TARIK DUIT 2020: PADA MEMBAHASKAN BARANG-BARANG KEPERLUAN DALAM RITUAL TARIK DUIT

1. Tulisan ini digarap ketika COVID-19 memuncak namun di Malaysia telah diberi PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). COVID-19 masih belum mereda. Kesan COVID-19 selama 60 hari lebih selepas PKP telah kelihatan betapa ada yang kehilangan kerja, dipotong gaji, premis perniagaan dijual, perniagaan gulung tikar, kemuflisan DLL. Cukup hebat bahana COVID-19.

2. Sebagaimana dipertemuan-pertemuan kita yang lepas, kita telah bincangkan bahawa ritual tarik duit itu memang wujud. Bagi tarik duit orang seperti saya adalah bermaksud sepertimana yang saya telah bahaskan dalam pertemuan-pertemuan yang lepas. Topik sekarang adalah berkenaan barang-barang yang diperlukan dalam ritual tarik duit. Mengapakah kita memerlukan barang-barang tertentu dalam ritual tarik duit?

3. Terlebih dahulu kita harus fahami bahawa duit ini adalah diperlukan oleh semua orang. Apabila melibatkan orang lain maka ada yang mempunyai perasaan tamak haloba. Ada yang tidak ikhlas DLL menyebabkan duit yang ditarik tidak berhasil dan menjadi. Perkara-perkara seperti ini boleh menyebabkan pertengkaran yang melumpuhkan niat untuk tarik duit.

4. Bagi mengelak perkara-perkara di atas yang menggagalkan proses tarik duit maka kita memerlukan beberapa barang sebagai wasilah dalam menjayakan proses tarik duit. Saya pernah menarik RM47,000. Ahli dalam proses tarik duit itu menjadi panas. Apakah barang yang boleh menyejukkan tubuh? Satu cara saya untuk mengelak panas badan adalah menggunakan cincin permata geliga embun.

5. Dalam proses tarik duit biasanya kita akan cepat panas badan kerana sumber duit yang kita tarik itu boleh jadi ingin membesarkan lagi jumlah tersebut dari sumber yang ditarik menyebabkan mereka tidak mengizinkan maka berlaku panas badan antara kita dan pihak yang menjaga sumber itu. Bahkan sesama ahli tarik duit juga boleh menjadi panas badan.

6. Kalau dikira RM47,000 adalah kecil. Maka kita hendak yang lebih besar lagi. Ratus ribu atau juta. Bukankah ini ketamakan? Alhamdulillah, ritual tarik duit saya sebanyak RM47,000 itu berhasil. Bahagian saya besar juga dapat. Kami yang berkhilaf akhirnya telah berdamai.

7. Saya telah sebut bahawa wujud sebahagian permata yang menyejukkan tubuh semasa dalam proses. Senjata besi juga adalah penting dalam ritual tarik duit. Mungkin ada yang bersifat kasar sebab tamak haloba dan nawaitu tidak baik maka senjata besi boleh menyelesaikan hal ini dengan energi besi. Bukan untuk langar undang-undang tetapi kita gunakan energi besi. Bahkan penjaga-penjaga bank juga menggunakan senjata besi untuk mengawal duit yang banyak di sana. Adakah ini menyalahi undang-undang? Tidak bukan. Bacalah tulisan-tulisan saya tentang rahsia besi. Besi boleh mengawal kita dari kejadian yang tidak diingini.

8. Barang lain yang ampuh dalam ritual tarik duit adalah wangian. Mengikut ayah saya syaitan tidak menyukai haruman dan wangian. Tamak haloba dan sifat-sifat terkeji semasa ritual tarik duit itu adalah dari sifat syaitan.

9. Kenderaan juga penting untuk kita pergi ke tempat ritual tarik duit. Tanpa kenderaan kita bukan sahaja tidak dapat tiba di tempat ritual tarik duit tetapi juga tidak dapat menjadi ahli tarik duit langsung kerana tidak dapat berada di situ.

10. Cindai pun mempunyai peri pentingnya juga. Kalau boleh yang kebal kerana ia bukan setakat pakaian luaran kita tetapi juga menyahkan unsur-unsur negatif. Sebaik-baiknya pakaian kita dilumur wangian yang telah dinyatakan di atas.

11. Sebenarnya banyak lagi barang-barang yang diperlukan dalam ritual tarik duit. Kalau nak dibahaskan di sini tidak habis. Saya pernah menarik sebanyak RM1,000,000. Ia berjaya separuh jalan. Masih diusahakan untuk zahirkannya pula. Saya diberitahu bahawa ramai orang mempunyai dana di Alam Zahir tetapi dana yang paling dikehendaki adalah Dana Alam Ghaib. Saya telah bahaskan tentang penzahiran Dana Alam Ghaib.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s