ADAKAH KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA DI PENGHUJUNG USIA?

[L]iberalism as a coherent doctrine was not born willingly. It was certainly never a project of the church. Indeed, as a political theory it developed against the fierce resistance of the Catholic and even, for a long time, most Protestant churches. Its emergence was the result of a ‘civil war’ in early modern Europe, a war in which ‘liberal’ moral intuitions generated by Christianity were increasingly turned against attempts to ‘enforce’ belief. ~ Sir Larry Siedentop, Inventing The Individual: The Origins of Western Liberalism.

1. Setakat artikel ini ditulis; penulis perhatikan bahawa (1) Kuasa Istana dan raja-raja Melayu dipertikaikan (2) Ketuanan Melayu semakin terhakis (3) Kebebasan dan hak agama selain Islam semakin mendapat tempat; kalau tidak pun disuarakan agar diberi tempat istimewa.

2. Kesemua yang disebut di atas, pada asalnya, sudah termaktub sebagai kontrak sosial yang dihitam-putihkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Manakala kuasa Istana dan raja-raja Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan negeri masing-masing. Kesemua ini diserang dari segenap penjuru dalam media tempur maya. Kita tidak tahu pihak yang menyerang itu; kenapa begitu berani. Sedangkan sebelum ini tiada pihak yang berani melainkan ketika BN-Umno suatu ketika dahulu meraih 2/3 majoriti Parlimen. Dalam keadaan kedudukan penguasaan politik sekarang tiada pihak yang mempunyai 2/3 majoriti Parlimen. Atas alasan apa kontrak sosial ini dipertikaikan? Adakah bagi pihak yang menyerang itu mereka mempunyai momentum selepas serangan dibuat? Jika ada, apakah penghujungnya? Maka dari di sini kita membuat persoalan; Adakah Kontrak Sosial Di Malaysia Di Penghujung Usia?

3. Dengan memerhati perkembangan setakat artikel ini ditulis; seolah-olah politik Malaysia Baharu menuju kepada ‘liberalism’. Beza dengan ‘liberalism’ di Barat ialah mereka bertarung dengan kuasa Gereja. Di Malaysia ia bertarung dengan kuasa Istana. Walhal, Larry Siedentop itu sendiri menggunakan gelaran ‘Sir’ yang diberi oleh Istana Buckingham. Di Malaysia, walau pun ‘Tun’ itu diberi oleh Istana Negara, namun ‘Bendahara’ moden lebih kepada mempersoalkan batas-batas ‘monarki berperlembagaan’ dalam Malaysia Baharu.

4. Jikalah ini (serangan) menjurus kepada berakhirnya hayat ‘kontrak sosial’ yang telah lama dipersetujui di Malaysia, maka apa yang bakal mengganti? Malaysia Baharu yang menganut ‘persamaan’ tanpa ‘kelebihan warisan’? Persamaan bukan setakat pada ras namun juga fahaman dan jantina. Satu persoalan di sini adakah ia lebih kepada masalah persengketaan individu bukan politik? Atau ia persengketaan individu namun terheret kepada persengketaan politik?

5. Kontrak sosial di Malaysia hanya dapat ditamatkan dengan 2/3 majoriti Parlimen. Itu yang penulis pelik. Bagi meminda kontrak sosial yang ada ia perlu kepada 2/3 majoriti Parlimen. Adakah persamaan ras, fahaman, jantina dan lain-lain menjadi igauan politikus Malaysia Baharu yang ‘merajai’ kerusi empuk Putrajaya? Maka secara tidak sengaja mereka sudah menganut ‘fahaman’ liberalism. Saya telah mengulas bahawa dalam banyak keadaan tiada ‘persamaan’ antara kita. Lihat antara warganegara dan bukan warganegara. Ada penafian hak ke atas bukan warganegara berbanding hak-hak warganegara dalam negara. Akan setiap masa tiada persamaan antara kita.

6. Leberalism adalah anak yang dilahirkan hasil pertarungan antara kuasa Gereja dengan Istana; disokong oleh aristokrat-aristokrat Barat. Mereka (Barat) telah hilang ‘semangat kerohanian’ dalam hidup mereka. Maka jadilah masyarakat Barat ‘tin kosong’ yang tidak berisi. Maka dari sudut mana jiwa mereka yang lapar semangat kerohanian harus menghadap? Islam? Boleh jadi. Lambat-laun. Sedangkan ada prediksi dalam al-Quran bahawa ‘kamu akan lihat manusia masuk dalam agama Allah berbondong-bondong’.

7. Saya masih cuba memahami Malaysia Baharu ini apa yang hendak ‘dibaharukan’ oleh pelopor-pelopor dan pemikir-pemikir mereka? Tidak mustahil ‘Tun’ tidak keseorangan. Mesti telah dinasihati dan disokong. Adakah ia ‘pelebaran’ kuasa Bendahara moden versi ‘liberalism’ Malaysia Baharu? Ia menjadi persoalan kepada kita semua. Menarik untuk diperhatikan dan dianalisa.

8. Jikalah benar, kontrak sosial di Malaysia di penghujung usia; maka kita berfikir apakah wajah baharu yang ada dalam Malaysia Baharu? Malaysia yang lebih mempunyai ‘persamaan’ dalam setiap hal dan aspek? Atau mempunyai ‘acuan’ tersendiri demi melangkah negara maju sebelum 2020! Melalui cernaan Wawasan 2020.

9. Dari satu sudut kita harus melihat bahawa apa istimewanya kontrak sosial di Malaysia harus dibatalkan. Adakah ia menghalang kepada Malaysia menjadi negara maju? Kita dapat membina menara kembar KLCC yang begitu tinggi ketika mana kita mengekalkan kontrak sosial yang ada. Maka boleh jadi kontrak sosial sedia ada belum tentu menjadi penghalang kepada Malaysia mencapai status negara maju.

10. Parti-parti berasaskan ras dan atau agama seperti UMNO, PAS dan Bersatu juga dilihat samada masih relevan dalam Malaysia Baharu. Masih berminatkah generasi muda dengan idea ras dan agama? Merekalah penyambung legasi kita; maka mereka yang menentukannya. Jika generasi muda masih berminat dengan kontrak sosial sedia ada maka Malaysia adalah satu negara yang unik di dunia kerana satu-satunya negara yang mempunyai ciri-ciri ras Melayu, agama Islam, kuasa Istana dan raja-raja Melayu pada tempat istimewa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s