1. Pisau sembelih dan lapah mempunyai falsafahnya kerana ia mempunyai rahsia-rahsia tersendiri. Ia berkait dengan sembelihan dan korban. Dalam al-Quran ada disebut tentang korban dan sembelihan. Begitu juga dalam hadis-hadis ada babnya berkenaan sembelihan dan korban. Ia terkandung dalam asma’ yang diajarkan oleh Jibril kepada Adam [al-Baqarah:31].
2. Bahkan anak-anak Adam sendiri melakukan korban [al-Maeda:27]. Ada korban yang diterima oleh Allah dan ada korban yang tidak diterima oleh Allah [al-Maeda:27]. Kita tidak dapat menyembelih binatang korban jika kita tidak mempunyai pisau sembelih.
3. Kita tidak boleh menyembelih jika kita tidak memiliki pisau sembelih. Kita tidak boleh makan dagingnya jika kita dapat meleraikan bahagian-bahagian binatang korban jika kita tidak mempunyai pisau lapah.
4. Bahagian-bahagian binatang korban semuanya mempunyai kegunaan. Ada sebagai makanan kepada kita termasuk kulit bagi Orang Minang (Indonesia) untuk digoreng sebagai keropok. Hanya najisnya sahaja kita buang. Mungkin bagi orang yang ada ilmu najisnya boleh dibuat kegunaan tertentu. Kulitnya juga untuk dibuat dompet, kasut dan barang-barang tertentu.
5. Jadi apa falsafah pisau lapah dan pisau sembelih? Masih ingatkah kita bagaimana permulaan upacara korban? Ya ia bermula dengan dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil seperti yang disebut dalam ayat al-Maeda:27. Ia menunjukkan bahawa ada korban yang diterima dan ada korban yang tak diterima oleh Allah. Bukan dagingnya dan bukan darahnya yang menyebabkan korban kita diterima oleh Allah tetapi TAQWA [al-Hajj:27].
6. Kita telah bertanya tadi tentang falsafah pisau sembelih dan pisau lapah. Cuba kita meneliti ayat al-Quran tentang korban Ibrahim. Ia bermula mimpi Ibrahim yang melihat bahawa baginda diarahkan untuk menyembelih anaknya Ismail [as-Sofat:102]. Beliau telah mengkhabari mimpinya kepada anaknya Ismail. Dan Ismail tanpa rasa ingkar dan ragu mengalakkan ayahnya untuk menyembelihnya.
7. Apabila Ibrahim menyembelih anaknya Ismail maka Allah telah menukar Ismail menjadi kibasy. Bukan kita ingin menggalakkan penyembelihan sesama manusia tetapi ini menunjukkan falsafah sembelih iaitu bahawa “binatang korban” itu bermaksud manusia. Jika manusia bermaksud binatang. Maka binatang boleh bermaksud manusia.
8. Pisau sembelih adalah kegunaan polis untuk “mematikan” penjenayah. Pisau lapah pula adalah satu “bedah-siasat“. Jika pisau sembelih dan lapah kita berbunga hulu dan sarungnya maka kata-kata kita adalah berbunga semasa menyembelih atau lapah. Jika tiada motif bunga maka kata-kata kita adalah ‘straightforward’. Itu lah rahsia “sembelih” dan “lapah”. Manakala bahagian-bahagian binatang korban yang dimakan adalah mempunyai maksud dan makna. Jika kita makan daging maka ia bertujuan untuk “mematikan” atau “memudaratkan” orang. Jika kita makan ususnya maka kita mahu memburaikan perutnya. Dia akan kelaparan. Manakala jika kita makan otaknya maka ia untuk menyiasat otak penjenayah. Jika “perut kitab” berkaitan kertas dan buku. Jika hidungnya bermaksud kita mahu mengesan. Jika lidah itu bermaksud untuk tuturkata.
9. Sekarang kita akan membincangkan tentang pisau lapah dan sembelih berkhadam. Daging adalah makanan “rimau”. Oleh itu pisau sembelih dan lapah berkhadam mestilah khadamnya adalah khadam harimau jadian. Ia hanya diperolehi di Alam Melayu. Cuba lihat emblem Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Logonya adalah kepala rimau. Pisau sembelih dan pisau lapah berkhadam boleh menarik rezeki makanan daging segar kepada kita. Kita perlu makan daging kerana ada khasiatnya dari sudut perubatan dan ada kegunaannya dari sudut metafizik.
10. Khadamnya mesti bekerja dalam kepolisan. Itulah kegunaan pisau sembelih dan pisau lapah berkhadam. Ia boleh menarik daging segar kepada kita. Ia juga boleh menarik kerezkian dari sudut duit. Saya telah mengalaminya apabila mendapat duit dari bank purba yang ditarik oleh polis. Ia juga boleh menarik emas. Lagi banyak emas kita dan khadam pisau sembelih dan lapah menarik emas maka kita dan khadam kita semakin kuat.
11. Satu lagi ia mesti berpasang. PISAU SEMBELIH DAN PISAU LAPAH.