kenal bos itu melalui rakannya seorang ‘mat ganu’.

…………………………………………………………..

Terpampang besar PERNIAGAAN EMAS ADNAN di Seksyen 9. Ia membuat semangat Nizam berkobar-kobar untuk menjadi peniaga emas.

Dia lihat beberapa orang lelaki di bawah premis itu duduk atas kerusi. Ada yang menegur beberapa orang yang lalu-lalang di depan kedai pajak.

“Oh, begini niaga emas terpakai sebenar.”, Nizam rasa apa yang dia baca dalam blog dan facebook tak sama dengan apa yang berlaku di dunia sebenar.

“Dik, boleh saya jumpa Adnan?” tegur Nizam kepada lelaki dewasa atas kerusi itu yang sambil memegang kad-kad perniagaan. Nizam malas untuk hubungi sekali lagi Adnan bimbang seolah-olah mendesak. Sedangkan dia baru kenal Adnan secara telefon sahaja.

“Dia keluar makan sekejap.”

“Oh, ya juga waktu makan tengah hari sekarang”.

“Tak per nanti saya hubungi dia.”

“Terima kasih dik.”

Nizam harap bila dia bersua dengan dia akan menimba selombong ilmu emas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s