1. Terlebih dahulu kita semua sudah dapat menerima hakikat bahawa ada planet-planet lain di bima sakti. Dikatakan bahawa langit ini mempunyai 80,000 lapis sebelum Sidratul Muntaha.
2. Di dalam teori angkasa lepas Islam sendiri menyebut bahawa ada 7 langit dan bumi. (سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ)(7 langit dan dari bumi sepertinya)[at-Talaq: 12].
3. Juga kita faham adanya jin yang bersayap boleh terbang. Maka ini tidak menolak kemungkinan adanya spesis jin penghuni lain selain di bumi di angkasa lepas.
4. Namun kita faham bahawa setiap jin adalah ditaklifkan. Maka diutuskan para rasul dan nabi. Semua nabi dan rasul adalah dilahirkan di Bumi. Melainkan Adam atas diciptakan atas Kun Fayakun Allah
5. Ada hujahan lain iaitu adanya nabi yang hidup di atas langit (sebelum meninggal dan bukan mikraj) seperti Idris (وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا)(Dan kami telah mengangkatnya di tempat yang tinggi)[Maryam: 57]. Jika kita menerima pendalilan ini maka kita akan berfikir pula adakah Idris diutuskan kepada (لِّلشَّيَاطِينِ)(Bagi syaitan-syaitan) [al-Mulk:5] DI LANGIT. Dengan kata lain di angkasa lepas? Atau yang direjam itu jin terbang di langit dunia? Atau rejaman bagi syaitan yang telah menceroboh ke langit dunia.
6. Terlebih dahulu kita ikuti pendalilan ayat ini terlebih dahulu:
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. [al-Mulk:5].
7. Kita mencari pencerahan ayat al-Quran berkenaan (لِّلشَّيَاطِينِ)(Bagi syaitan-syaitan) melalui al-Quran sendiri. Syaitan-syaitan ini adalah samada jin atau manusia (شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ)(Syaitan-syaitan dari manusia dan jin) [al-An’am:112]. Seperti yang saya sebut di awal tadi bahawa samada manusia atau jin adalah ditaklifkan ( سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ)(Kamu akan dihitung wahai dua yang dipertanggungjawabkan)[ar-Rahman: 31].
8. Tetapi jin yang terawal diciptakan adalah al-Jān (الْجَانَّ) [al-Hijr: 27]. Di sana ada persoalan samada wujud jin yang bertitih-barih selain al-Jān. Persoalan ini adalah tidak mustahil kerana Allah sebut dalam al-Quran (وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ)(Dan Dia menciptakan apa yang kamu tidak mengetahui).[an-Nahl: 8].
9. Ilmu angkasa lepas bagi mengetahui samada ada penghuni lain selain di bumi di angkasa lepas adalah penting kerana bagi meneroka angkasa lepas dan keselamatannya. Jika ada penghuni selain dari Bumi maka sudah tentu wujud makanan dan oksigen. Mereka juga ditaklifkan kerana sifat syaitan itu samada jin dan manusia adalah ditaklifkan.
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. [at-Talaq: 12]
وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.[Maryam: 57]
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. [al-Mulk:5]
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.[al-An’am:112]
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! [ar-Rahman: 31]
وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. [al-Hijr: 27]
وَالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya. [an-Nahl: 8]