BOLEH KAH PEGUAM MEWAKILI SAKSI ATAU SUSPEK (ORANG YANG DISYAKKI) KETIKA DISOAL-SIASAT POLIS DI BAWAH SEKSYEN 112 KANUN TATACARA JENAYAH?

1. Persoalan ini masih samar-samar kerana Seksyen 112 tidak menjelaskannya sejelas-jelasnya. Penulis telah merujuk kepada beberapa tulisan di website bagi melihat kekuatan hujah mereka yang berkata boleh diwakili peguam ketika saksi atau suspek ketika disoal-siasat polis di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah tapi tiada satu peruntukan yang jelas dan kuat bagi menyokongnya, dibawa.

2. Seksyen 112 adalah penting bagi saksi atau suspek kerana 112(2) KTJ menyebut “[s]uch person may refuse to answer any question the answer to which have a tendency TO EXPOSE HIM TO A CRIMINAL CHARGE OR PENALTY OR FORFEITURE”

3. Pihak polis boleh mengujarkan, dalam ketiadaan peruntukan yang jelas di bawah Seksyen 112 KTJ bahawa peruntukan Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah terpakai yakni ‘obstructing public servant in discharge of his public functions’ kerana kes masih di dalam siasatan. Yang mana peguam hanya berhak mewakili saksi atau suspek bila berlaku arrest (penahanan). Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan menyebut “[W]here a person is ARRESTED he shall be informed as soon as may be of the grounds of his arrest and SHALL BE ALLOWED TO CONSULT AND BE DEFENDED BY A LEGAL PRACTITIONER OF HIS CHOICE.” Dengan hak peguam untuk masuk dan mewakili suspek HANYA bila berlaku penahanan. Perkara ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

4. Oleh itu hak peguam untuk MEWAKILI SAKSI ATAU SUSPEK (ORANG YANG DISYAKKI) KETIKA DISOAL-SIASAT POLIS DI BAWAH SEKSYEN 112 KANUN TATACARA JENAYAH belum bermula kerana belum berlaku arrest (penahanan). Tetapi saksi atau suspek boleh lah merujuk peguam sebelum temujanji dengan polis bagi penyediaan keterangan di bawah Seksyen 112 KTJ. Peguam boleh menerangkan implikasinya kepada anakguamnya tentang hak-haknya di bawah seksyen ini.

5. Penulis mempunyai pengalaman bila ingin menemani anakguam hingga ke bilik siasatan polis memberi kebenaran bersyarat iaitu peguam (penulis) juga boleh diambil keterangan dan boleh dijadikan saksi bila kes dibicarakan. Ini bertentangan dengan Rule 28 Legal Profession (Practice And Etiquette) Rule 1978 yang mana jika peguam adalah saksi bagi kes yang sama maka peguam tersebut tidak boleh lagi mewakili anakguamnya dalam kes tersebut.

6. Kesimpulannya, tempat terakhir peguam boleh menemani anakguamnya bagi siasatan di bawah Seksyen 112 KTJ adalah di luar bilik siasatan polis atau di pejabatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s