Saya ingin memperkenalkan kepada tuan-puan sejenis bungaan herba berbunga ungu yang diletakkan sempena nama anak saya Nur Mia Qaleesya Binti Mohamad Rohan dengan nama “Bunga Ungu Mia”.
Saya belum mengetahui khasiat Bunga Ungu Mia. Hanya baru nak berkenalan dengannya.
Bunga Ungu Mia tidak mempunyai kelopak. Ia mempunyai rerambut halus berwarna ungu yang banyak.
Bunga Ungu Mia berdaun hijau dan jika daunnya dilenyek ia mempunyai bau yang lembut.
Bunga Ungu Mia tumbuh di tempat yang lembab.
Agak unik kerana jarang di Malaysia mempunyai bunga ungu berambut halus. Saya ada bertanya dengan penggemar bunga di luar negara mereka tak menjawab soalan saya samada ada bunga seperti ini di tempat mereka.