1. Jika merujuk kepada tajuk di atas, kedudukan undang-undang di Malaysia masih belum matang dalam hal ini. Saya cuba mencari kes-kes undang bagi menjawab kedudukan ini tetapi tiada kes yang menjawab secara jelas. Bahkan tiada undang-undang yang menjawab secara khusus.
2. Saya merujuk kepada Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 di mana disebut:
Section 74
(1) When a contract has been broken, the party who suffers by the breach is entitled to receive, from the party who has broken the contract, compensation for any loss or damage caused by him thereby, which naturally arose in the usual course of things from the breach, or which the parties knew, when they made the contract, to be likely to result from the breach.
3. Walaupun tiada dinyatakan dalam Akta ini di bahagian ILLUSTRATIONS namun difahami bahawa any….damage boleh mengambarkan bahawa ia termasuk gantirugi am (general damages) yang merupakan gantirugi bagi tekanan perasaan dan sakit psikiatri akibat pecah kontrak.
4. Walaupun hanya tort-feasor (pelaku tort) yang berhak kepada ‘damage is suffered‘ (Seksyen 10(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) jika pecah kontrak pun dengan Mahkamah mengembangkan dan memberi huraian kepada Seksyen 74(1) Akta Kontrak 1950 kepada any…damage maka awad bagi gantirugi am bagi tekanan perasaan dan sakit psikiatri akibat pecah kontrak boleh diterima.
5. Di dalam Black’s Law Dictionary perkataan “damage” dihuraikan sebagai ‘money claimed by, or ordered to be paid to, a person as compensation for loss or injury.’
6. Perkataan “any” dalam Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 adalah sangat luas. Ia bukan terhad kepada tort-feasor (pelaku tort) sahaja. Ia boleh merangkumi bagi pecah kontrak juga. Tambahan lagi Seksyen 74 itu adalah satu peruntukan dalam Akta Kontrak 1950. Ini bermakna bagi tekanan perasaan dan sakit psikiatri akibat pecah kontrak, pihak yang dilakukan pecah kontrak ke atasnya boleh memohon dari Mahkamah bagi gantirugi am ini.
7. Di dala The Law of Contract, Prof Michael Furmston & Ors, 4th Edition, LexisNexis penulis-penulis bijaksana memetik kes O’Carroll v Ryanair (2009) SCLR 125 menegaskan ‘In an action for breach of contract, damages are recoverable from mental distress caused by physical inconvenience. An example would be the award of damages for a passenger’s stress and inconvenience after an airline ‘lost’ their baggage. Such a claim is based upon the right of the victim of a breach of a contract to be restored to the position he was before the breach occurred. This is an award of reliance measure damages which is dealt with below. However it also merits mention here where other avenues to the recovery of damages for mental distress has been considered.’ Kes ini harus dikembangkan lagi samada merangkumi sakit psikiatri akibat pecah kontrak.
8. Di dalam Synopsis Of Psychiatry 10th Edition Kaplan & Saddock’s, penulis-penulis bijaksana berujar bahawa ‘the chief complaint, in the patient’s own words, states why he or she has come or been brought in for help.’ Ini bermakna bagi seorang psikiatri mengetahui bahawa pesakitnya (dalam tulisan ini pesakit akibat pecah kontrak) mengalami kesakitan psikiatri akibat pecah kontrak secara dari mulut pesakitnya sendiri. Kalau pecah kontrak, maka ia berpunca dari pecah kontrak.
9. Oleh itu pihak Defendan boleh merujuk Plaintif kepada pakar psikiatri mereka bagi mengesahkan laporan perubatan psikiatri Plaintif samada wujud percanggahan dan samada ia benar.
10. Oleh itu jika Plaintif mengalami tekanan perasaan dan sakit psikiatri akibat pecah kontrak maka Plaintif dipampas sewajarnya bagi gantirugi am ini.