DEFINISI
Fitnah atau dalam Bahasa Inggerisnya “defamation” ditakrifkan oleh Black’s Law Dictionary sebagai “the act of harming the reputation of another by making a false statement to a third person“. Manakala menurut Gatley On Libel And Slander, 11th Edition, Sweet & Maxwell, muka surat 41 fitnah didefinisi sebagai “Any imputation which may tend to cause a person to be hated or despised is a defamatory of him.” Fitnah merupakan satu cabang bagi kes tort. Ia boleh juga menjadi criminal defamation dalam Penal Code.
JENIS-JENIS FITNAH
Fitnah terbahagi kepada dua iaitu “libel” (fitnah bertulis) dan yang keduanya adalah “slander” (kenyataan secara lisan yang tidak benar, biasanya bertujuan untuk memburuk-burukkan atau merosakkan nama baik seseorang).
Menurut Black’s Law Dictionary “libel” adalah “a defamatory statement expressed in a fixed medium, esp. writing but also a picture, sign, or electronic broadcast“. Manakala “slander” pula menurut kamus yang sama adalah “a defamatory assertion expressed in a transitory form, esp. speech“.
Jika kita merujuk kepada Akta Fitnah 1957 (Akta 286) khususnya kepada Seksyen 2 (Interpretasi) “words” include pictures, visual, images, gestures and other methods of signifying meaning“.
ELEMEN-ELEMEN FITNAH
Untuk Plaintif berjaya dalam tuntutannya dalam kes fitnah mestilah membuktikan kewujudan 3 elemen seperti yang dibuat pemerhatian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Yang Arif Hakim Rosilah Yop dalam kes Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Wan Muhammad Azri bin Wan Deris [2014] 9 MLJ 605 ‘to succeed in defamation action the plaintiff has to establish that: (a) the statements are defamatory; (b) the statements must refer to the plaintiff; and (c) there must be a publication [by defendant].’
REPUTASI
Di dalam Carter-Ruck On Libel And Privacy, 6th Edition, LexisNexis, Butterworths, muka surat 17, disoalkan “what is reputation?“. Reputasi adalah “[r]eputation, in contrast, refers to the perception, opinion or judgment that others make of the person.”
GANTIRUGI-GANTIRUGI
Di dalam buku The Law Of Damages, LexisNexis, Butterworths menyatakan bahawa di antara gantirugi-gantirugi yang boleh dituntut oleh plaintif adalah ‘aggravated damages‘, ‘contemptuous damages‘, ‘general damages‘, ‘nominal damages‘, dan ‘special damages‘.